Saturday, November 19, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 14




Mereka tiba di rumah Wadi Sufyan tepat jam 11 pagi. Di halaman rumah itu sudah penuh dengan kereta milik saudara-maranya. Sebelum melangkah keluar Irdina Safiyah menarik nafas dalam-dalam. Tiba-tiba pintu kereta di buka dan telihat Irsyad Zafran menghulurkan tangannya pada Irdina Safiyah. Irdina Safiyah teragak-agak untuk menyambutnya.


“Come..don’t worried..I know you are strong girl..” ucap Irsyad Zafran. Irdina Safiyah tidak menyambut huluran tangan itu dia merenung Irsyad Zafran dengan muka tanda tanya. Irsyad Zafran tersenyum sumbing melihat hulurannya tidak di sambut oleh Irdina Safiyah. Mereka berjalan beriringan masuk ke rumah Wadi Sufyan.


“Awak..thanks..” ucap Irdina Safiyah ikhlas.


“For what?” tanya Irsyad Zafran.


“Semuanya..” jawab Irdina Safiyah perlahan tanpa memandang Irsyad Zafran. Segan bila mukanya di renung sebegitu oleh Irsyad Zafran.


“It’s ok my dear..apa saja untuk kau akan aku lakukan..” ucap Irsyad Zafran ikhlas. Berkerut kening Irdina Safiyah. Irsyad Zafran menggenggam erat tangan Irdina Safiyah dan menariknya untuk masuk ke dalam rumah. Terkejut Irdina Safiyah pabila tangannya ditarik oleh Irsyad Zafran.


“Wait..kenapa tiba-tiba?” tanya Irdina Safiyah. Berkerut kening Irsyad Zafran tidak faham sambil merenung Irdina Safiyah. Irdina Safiyah segera menarik balik tangannya.


“What? Apa yang tiba-tiba?” tanya Irsyad Zafran.


“Kenapa tiba-tiba awak layan saya dengan baik..kenapa awak cakap benda yang pelik-pelik ni?” tanya Irdina Safiyah. Irsyad Zafran tersenyum mendengarnya.


“You want to know?” tanya Irsyad Zafran. Irdina Safiyah mengganggukkan kepalanya laju.


“It because..i’m falling love with you..I don’t know where, when and how..but ikhlas aku nak cakap..aku dah jatuh cinta dengan kau..” ucap Irsyad Zafran jujur. Dia nekad untuk memberitahu Irdina Safiyah. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya. Biar betul!!


“Err..ta..tapi..”


“I know..but its ok..aku akan usaha untuk curi hati kau..” potong Irsyad Zafran sebelum sempat Irdina Safiyah menghabiskan ayatnya.


“Fiyah..”


“Jangan cakap apa-apa..aku faham..kau belum bersedia..tak apa..aku akan tunggu kau sampai kau boleh terima aku..” ucap Irsyad Zafran sambil tersenyum. Irsyad Zafran menoleh ke belakang apabila Irdina Safiyah tidak mengikutnya. Irsyad Zafran memandang ke arah Irdina Safiyah.


“Kenapa?” tanya Irsyad Zafran.


“Maafkan saya..and thanks again sebab tolong saya..” ucap Irdina safiyah.


“You are most welcome my dear..” ucap Irsyad Zafran sambil tersenyum gembira. Tak sangka gadis yang selama ini dia kutuk dan tak suka juga yang berjaya mencuri hatinya. Sudah lama dia rasakan sesuatu tetapi ego menyebabkan dia tidak mahu mengaku.


“Awak..” panggil Irdina Safiyah.


“Ye sayang..kenapa ni?” tanya Irsyad Zafran. Darah menyerbu ke muka setiap kali mendengar Irsyad Zafran memanggilnya begitu.


“Err..that name you call me..i feel..err..” gagap-gagap Irdina Safiyah jadinya. Tercuit hati Irsyad Zafran melihatnya, dengan muka merahnya comel!! Desis hati Irsyad Zafran.


“Kenapa sayang?tak suka abang panggil sayang macam tu ke?” tanya Irsyad Zafran. Sengaja Irsyad Zafran mengusiknya.


“No..eh! err..ni..fi..fiyah..fiyah..tak ada apa lah..” tutur Irdina Safiyah. Fuh! Rileks Fiyah..kenapa kau clumsy sangat ni..’ rungut hati Irdina Safiyah.


“Then..why? sayang malu ye?” usik Irsyad Zafran.


“Mana ada..ish dah lah..malas nak layan awak..masuk dalam dulu..” jawab Irdina Safiyah ingin menutup maluya dan terus saja masuk ke dalam rumah.


“Sayang..tunggu lah abang..” jerit Irsyad Zafran. Pecah tawa Irsyad Zafran melihat muka merah Irdina Safiyah. ‘Ish! Tak payahlah ber’abang’ ‘sayang’ bagai dekat sini..malu la aku..mesti diorang kenakan aku nanti..’ rungut Irdina Safiyah.


