Saturday, September 10, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 10 (i)



Sedari tadi dia hanya termenung memandang syiling biliknya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tersentak sekejap kerana terkejut.


“Hello..” sapa Irdina Safiyah.


“Fiyah..aku ni..Asma..what happen?” tanya Asma Marha.


“Ah! Asma..apa bendanya?” tanya Irdina Safiyah pula. Tidak faham dengan pertanyaan sepupunya itu.


“Aku baru outstation sebulan lebih..balik je macam-macam hal jadi..aku tak faham lah korang ni..bercinta bagai nak rak..tau-tau abang kawin dengan orang lain and kau dengan orang lain..apa ni?” tanya Asma Marha sekali lagi. Terkelu lidah Irdina Safiyah sebaik mendengar pertanyaan dari sepupunya itu.


“Err..ak..aku..err..Asma..boleh tak kalo kau jangan tanya pasal ni..please..” jawab Irdina Safiyah.


“Sorry..aku sayang kau Fiyah..aku tengok kau macam tak happy..tak macam dulu..abang Sufyan pun aku tengok macam tak happy dengan majlis yang akan dilangsungkan tu..” ucap Asma Marha. Sememangnya dia sayang akan sepupunya itu. Mereka rapat sedari kecil. Apa saja masalah akan dikongsi bersama.


Sebaik saja dia sampai di rumah kelmarin. Emaknya menberitahu bahawa Wadi Sufyan dan Irdina Safiyah akan berkahwin. Punyalah dia tumpang gembira untuk mereka. Tup-tup maknya beritahu Wadi Sufyan akan berkahwin dahulu baru majlis Irdina Safiyah pula. Terkejut kerana selama ini Irdina Safiyah dan Wadi Sufyan bercinta baik nak rak tetapi masing-masing kahwin dengan orang lain.


Hubungan mereka hanya Asma Marha saja yang tahu. Ingin bertanya dengan maknya takut terpecah lubang pula nanti. Bila di tanyakan dengan abang, abang hanya diam dan mengeluh saja.


“Asma..please jangan tanya lagi ok..nantilah aku story dengan kau..” sampuk Irdina Safiyah. Dia tidak mahu hal ini dibangkitkan lagi.


“Sorry..” ucap Asma Marha serba salah.


“It’s ok dear..jangan risau..aku ok..heheh” ujur Irdina Safiyah sambil tertawa kecil, pura-pura menceriakan suaranya.


“Stop it! kalau tak kuat jangan berlagak kuat Fiyah! I know U!!” marah Asma Marha pabila terdengar tawa sumbang dari Irdina Safiyah. Sebaik mendengar kata-kata Asma Marha, Irdina Safiyah melepaskan tangisnya.


“Fiyah..” seru Asma Marha perlahan.


“Asma..ak..aku..i need u..Aku tak kuat Asma..help me please..aku tak kuat..aku tak kuat nak lalui semua ni..” luah Irdina Safiyah dalam sendu. Asma Marha yang mendengar luahan itu turut merasa sedih.


“Ok..ok.. aku sentiasa ada dengan kau Fiyah..kita jumpa nanti..sekarang aku nak kau pergi rest..jangan kusutkan kepala tu ok..aku tahu kau kuat..aku sayang kau..walau ape pun aku sentiasa ada untuk kau..take a rest ok..” beritahu Asma Marha.


“Ok..thanks Asma..sorry susahkan kau..and one more thing..jangan beritahu sesiapa tentang hal ni..please..” rayu Irdina Safiyah.


“Ya..promise..” jawab Asma Marha lalu mematikan perbualan itu.


Kenapalah macam ni jadi hubungan kau orang. Kau seorang yang kuat Fiyah, even hati kau terluka kau still lagi boleh tersenyum dan bergurau senda dengan orang. Kau memang seorang yang tabah Fiyah. Asma Marha melepaskan keluhannya yang kesekian kalinya.



*****



“ZAFRAN!!” jerit Pn Kamilah yang ketika itu sedang duduk di ruang tamu rumahnya bersama tetamunya. Jeritannya itu tidak dibalas. Sekali lagi dia memanggil anak terunanya itu.


“IRSYAD ZAFRAN!!!” jerit Pn Kamilah kuat daripada tadi. Irsyad Zafran yang ketika itu sedang berbaring malas di atas katil mengeluh sebaik mendengar jeritan ibunya itu. ‘Apa lagi la ibu ni..’ rungut Irsyad Zafran lalu bangun dari katilnya dan terus turun ke ruang tamu mendapatkan ibunya.


“Irs..”


“Ada apa ni bu?” tanya Irsyad Zafran sebelum sempat Pn Kamilah menjerit memanggilnya sekali lagi.


Sebaik melihat Irsyad Zafran, Pn Kamilah memberikan renungan tajam pada anaknya.


“Fina datang ni..duduk sini layan Fina..kesian dia datang nak jumpa kamu..tapi kamu buat tak tahu je..” marah Pn Kamilah. Irsyad Zafran memandang geram pada Hadfinah Arinah. ‘Tak faham bahasa lagi perempuan ni..dah putus tunang pun masih terhegeh-hegeh lagi..argh!! tension aku macam ni..’ rungut Irsyad Zafran dalam hati.


