Friday, November 25, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 29




Isya nampak resah dan tidak selesa berada di dalam bilik itu. Sebaik mendengar apa yang dikatakan oleh Datuk Arsyad hatinya bagai di lambung ombak..no..no..bagai dilanda tsunami rasanya. Hilman bakal suaminya? Tidakkah papanya tahu yang dia tunangan orang dan tak lama lagi akan berkahwin.


“Isya..kalau boleh papa nak langsungkan pertunangan kamu berdua dua bulan dari sekarang..apa pendapat kamu?” tanya Datuk Arsyad. Hilman menanti jawapan dari Isya, dia sendiri masih terkejut dengan berita yang di sampaikan. Dia tak tahu sama ada harus bergembira atau bersedih dengan berita ini.


“Apa-apa pun Isya nak minta maaf sebab kecewakan Datuk, Datin dan Puan..Isya tak dapat nak tunaikan permintaan tu..Isya dah ada pilihan hati Isya sendiri..dan Isya dah bertunang pun dengan dia..InsyaAllah jika di izinkanNYA Isya akan kahwin dengan dia Datuk..” beritahu Isya jujur. Sesungguhnya dia tidak akan menunaikan permintaan itu. Hatinya hanya ada Dani, hanya Dani. Hilman yang mendengar menahan rasa sakit hati. ‘Berani dia tolak aku macam tu je..depan-depan aku pula tu..tak ada tapis-tapis betul..’ rungut Hilman.


“Tapi ni wasiat arwah datuk kamu Isya..” ujur Datuk Arsyad agak tegas bunyinya.


“Maaf..Isya tak dapat nak tunaikan permintaan itu..lagi pun siapa la Isya ni nak ikut semua rancangan dan permintaan dari orang yang tak mengaku Isya ni anak mereka kan..” ujur Isya selamba. Hilman terkejut mendengarnya. Dia merenung Isya lama. Apa yang jadi sebenarnya, apa yang telah dia lalui selama ni?


“Heii!! Perempuan!!!” jerit Thira yang sedari tadi hanya diam.


“Thira..please..not here..” tegur Datuk Arsyad.


“Maaflah..Isya ada banyak kerja yang nak kena settlekan..karang kalau tak buat..bos mengamuk and tuduh kita memulau pula karang..tak pasal-pasal kena maki pula karang..Assalammualaikum..” pinta Isya dan terus saja berlalu keluar dari bilik itu tanpa sempat di tahan oleh Datuk Arsyad. Hilman menahan hatinya pabila mendengar sindiran dari Isya. ‘Jaga kau nanti!!’


“Maafkan Isya ya Hilman..emosi dia tak menentu lagi tu..mungkin masih terkejut dengan pelbagai berita dalam masa seminggu ni..” beritahu Datuk Arsyad.


“Ala..mengada-ngada je lebih..berlakon je tu..patut yang sedih Thira ni ha..baik-baik hidup senang..tiba-tiba dapat tahu keluarga kandung Thira ni orang biasa-biasa je..sempit tau bilik dekat rumah tu..dia patutnya gembira sebab dari anak orang biasa tiba-tiba jadi anak orang kaya..ni tak..ikut sedap mulut dia je nak cakap apa..” sampuk Thira dengan muka tak puas hatinya.


“Tak apa..nanti dekat rumah tahulah aku nak buat macam mana..” ujur Pn Zubaidah pula. Berkerut kening Hilman mendengarnya. Mana satu yang dia kena percaya ni.


“Sudah lah..tak habis-habis lagi ke..kecil hati Isya kalau dia dengar nanti..” ujur Datuk Arsyad.


“Ah! Kita nak jaga hati dia buat apa kalau dia tak jaga hati kita..” jawab Pn Zubaidah. Datuk Arsyad menggelengkan kepalanya. Malas mahu bertekak dengan maknya. Maknya kalau dah bercakap dia saja yang nak menang, dia je yang betul.


“Sudah lah..mari balik..Hilman..pak ngah minta maaf dengan semua yang berlaku ye..pak ngah minta diri dulu..tolong perhatikan sikit Isya tu ya..” pesan Datuk Arsyad pada Hilman.


“InsyaAllah pak ngah..” jawab Hilman lalu bersalam dengan Datuk Arsyad dan Pn Zubaidah dan terus menghantar mereka hingga ke lobi.



*****



Isya meletakkan kepalanya di atas meja sambil memejam mata. Masih lagi terkejut dengan apa yang di beritahu oleh Datuk Arsyad. Lepas satu, satu masalah datang menimpa. Kenapa dia yang perlu lalui semua ini.


Mana mungkin dia akan setuju dengan rancangan itu, sudahlah dia dan Hilman tak pernah sebulu ini kan pula nak suruh kahwin. Minta di juahkan ajelah. Dia buntu, tak tahu mahu memberitahu keluarga barunya itu, sudahlah mereka tak pernah pun melayannya dengan baik.


