Sunday, September 11, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 10 (iii)




Irsyad Zafran tiba di perkarangan rumah Irdina Safiyah. Salam diberi lalu pintu rumah dibuka dari dalam. Pn Sarimah dengan muka risaunya menjemput Irsyad Zafran masuk ke dalam. Irsyad Zafran bersalam dengan baka mertuanya itu.


“Masuklah Zaf..” jemput Pn Sarimah.


“Fiyah dekat mana mak?” tanya Irsyad Zafran. Pn Sarimah tersenyum mendengar pertanyaan Irsyad Zafran.


“Ada dalam bilik dia..mak bagi makan tak nak..suruh makan ubat pun tak nak..badan tu dah lembik dah..panas sangat dah badan dia tu..tu mak risau..tadi hampir-hampir jatuh..nasib baik mak ni kuat lagi nak papah dia..” beritahu Pn Sarimah.


“Jom lah mak..saya hantar pergi hospital..” ajak Irsyad Zafran.


“Kamu pergilah kejutkan Fiyah..mak pergi kunci tingkap dengan pintu dapur..” beritahu Pn Sarimah dan berlalu pergi sambil mendukung Hannah Bakriyah. Irsyad Zafran menelan air liurnya. ‘Aku nak kena kejut dia?masuk bilik dia?argh!! kenapa aku ni..’ rungut Irsyad Zafran lalu bangun dan berlalu perlahan ke bilik Irdina Safiyah.


Pintu bilik di ketuk tetapi tiada jawapan. Panggil nama pun tak jawab juga. Irsyad Zafran buat keputusan untuk redah masuk je. ‘Ala tak pe..nanti jadi bini aku juga..’ kata nya dalam hati.


Sebaik melangkah masuk kelihatan Irdina Safiyah yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Irsyad Zafran menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Macam mana nak kejut ni..aduh..’ rungut Irsyad Zafran dalam hati.


Irsyad Zafran datang menghampiri Irdina Safiyah yang nyenyak tidur itu. Di renung lama muka Irdina Safiyah yang pucat itu. ‘Menyusahkan betul la kau ni..nak sakit la..apa la..’ rungut Irsyad Zafran sekali lagi.


“Fiyah..” panggil Irsyad Zafran yang ketika itu berdiri di tepi katil Irdina Safiyah. Panggilannya itu tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi.


“Fiyah bangun..aku nak bawa kau pergi hospital ni..” kejut Irsyad Zafran sambil mengoncangkan bahu Irdina Safiyah. Irdina Safiyah yang sedang nyenyak tidur itu membuka mata sedikit apabila terasa badannya digoncang seseorang.


“Fiyah tak nak..” rengek Irdina Safiyah perlahan. Masih lagi tidak sedar Irsyad Zafran berada di situ.


“Bangunlah..aku nak hantar kau pergi hospital ni..” ujur Irsyad Zafran sekali lagi.


“Fiyah tak nak..Fiyah tak nak..” rengek Irdina Safiyah seakan mahu menangis. Pelik dibuatnya Irsyad Zafran.


“Fiyah dah bangun?” tanya Pn Sarimah yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Irdina Safiyah. Irsyad Zafran yang terkejut segera memandang ke arah Pn Sarimah.


“Belum mak..merengek je dia dari tadi..” beritahu Irsyad Zafran. Pn Sarimah yang mendengar penjelasan Irsyad Zafran hanya menggelengkan kepalanya.


“Macam tu la dia masa mak nak bagi makan nasi dengan ubat..merengek je dia..kamu angkat jela dia masuk dalam kereta..badan dah panas sangat tu..dah tak sedar apa yang dia cakap..” arah Pn Sarimah pada Irsyad Zafran.


“Err..yela..” jawab Irsyad Zafran. Pn Sarimah berlalu keluar selepas mengambil handbag milik Irdina Safiyah. Manakala Irsyad Zafran masih lagi teragak-agak mahu mengangkat Irdina Safiyah. Teringat pula dia pada pesanan Wadi Sufyan.



*****



“Please..tolong aku..” rayu Wadi Sufyan masih lagi tidak berpuas hati selagi rakannya itu tidak memberi jawapan. Irsyad Zafran menarik nafas dalam-dalam. Berdoa agar keputusannya ini betul.


“Ok..aku tolong kau..tapi..dengan syarat..” jawab Irsyad Zafran dan meletakkan syarat pada Wadi Sufyan. Berkerut kening Wadi Sufyan.


“Syarat?apa dia?” tanya Wadi Sufyan.


“Kalau boleh aku nak langsung secepat mungkin..dua bulan lagi?” tanya Irsyad Zafran. Bukannya sebab dia tidak sabar tetapi kerana memikirkan jika lambat lagi waktunya pasti Hadfinah Arinah akan mencari jalan untuk berkahwin dengannya.


“Aik?tak sabar nampak..ok..tapi aku nak bagi amaran dekat kau..jangan sesekali sentuh dia..” ucap Wadi Sufyan berbunyi ugutan. Irsyad Zafran segera tertawa mendengar ugutan Wadi Sufyan. ‘Tak nak aku sentuh jangan lah kawinkan aku dengan dia..’ getus hati Irsyad Zafran.


“Kau jangan ketawa Zaf..aku cakap betul-betul ni..jangan sesekali sentuh dia..” marah Wadi Sufyan sebaik mendengar tawa rakannya itu.


“Rileks ar bro..aku tahu la..” jawab Irsyad Zafran.



*****



“Zaf cepat sikit..mak tunggu dekat luar ye..” jerit Pn Sarimah mematikan khayalannya.


“Ah!boleh pula aku berkhayal..Sufyan sorry ar..darurat..terpaksa ni..” tutur Irsyad Zafran perlahan lalu mendekati Irdina Safiyah.


Di dukungnya badan Irdina Safiyah yang kecil molek itu. ‘Alahai..ringannya..’ getus hatinya. Ketika ingin keluar dari bilik Irdina Safiyah, terdengar Irdina Safiyah merengek.


“Abang..Fiyah nak abang..” rengek Irdina Safiyah. Sebaik mendengar ucapan yang keluar dari bibir comel milik Irdina Safiyah hatinya panas.


“Abang kau tak ada..” jawab Irsyad Zafran keras. ‘Aku yang tolong angkat kau..orang lain yang kau sebut..’ rungut hati Irsyad Zafran. ‘Ceit! Zafran what the.apa jadahnya kau nak merungut pula ni..dia punya pasal la..’ Irsyad Zafran berkata-kata dalam hati.


“Fiyah nak abang..” rengek Irdina Safiyah lagi lalu terus saja memeluk leher Irsyad Zafran membuatkan dia kaku sambil merenung Irdina Safiyah. Da terpaku melihat keindahan wajah milik Irdina Safiyah. Bibir comel yang kemerahan di tenung lama. Sesekali dia menelan air liurnya.


“Zafran..cepat sikit nak..” jerit Pn Sarimah dari luar membuatkan Irsyad Zafran tersentak dan mengucap beberapa kali dalam hati. ‘tak boleh jadi ni..’ getus hati Irsayd Zafran.


Sebaik meletakkan Irdina Safiyah di tempat duduk hadapan. Irsyad Zafran segera menghidupkan enjin kereta. Beberapa saat kemudian kereta Honda City milik Irsyad Zafran menderu pergi.



*****


No comments:

Post a Comment