Saturday, November 19, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 25



“Rindu dekat dia juga..” terkejut Isya mendengar suara yang menampar telinganya, begitu dekat sekali. Terasa hebusan nafas di lehernya. Seketika kemudian terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Dengan pantas Isya menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya dia melihat gerangan orang yang sungguh berani melakukan itu padanya.


Belum sempat dia ingin menjerit, Hilman yang dapat membacanya segera menekup mulut Isya menggunakan tangan kanan, manakala tangan kirinya memegang erat tangan Isya yang sedang memegang telefon bimbit itu.


“Better kau senyap..kalau kau tak nak tunang kau tahu yang aku pernah cium kau..” bisik Hilman di telinga Isya, ugutan Hilman membuatkan rontaan dari Isya mati. Hilman tersenyum sinis. Hilman kembali mendekatkan telefon bimbit itu ke telinga Isya, tetapi tangannya masih lagi erat memegang pergelangan tangan Isya. Sebelah lagi tangannya asyik mengusap rambut Isya. Tangan sasa itu di tepis kasar oleh Isya.


“Sayang..kenapa diam je ni?” tanya Dani risau kerana sedari tadi Isya diam bila di panggil. Terkedu Isya mendengar pertanyaan dari Dani.


“I..Is..Isya ok..” jawab Isya gagap. Berkerut kening Dani pelik dengan sikap Isya. Seketika tadi bagus saja dia berbual. Isya pula melarikan mukanya apabila di tenung oleh Hilman. Hilman pula tersenyum sinis melihat Isya melarikan mukanya dari di tenung.


“Are you sure?Dani ada tersilap cakap ke sayang? Dani say sorry kalau sayang kecil hati dengan Dani..” ujur Dani. Tersentak Isya sebaik saja merasa bibir Hilman melekat lembut di lehernya. Dia memejam erat matanya. Kemudian terasa tangan sasa itu melingkari pinggangnya. Hampir putus nafas Isya di perlakukan begitu. Isya meronta-ronta minta dilepaskan. Makin erat pula HIlman memeluknya.


“Le..” belum sempat Isya menghabiskan ayatnya bibir Hilman mendarat rakus di bibir mungil Isya. Terbeliak mata Isya dengan tindakan Hilman. Isya meronta-ronta dan cuba menolak Hilman. Makin kuat Isya meronta-ronta makin erat dipeluknya gadis itu.


“Dani..tol..” Hilman cepat mendaratkan bibirnya di bibir Isya kembali lebih lama.


“Isya..kenapa ni..sayang..sayang..” jerit Dani di dalam telefon. Air mata Isya pantas mengalir di tubir matanya. ’Dani..tolong Isya..’ ucap Isya dalam hati. Tanpa dapat diluahkannya kerana Hilman menciumnya rakus. Hilman pantas merampas telefon bimbit di tangan Isya dan terus saja mencampakkannya ke lantai. Terkejut Isya dengan tindakan Hilman. Kemudian Hilman merenungnya tajam. Sakit hati mendengar suara Dani memanggil Isya sayang. Dengan sekuat hati Isya menarik tangannya dari genggaman Hilman.


PANGG!!


Terkejut Hilman dengan hadiah yang di berikan oleh Isya. Dia mengusap pipinya perit. Kemudian dengan sekuat hati dia menolak Hilman menjauhinya.


“You are too much!!” jerit Isya dengan lantang. Merah padam mukanya kerana marah di perlakukan begitu. Hilman tersenyum sinis.


“Tu balasan untuk kau sebab ignore aku dan tinggalkan aku tadi..” beritahu Hilman.


“I hate you..get out!!” jerit Isya lagi. Hilman tersenyum sinis dan terus saja meninggalkan Isya sambil tertawa kecil. Sebelum keluar sempat dia berbisik di telinga Isya.


“Thanks for that sayang..miss you..” ucap Hilman dekat telinga Isya dan sempat mencuit lembut dagu Isya. Isya menepis dengan kasar.


“I said get out from my room!!” jerit Isya lagi. Hilman yang ketika itu berada di pintu sempat memberikan flying kiss pada Isya. Kerana geram yang teramat sangat pantas saja tangannya mencapai fail yang berada di atas mejanya dan melayangkan kepada Hilman. Hilman sempat menutup pintu sebelum fail itu mengenanya.


“Bodoh! Bodoh! Bodoh!!” jerit Isya lagi. Tanpa dapat di tahap air matanya menitis lagi perlahan-lahan di tubir mata. Sungguh dia benci dengan perlakuan Hilman. Hilman melakukannya sesuka hati pada Isya. Terasa kepalanya berdenyut-denyut ketika ini. Dengan masalah yang dia hadapi di rumah, ni di tambah pula dengan kelakuan Hilman. Isya mengutip kembali telefon bimbitnya yang sudai terburai itu. ‘I Hate you Hilman!! I hate you..’ getus hati Isya. Apa yang perlu dia jawab jika Dani bertanya nanti. Pasti Dani dengar dia menjerit tadi.