“Argghh!!!” jerit Isya lalu menolak segala benda yang ada di atas mejanya. Jue yang ketika itu baru saja ingin masuk ke bilik Isya terkejut dengan tindakan Isya.


“Hei!! Isya..what wrong with you..” tegur Jue dengan kerutan di dahinya. Isya lantas memandang sayu pada Jue.


“Jue..”panggil Isya perlahan dan kembali duduk di kerusinya.


“Kenapa ni..” tanya Jue perihatin. Risau melihat Isya. Nampak sangat yang kawannya itu tertekan. ‘Tertekan sebab keluarga barunya ke?’ teka Jue sendiri.


“Jue..aku tak tahu nak cakap macam mana..aku tension..tension sangat-sangat..” aduh Isya lalu meraup mukanya beberapa kali.


“Sabar la ya..aku kan ada..kau story dengan aku..kenapa diorang layan kau dengan buruk ke?” tanya Jue.


“Entahlah..aku baru sehari duduk dekat rumah tu..tapi aku rasa macam setahun lamanya..aku rindukan abah..Adli..Iya dan ibu..macam manalah diorang sekarangkan..mesti diorang happy sebab dah berkumpul satu keluarga..kau rasa diorang ingat dekat aku tak?” tanya Isya sebak. Jue juga turut terasa sedihnya mendengar pertanyaan Isya.


“Sudah lah..kau jangan la sedih macam ni..aku sedih tau tengok kau macam ni..” ucap Jue. Isya memandang Jue. ‘Perlu ke aku beritahu dia apa yang diorang rancang..’ getus hati Isya.


“Entahlah..macam-macam masalah datang..aku tak tahu nak hadapinya macam mana lagi..aku cuba kuatkan diri aku..orang nampak aku biasa je..tapi ni..hati aku..sorang pun tak tahu macam mana rasanya..” ujur Isya sambil menepuk-nepuk dadanya. Jue merapati Isya dan mengusap-ngusap belakang Isya perlahan.


“Dah la..jangan macam ni lagi..walau apa pun aku tetap ade dengan kau..ingat tu..kalau kau perlukan apa-apa atau nak luahan apa-apa baritahu je aku ok..dah la tak nak sedih-sedih macam ni lagi..tak cantik la sayang..you look so ugly you know..” gurau Jue. Tertawa Isya mendengarnya.


“Sempat kau mengutuk aku ey..” getus Isya dengan tawa kecilnya. Jue juga tersenyum melihatnya.


“Haa macam tu la baru nice you know..hihihi..aku just nak kau happy je Isya..aku sayang kau..lebih dari seorang kawan tau..” ujur Jue.


“What?! Eeiii..geli aku..kau jangan macam-macam Jue..kau nak songsang aku ke? Tak nak aku dengan kau..aku ni normal tau..” ujur Isya sambil buat muka gelinya. Terbeliak mata Jue mendengarnya.


“Hoi..hoi!! cakap baik-baik sikit ey..aku pun normal tau..pandai kau nak kenakan aku balik ey..” jawab Jue. Pecah tawa Isya melihat reaksi muka Jue. Dengan matanya yang hampir nak terjojol tu sambil mengetap bibir dan mencekak pinggangnya memandang tetap pada Isya.


“Haha..rileks la..gurau-gurau pun marah..” ujur Isya.


“Kau ni..bila time sedih..aku pun naik sedih tengok kau..bila datang biol kau..sakit pula ati aku..” ujur Jue.


“Ala..jangan la merajuk geng..aku gurau jela.kau kata jangan sedih-sedih..” balas Isya sambil membuat muka sedihnya sambil membuat muncungnya seperti biasa.


“Ish! Sudah-sudah la tu dengan muncung tu..sambung buat kerja kau tu..and nie ha..kau kemas sendiri ey..sape suruh kau tolak-tolak barang..aku tak nak tolong..bye..bye..” ujur Jue dan terus berlari kecil meninggalkan Isya di dalam biliknya sendirian.


“Ala..Jue..sampai hati tinggalkan aku sorang-sorang..ingatkan nak tolong aku kemas tadi..hampehnya kawan..” rungut Isya sambil memungut barang yang di lemparkannya tadi.





p/s: hye korang...acane..ok x..sorry yoo kalo x memuaskan..ngee~ pape pun layankn jela ey.. skang tgh gilerkan instant camera..wah nak sangat!! comel!! heee ^_^!!

3 comments:

  1. dalam cite ni sape sebenarnya hero? dani or hilman? confuse pulak

    ReplyDelete
  2. off course hilman. but dani also hero. ahaks... ;D but fate see more to Hilman, mmg nmpk jahat n sll paksa Isya but someday he will be hero protect Isya from her family mostly nenek n thira the snake.

    ReplyDelete