“Awak!!” marah Irdina Safiyah lalu merenung geram Irsyad Zafran. Brekkkk!!! Eh! Nasib baik sempat brek kalau tak accident dah..


“Ye sayang..” jawab Irsyad Zafran dengan senyuman nakalnya. Masih lagi modd menyakatnya itu.


“Stop calling me like that ok!!” marah Irdina Safiyah dengan muncungnya. Pecah tawa Irsyad Zafran melihatnya. Alahai..comel sungguh muncung tu..


“Ala..aku gurau jela..tu pun nak marah..” ujur Irsyad Zafran. Kesian pula tengok Irdina Safiyah dengan muncung tikusnya itu.


“Salah tempat nak bergurau..dah la saya masuk dulu..awak nak masuk..masuk la..tan nak pergi duk luar sana..” ucap Irdina Safiyah.


“Ceh! Sombong..tak pe..” ucap Irsyad Zafran sebaik saja Irdina masuk ke dalam rumah.


Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Wadi Sufyan masih lagi di dalam biliknya dengan hati yang tidak tenteram. Ikutkan hati ingin saja dia meninggalkan rumah itu dan pergi jauh dari sini. Ahli keluarga sudah ramai berkumpul di rumahnya. Sebentar lagi mereka akan pergi ke rumah Farah Adibah untuk upacara akad nikah.


Ketika dia keluar untuk ke kereta mengambil barang, dia ternampak Irdina Safiyah dan Irsyad Zafran. Hatinya sakit melihat mereka berdua. Lebih sakit bila melihat senyuman dan renungan mata Irsyad Zafran pada Irdina Safiyah. Tak, aku tak akan lepaskan Fiyah..Fiyah hanya untuk aku..aku tak akan lepaskan dia pada kau Zafran..ya aku mesti buat sesuatu..’ getus hati Wadi Sufyan. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.


“Sufyan..keluar cepat..ni ikut diorang pergi sembahyang jumaat dulu..” panggil Pn Salina pada anak terunanya.


“Ye mak..kejap lagi Sufyan keluar..” jawab Wadi Sufyan. Hatinya makin tidak tenteram. Dia harus memikirkan cara untuk membatalkan majlis pernikahan ini.



*****



Farah Adibah terduduk di birai katilnya, telefon bimbit yang sedang digenggam terlepas jatuh ke lantai marmar di biliknya. Dia terdiam dan kaku seketika sebelum menangis teresak-esak.


Pn Rosnah datang menenangkan anaknya. Puas di tanya kenapa dia menangis sebegitu rupa tapi tiada langsung jawapan yang di beri. Makin banyak soalan yang di ajukan makin kuat tangisannya.


“Sayang..kenapa ni? Beritahu mummy..” pujuk Pn Rosnah.


“Abang Sufyan mummy..abang Sufyan tak cintakan Diba..” beritahu Farah Adibah dan terus saja menangis di bahu Pn Rosnah.


“Ish! Kenapa sayang cakap macam tu..ni majlis nikah dah nak mula dah..Sufyan dan rombongannya dalam perjalanan dah tu..kamu jangan fikir bukan-bukan..mummy faham sayang risau kan..sudah..jangan di fikirkan sangat ok..” pujuk Pn Rosnah.


“Tak nak mummy..Diba cakap Diba tak nak kawin tak nak lah..” jerit Farah Adibah dengan lantang menyebabkan beberapa orang tetamu dan saudara-mara memandang ke dalam bilik itu.


“Farah Adibah!! Kenapa dengan kamu ni..” marah Pn Rosnah. Tiba-tiba risau datang menerpa. Risau anaknya tiba-tiba buat perangai tak mahu kawin. Terus saja pintu bilik di tutup rapat. Muncul pula En Khalid daddy Farah Adibah.


“Ada apa ni?” tanya En Khalid tegas, muka dia serius gila.


“Ni..anak abang buat perangai..tiba-tiba tak nak kawin..” beritahu Pn Rosnah. Belum sempat En Khalid bersuara pintu bilik di ketuk dari luar.


“Haa! ada apa ni Akil?” tanya En Khalid serius sebaik saja pintu di buka dan ternampak anak sulungnya itu.


“Rombongan orang sebelah dah sampai..” beritahu Farid Akil.




p/s: korang sorry ye lambat post n3..huhuh pape layan jela ey..sorry kalo kurng memuaskn..

3 comments:

  1. nak lg....xsbr nak tau apa yg akan b'laku...

    ReplyDelete
  2. yoo... what is going to happen. Klu betul Wadi Sufian cintakan Fiyah. dia seharusnya batalkan juga perkahwinan tu. Tp mmg kena fikirkan risiknya jg sbb dia bukan sahaja akan melukakan hati dia malahan dia akan lukakan hati fiyah, diba n seluruh ahli keluarga. kemungkinan diba akan benci fiyah bia tau Wadi hanya cintakan fiyah selama ini. n cinta tu takkan berpaling lg.

    ReplyDelete