*****



Di bilik sebelah Hilman termenung lalu tersenyum. Dia memegang bibirnya dan tersenyum lagi. Seketika kemudian mati terus senyumannya. Apa yang aku dah buat ni?? Shit!! Hilman kau terlampau ikut perasaan. Tengok apa yang kau dah buat dengan dia. Pasti dia akan lebih membenci kau.


“BODOH!!” jerit Hilman. Nora di luar bilik terkejut mendengar jeritan bosnya itu. Baru sekejap tadi dia melihat bosnya senyum sampai ke telinga ni tiba-tiba pulak dia menjerit. ‘Apalah nasib aku dapat bos macam ni..’ rungut Nora.


“Nora..masuk!!” arah Hilman tegas. Terkejut Nora sebaik mendengar namanya di jerit oleh Hilman. Bergegas dia mendapatkan Hilman di dalam. Pintu bilik di ketuk takut-takut.


“Ye..yes..En Hilman..a..a..ada apa-apa yang boleh saya ba..ba..bantu?” tanya Nora gagap. Hilman merenungnya tajam.


“Sejak bila pula awak gagap ni..” tanya Hilman dengan muka bengisnya. Kelam-kabut Nora di buatnya, pantas saja tangannya menepuk mulutnya perlahan beberapa kali. Yela takkan nak tepuk kuat-kuat pulakan.


“Never mind..hari ni saya ada appointment ke tak?” tanya Hilman masih lagi dengan nada tegas dan muka bengisnya. ‘Haish! Kalau la pakwe aku macam dia ni..confirm aku dah tinggalkan..harap je muka handsome..tapi angin satu badan..’ rungut Nora.


“Nora! I’am asking you..” jerit Hilman mematikan lamunan Nora.


“Err..ha..hari ni tak ada apa-apa appointment En Hilman..” jawab Nora gagap. Hilman hanya mengelengkan kepala.


“Good! Awak boleh buat kerja semula..” arah Hilman dan terus mencapai fail di hadapannya.


“Baik En Hilman..” jawab Nora dan melangkah keluar. Baru saja sampai di muka pintu namanya di panggil lagi.


“One more Nora..saya tak nak siapa-siapa ganggu saya..saya tak nak terima satu panggilan atau jumpa dengan siapa-siapa faham!” arah Hilman.


“Baik En Hilman..ada apa-apa lagi ke yang boleh saya tolong?” tanya Nora lagi, manalah tahu sat lagi dah keluar dia panggil lagi baik tanya sekali.


“No..you can go..and continue your work..” jawab Hilman tanpa memandang Nora. Sebaik saja Nora sampai di tempatnya dia di serang oleh Jue.


“Apahal pula tu Nora?” tanya Jue.


“Entah la..angin kus-kus dia dah datang la tu..tadi lepas dia keluar dari bilik Isya bukan main suka lagi dia..ni tiba-tiba pula nak marah-marah..hairan betul..” ujur Nora. Jue memegang dagunya sambil berfikir.


“Masalah dengan girlfriend kut Nora..” pandai-pandai je si Jue ni.


“Eh! Tak mungkin lah..En Hilman ni dah lama single tau..sejak dia ditinggalkan oleh girlfriend dia dulu..sampai sekarang dia solo..” beritahu Nora.


“Abis kau tak try dia ke Nora?” usik Jue.


“Gila kau..tak nak aku..” jawab Nora.


“Aik! Sikit punya handsome kau tak nak..kaya lagi tu..” ujur Jue sambil tertawa kecil. Nora menyengetkan bibirkan. ‘Haa! ni dah terikut-ikut si Isya la ni..’ getus hati Jue sebaik melihat Nora bengotkan mulutnya.


“Ish! Kaya ke..handsome ke..tak nak aku..garang macam singa..tak sanggup aku..” jawab Nora membuatkan Jue tertawa.


“Manalah tau kan..” Jue tertawa lagi. Sengaja dia mengusik Nora, bosan kerja tak ada tu yang duk kacau orang lain. Jue..Jue..


“Ish! Kau ni Jue..dah la..pergi sana aku nak buat kerja..kacau jela..” ucap Nora. Jue menjelirkan lidahnya pada Nora dan kembali ke tempatnya. Ikut hati dia mahu pergi menjengguk Isya di dalam bilik, tapi jauh pula nak menapak. Lagipun singa tengah duk mengaum, kejap lagi dia nampak aku merayau tak buat kerja mahu dia telan aku karang..err..




p/s: korang..baca jgn tak bace ye..hihihi sory kalo kurg memuaskn...layann PEACE!! ^_^!


2 comments: