Thursday, September 8, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 18 i




Rindunya dia pada kekasih hati. Hampir dua minggu mereka tidak bertemu dan berhubung memandangkan dia pergi outstation selama 7 hari Johor Bahru. Tiada masa untuk kekasih hati. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Isya. Tidak sampai 15 saat panggilan di jawab.


“Hello..” jawab Isya. Alangkah rindunya dia untuk mendengar suara itu.


“Hello..assalammualaikum sayang..busy ke?” tanya Dani.


“Tak lah sangat..orang tu je yang busy memanjang..sampai nak call orang dekat sini pun susah..” rungut Isya.


“Sorry sayang..lusa Dani balik..nanti kita jumpa ok..lagi pun kita nak beli barang untuk majlis kahwin..” beritahu Dani.


“It’s ok..Isya faham..kesian Dani..jangan kerja kuat sangat tau..rehat secukupnya ok..jaga diri tau..” pesan Isya.


“Iye sayang..ok lah..I have to go..rindu dekat Isya tu yang call kejap..hehe..bye sayang..miss you and love you..” ujur Dani.


“Bye..miss you too..and love you too..” ucap Isya pula lalu menamatkan panggilan itu. Tersenyum dia seketika. Jam menunjukkan pukul 5.35 petang. Ops! Dah terlebih waktu ni..kena claim OT ni..Hoit! Isya..5 minit pun nak claim ke..haha..getus Isya dalam hati.


*****


Tepat jam 6.10 petang Isya selamat sampai di rumahnya. Isya memberhentikan keretanya di luar pagar rumah. Berkerut keningnya melihat di luar rumahnya ada sebuah kereta mewah. Sebuah kereta Mitsubishi Outlander berwarna hitam.


Entah kenapa hatinya berdegup laju. Di letaknya tapak tangan ke dada, cuba mententeramkan dirinya. Ya allah, kenapa dengan aku ni.


Penghuni di dalam rumah dan tetamu di rumah itu masih lagi tidak perasan akan Isya. Mereka sedang asyik bertelaga di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.


Sebaik saja Isya ingin melangkah masuk ke dalam rumah dia terdengar perbualan isi rumah itu. Alangkah terkejutnya dia mendengar tutur kata yang keluar dari mulut ibunya. Ibu yang selama ini menjaganya.


“Pulangkan anak aku.. aku nak anak aku balik.. kau boleh ambil anak kau semula.. selama 24 tahun korang semua pisahkan anak aku dengan aku.. 24 tahun.. 24 tahun.. bukan 24 jam tahu tak!” jerit Pn Siti teresak-esak.


Datin Aisyah sedari tadi masih lagi memeluk erat Thira. Tidak mahu melepaskan Thira pergi darinya. Dia yakin, pasti ini semua angkara mak mertuanya. Sengaja reka cerita ingin memisahkan dia dengan anaknya.


“Sabar Siti.. sabar..cuba awak bertenang..” marah En Kamal sambil mengelengkan kepalanya melihat perlakuan isterinya itu.


“Abang..” panggil Datin Aisyah pada suaminya. Datuk Arsyad hanya diam memandang isterinya. Dia sendiri merasa ragu-ragu dengan penjelasan yang diberi oleh emaknya tetapi sebaik melihat bukti-bukti yang di beri oleh Pn Zubaidah dia sendiri terkejut. Datuk Arsyad hanya mengeluh lemah.


“Mama..mama jangan sedih ya.. walau macam mana pun Thira tetap sayang mama.. dah takdir kita macam ni.. kita kena terima ma..” ucap Thira. Pn Zubaidah yang mendengar tersenyum sinis. ‘Pandai betul kau berlakon..bagus Thira..bagus..’ getus hati Pn Zubaidah.


“Err..uurrmmm..” Thira teragak-agak ingin berkata-kata. Tidak tahu mahu memanggil Pn Siti apa. Pn Siti yang perasaan Thira memandangnya terus berkata.


“Panggil ibu sayang..Ibu..” ujur Pn Siti sebak. Thira bangun dan mendapatkan Pn Siti.


“Ibu.. Thira harap ibu tak kisah kalau Thira tetap sayangkan mama.. Thira janji dua minggu lagi Thira akan pindah ke rumah ibu ya..” ucap Thira.


“Ye sayang..ibu tak kisah.. ibu sanggup tunggu anak ibu berapa lama pun.. ibu menyesal.. menyesal kerana menjaga anak yang bukan dari darah daging ibu.. ibu tak sanggup nak bersemuka dengan Isya tu lagi.. Ibu benci melihatnya.. kerana keluarga dialah kita terpisah..” ucap Pn Siti tanpa perasan akan kelibat Isya di sebalik pintu rumahnya.


Hatinya bagaikan di hiris halus apabila mendengar tutur kata dari mulut orang yang selama ini di sanjungnya, orang yang dia panggil ibu, orang tempat dia bermanja, bergurau senda. Dia tak menyangka yang ibunya sanggup berkata begitu. Laju saja air matanya mengalir apabila mendengar setiap tutur kata yang di luahkan oleh Pn Siti.


“Along..apa yang along tercegat dekat depan pintu ni.. kenapa tak masuk dalam..” tegur Iya tiba-tiba. Iya baru saja pulang dari sekolah. Ada latihan bola jaring di sekolah. Cepat-cepat Isya mengelap air matanya sebaik saja di tegur oleh adiknya itu.







No comments:

Post a Comment