Wednesday, September 28, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 20




“Abang.. saya tak izinkan Thira pindah ke rumah mereka.. saya nak Thira tinggal dengan kita..” rayu Datin Aisyah pada suaminya.


“Tapi mereka lebih berhak terhadap Thira.. Thira sendiri memilih untuk tinggal bersama keluarga kandungnya..”


“Tak..Thira anak kita bang.. kenapa dengan abang ni.. abang dah termakan hasutan mak abang ke? Sampai hati abang cakap macam tu.. tu anak kita bang..anak kita..” sampuk Datin Aisyah.


“Aisyah..saya tahu awak masih terkejut dengan berita ni.. awak sendiri dah tengok bukti-bukti tu semuakan..semua dah jelas..awak tak boleh nafikan lagi..” ujur Datuk Arsyad.


“Tak..tak..Thira tu anak kita bang..anak kita..” jerit Datin Aisyah.


“Suka hati awak lah..saya nak hantar Thira ke rumah keluarga kandungnya..dan saya akan bawa Isya tinggal dengan kita..” beritahu Datuk Arsyad. Datin Aisyah terkaku mendengar kata-kata suaminya itu. Tak mungkin.


*****


Jam menunjukkan pukul 5.40 petang namun Isya masih lagi termenung di dalam biliknya. Seketika kemudian pintu biliknya di tolak dari luar.


“Isya..kau tak nak balik lagi ke?” tanya Jue. Isya hanya merenung Jue tanpa menjawab soalan Jue.


“Isya..kau kenapa ni?dari tadi termenung je..” tanya Jue. Pelik melihat Isya. Biasanya Isya la yang paling banyak cakap tapi sekarang..


“Haa? tak ada apa-apa lah..dah balik ey..jom lah..” ucap Isya. Berkerut kening Jue melihat Isya.


‘Apa kes budak ni..’ getus hati Jue.


“Isya..” panggil Jue perlahan. Isya melepaskan keluhannya dan memandang tepat pada Jue.


“Ye..aku macam malas nak balik rumah..kalau la aku boleh pergi jauh dari sini..” tutur Isya membuatkan Jue tercengang mendengarnya. ‘Biar betul kawan aku ni..ayat macam nak lari rumah je..takkan pasal ibu merajuk sampi dia nak lari rumah kut..’ teka Jue.


“What wrong with you Isya..tell me..” Jue cuba bertanya lagi.


“Aku..aku..”


“What?” sampuk Jue.


“Temankan aku balik boleh..aku tak kuat nak hadapi semua ni sorang diri..aku hanya ada kau je..aku dah tak ada siapa-siapa lagi yang sayang kat aku Jue..” ujur Isya sebak. Jue datang rapat pada Isya dan memeluk bahunya.


“Hei..kenapa ni..jangan la macam ni..sedih aku tengok kau macam ni tau..ok..ok..aku teman kau ok..jom kite balik..apa pun jadi aku tetap ada di sisi kau..ingat tu..” ucap Jue jujur.


“Thanks Jue..” ucap Isya perlahan.


*****


Jue mengikut Isya balik ke rumah. Dia sudah memberi pesan pada tunangnya supaya ambil dia di rumah Isya sahaja. Sebaik sampai di rumah Isya, kelihatan ada tiga biji kereta di halaman rumahnya itu. Isya masih tidak perasaan kerana dia tertidur. Jue mengejukkan Isya.


“Isya..bangun..kita dah sampai..macam ramai je rumah kau ni Isya..ada apa-apa majlis ke?” tanya Jue. Sebaik mendengar tutur kata Jue Isya segera melihat di halaman rumahnya. Ada tiga biji kereta terdampar di hadapan rumahnya.


“Eh! Kereta Mitsubishi Outlander warna hitam tu macam kereta semalam je. Kereta Toyota Caldina warna putih tu siapa punya pula? Dan..ya tu kereta Dani..Eh! Dani??” ujur Isya. Isya tak sedap hati.


“Dani? Dani dengan family dia ke?” tanya Jue.


“Bukan..” jawab Isya sepatah.


“Dah tu?” tanya Jue lagi.


“Entah la..” jawab Isya membuatkan Jue mengetap bibir geram dengan jawapan yang di beri oleh Isya.


“Ish! Kau ni..dah la jom masuk..” ajak Jue.


“Aik! Jemput macam rumah kau je..” gurau Isya saja ingin hilangkan hatinya yang tidak tenteram itu sebaik melihat kereta yang parking di hadapan rumahnya itu.


“Ish! Kau ni sempat lagi kenakan aku..” marah Jue.


“Alololo..merajuk pula dia..dah..dah..jemput masuk ye..buat macam rumah sendiri..” ujur Isya sambil tersenyum. Senyuman yang kelihatan hambar. Jue menjelirkan lidahnya pada Isya.




No comments:

Post a Comment