Sunday, September 11, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 19





Isya sudah bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Dia melihat ke cermin. Matanya sembab kerana tidak tidur dan menangis semalaman. Masih lagi terngiang-ngiang di telinganya tutur kata Pn Siti petang semalam. Isya menarik nafas dalam-dalam dan menarik senyum di hadapan cermin.


“Iya.. Adli.. cepat turun sarapan..” teriak Pn Siti pada anak-anaknya. Langsung dia tidak pedulikan Isya. Isya yang mendengar teriakan Pn Siti memanggil adik-adiknya dia mengetap bibir sambil menekan dadanya.


Selalunya setiap pagi ibunya akan ketuk pintu bilik dan memanggilnya untuk sarapan bersama, tapi sekarang tidak lagi. Isya kembali merenung cermin dan menarik nafas dalam-dalam sebelum turun ke dapur.


Ketika di dapur, Pn Siti sibuk melayan Iya, Adli dan En Kamal. Isya mendapatkan mereka.


“Morning abah.. morning ibu..” ucap Isya sambil tersenyum cuba mencipta kemesraan dengan Pn Siti. Pn Siti hanya buat tak tahu akan kewujudan Isya di situ. En Kamal hanya mengelengkan kepalanya. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menasihati isterinya itu.


“Morning sayang.. duduklah..” jawab En Kamal. Tidak mahu Isya terasa dengan kedinginan isterinya itu. Isya menarik kerusi duduk di sebelah Adli.


“Wah.. banyaknya juadah pagi ni.. nasi ayam lagi tu.. sedapnya bau dia.. terliur Isya bu..” ujur Isya cuba berbual mesra seperti selalu bersama ibunya. Pn Siti tidak sedikit pun berniat untuk berbual mesra dengan Isya, dia hanya diam saja.


“Ala along.. ibu kalau masak.. confirm sedap punya kan bu..” ujur Iya pula.


“Dah.. cepat makan.. kang lambat pergi sekolah..” tutur Pn Siti tegas. Pn Siti mencedukkan nasi ke dalam pinggan Iya, Adli dan En Kamal. Langsung dia tidak mempedulikan Isya. Isya menahan hati melihat layanan ibunya.


“Ibu.. Isya nak juga..” ujur Isya manja sambil menghulurkan pinggan pada Pn Siti. Dia masih berusaha menambat hati ibunya itu. Pn Siti hanya buat tidak tahu. Dia bangun untuk menuangkan air Iya, Adli dan En Kamal. Melihat perlakuan ibunya itu Isya tersenyum hambar. Isya kembali meletakkan pinggan di atas meja. Hatinya bagai dicucuk benda tajam.


“Iya cedukkan untuk along ya..” ucap Iya ingin mengambil hati alongnya itu. Dia pasti alongnya kecil hati dengan sikap ibunya itu.


“Iya.. makan cepat.. jangan sibuk nak melayan orang lain..” marah Pn Siti membuatkan Iya tertunduk gerun. Isya hanya tersenyum hambar pada Iya.


“Makan lah Isya.. ceduk nasi tu..” pelawa En Kamal. Kasihan akan anaknya itu. Pn Siti yang dengar ajakan suaminya itu mejeling tajam. Isya perasan akan jelingan itu. Tersayat hatinya kembali. Begitu sekali ibunya membencinya.


“Tak apalah abah.. Isya dah lambat ni.. nanti Isya sarapan dekat office je.. lagi pun Isya banyak kerja ni..” tolak Isya. Dia ingin segera melangkah pergi. Tidak sanggup untuk menghadap layanan dingin ibunya.


“Isya.. jamah sikit nasi tu..” pujuk En Kamal.


“Tak apalah abah.. Isya betul-betul dah lambat ni..” tolak Isya.


“Dia dah tak nak tu tak payah la ajak-ajak lagi..” sampuk Pn Siti.


“Awak ni kenapa Siti.. depan rezeki awak buat macam ni..” marah En Kamal.


“Abah..tak apa.. Isya pergi kerja dulu ey..” ucap Isya tidak mahu ibu dan abahnya bergaduh kerananya. Isya menyalami En Kamal, tiba pada Pn Siti dia menghulurkan tangan tetapi hulurannya tidak di sambut. Di tahan air mata dari mengalir keluar.


“Iya dengan Adli ada duit belanja lagi tak?” tanya Isya.


“Dah.. tak payah kau nak buat baik pada anak-anak aku nak bagi duit belanja.. aku masih mampu lagi tanggung diorang..” sampuk Pn Siti.


“Siti!” tegur En Kamal. Isya mengetap bibir mendengar kata-kata itu. Iya dan Adli serba salah. Mereka hanya mendiamkan diri. Semalam mereka sudah di beri amaran oleh ibu mereka supaya tidak rapat dan meminta apa-apa dari Isya, kerana Isya bukan kakak kandung mereka.


“Tak apalah.. kalau Iya dan Adli perlukan apa-apa beritahu along ok.. abah.. ibu.. Isya pergi kerja dulu..” ucap Isya dan berlalu pergi dengan hati yang bukan sedikit kecewa tetapi terlalu kecewa dan sedih.


“Pergi lagi.. kau nak pergi dari rumah ni pun aku tak kisah..” ucap Pn Siti perlahan tanpa perasaan. Walaupun perlahan tetapi Isya masih mendengarnya. Akhirnya jatuh juga air mata yang ditahan sedari tadi.


“Saya tak tahu nak cakap apa dengan awak lagi..awak ada otak..ada hati..awak fikirlah sendiri..” marah En Kamal dan melangkah pergi. Pn Siti mendengus kasar.


‘Semua nak bela dia..’ rungut Pn Siti dalam hati.


“Apa lagi tu..dah cepat pergi sekolah..” marah Pn Siti pada Adli dan Iya. Dengan pantas mereka bangun meninggalkan meja makan.


“Apalah ibu tu..dia kena marah..pastu nak marah kita pula..” rungut Iya.



*****



“Isya..kau ok ke?” tanya Jue ketika mereka berdua keluar lunch. Pelik melihat Isya yang tidak banyak bercakap dan banyak termenung dari pagi tadi. Paling membuatkan dia pelik apabila bosnya Hilman memarahi Isya, Isya hanya diam saja. Membiarkan Hilman memaki hamunnya tanpa dibalasnya kembali seperti selalu.


“Isya..” panggil Jue sekali lagi apabila tiada jawapan dari rakannya itu.


“Haa? apa kau cakap?” tanya Isya. Jue hanya mengelengkan kepalanya.


“Kau ni kenapa?ada problem ke? Ada apa-apa yang kau nak share dengan aku?” tanya Jue. Isya tersenyum hambar mendengar pertanyaan dari Jue. Dia belum bersedia untuk bercerita pada sesiapa.


“See.. aku kenal kau Isya..” ujur Jue.


“Tak ada apalah.. aku tak berapa sihat lah..” jawab Isya.


“Tak apalah..bila kau dah bersedia nak share dengan aku..aku sentiasa ada untuk kau..” ucap Jue ikhlas. Tersentuh Isya mendengar tutur kata Jue.


“Thanks..” ucap Isya.








No comments:

Post a Comment