“Hai Zaf..I nak ajak you keluar hari ni..” ajak Hadfinah Arinah sambil tersemyum menggoda. Ingat Irsyad Zafran tergodalah tu..ya ado!!


“Sorry la..I busy..” jawab Irsyad Zafran. Masam muka Hadfinah Arinah sebaik mendengarnya.


“Aunty..” rengek Hadfinah Arinah pada Pn Kamilah. Naik berbulu telinga Irsyad Zafran mendengarnya. Bajet manja lah tu!


“Zaf..kamu tak kerja hari ni kan..pergilah..busy apanya kamu ni..ibu tengok dari semalam duduk rumah tak pergi kerja..” bebel Pn Kamilah.


“Zaf dah janji dengan tunang Zaf..sorry lah..ok lah Zaf nak siap..nak pergi jemput TUNANG Zaf..” ujur Irsyad Zafran sengaja ditekan perkataan tunang itu bagi Hadfinah Arinah faham.


“I hate you Zafran..I hate you..sampai hati you buat I macam ni..” ucap Hadfinah Arinah lalu berlari keluar. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi kereta keluar dari halaman rumahnya. ‘Bajet aku nak pujuk..boleh bla la..tak ada masa aku nak pujuk kau..’ getus Irsyad Zafran dalam hati.


“Zafran..kamu ni dah melampau..sape ajar kamu buat macam ni?ne mesti budak perempuan tak guna tu kan..apa yang dia dah racunkan fikiran Zaf ni?? Zaf langsung tak nak dengar cakap ibu lagi..” marah Pn Kamilah. Irsyad Zafran mula bosan mendengar Pn Kamilah marah-marah.


“Apa bising-bising ni??” tanya En Mahran yang ketika itu sedang turun dari tangga. Serentak Pn Kamilah dan Irsyad Zafran memandang En Mahran.


“Ne anak abang ni..dah pandai menjawab..dah pandai bantah cakap kita..tak reti nak jaga hati orang..kesian Fina..sampai merajuk budak tu..tah apa yang budak perempuan tak guna tu dah racunkan fikiran dia..langsung tak nak dengar cakap..” rungut Pn Kamilah.


“Kamilah..tak baik cakap macam tu.. budak Fiyah tu tak salah apa-apa pun..kenapa dengan awak ni..anak orang lain yang dia risaukan..anak awak ni tak pulak awak risau..apa dia rasa..apa yang dia mahu..apa yang terbaik untuk dia..ni nak ikut cakap awak je..” marah En Mahran. Irsyad Zafran rasa serbasalah kerana dia Ibu dan Ayahnya bergaduh.


“Abang pun sama..nak menangkan perempuan tak guna tu..benci!” jawab Pn Kamilah lalu merempuh En Mahran dan berlalu pergi masuk ke biliknya.En Mahran yang melihat perlakuan isterinya itu hanya menggelengkan kepalanya.


“Jangan ambil hati dengan ibu kamu tu..” ujur En Mahran smabil menepuk bahu Irsyad Zafran perlahan. Irsyad Zafran hanya tersengih memandang ayahnya itu.


Irsyad Zafran melangkah masuk ke biliknya semula. Dia berbaring semula di atas katilnya yang empuk itu. Entah kenapa tiba-tiba bayangan wajah Irdina Safiyah menyapa matanya yang tertutup rapat itu. Pantas saja mata itu terbuka kembali.


‘Apa kena aku ni..apasal tiba-tiba terbayang muka dia ni..argh!! lantak la..’ Irsyad Zafran berkata-kata dalam hati.


Sedang dia berkhayal telefon bimbitnya berbunyi. Irsyad Zafran menjawab panggilan itu dengan malas.


“Hello..” sapa Irsyad Zafran.


“Hello..assalammualaikum..Zafran ye..ne mak..” jawab pemanggil itu. Irsyad Zafran mengerutkan keningnya.


“Waalaikumsalam..mak?mak mana?” tanya Irsyad Zafran. ‘Bila masa aku ada mak pulak ni..’ fikir Irsyad Zafran.


“Mak Fiyah lah..ni mak nak minta tolong kamu ni..” ujur Pn Sarimah. Wah! Belum kawin dah practice panggil mak ye Zafran..


“Oo..mak..ye minta tolong apa?” tanya Irsyad Zafran.



*****



p/s : korang..sorry kalau cerita ni tak menarik or tak best..kita tak buat draf pun..just bile dpt je idea terus write down..sorry korang..kalau korang tak puas hati dengan jalan cerita ni..sape2 yang tak suke tu..tak payah la bace ek..kite pun write down cite ni tuk suka2 n hobi kita yang suke sangat berangan sebelum tido..ish2! teruk tol kite nie ek..apa-apa layan..selamat ari raye korang..masih mood raye lagi an..heheh :-)

1 comment:

  1. kesian Wadi Sufyan dan Irdina Safiyah....mcm mn la nnt.nampaknya mak fiyah pun sdh suka dgn zafran n zafran....dah mula t'ingat2kan fiyah...OMG...mungkinkah kwn akan jd musuh?pls next..

    ReplyDelete