Friday, November 25, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 28




“Silakan masuk Cik..Datuk..Puan..” ujur Nora sambil tersenyum dan membuka pintu bilik Hilman.

“Jemput duduk Pak ngah..nek long..Thira..” ujur Hilman pula. Mereka terus saja melabuhkan punggung di sofa dalam bilik Hilman.


“Yela..maaf ganggu kamu..” ujur Datuk Arsyad. Hilman hanya tersenyum kecil mendengarnya.


“Tak apa..Nora buatkan air ye..” arah Hilman.


“Baik En Hilman..” jawab Nora. Belum sempat dia keluar dari bilik Thira bersuara.


“Make me coffee please..and less milk and sugar ya..I tak suka manis-manis..nanti senang dapat penyakit..” pinta Thira. No, bunyinya lebih kepada arahan.


“Baik Cik..” jawab Nora dan berlalu pergi dengan rasa menyampah. “


“Aku dah buat air dah cukup baik..aku letak garam karang baru kau tahu..” rungut Nora perlahan.


“Amboi..sekolah memasak mana pula yang kau masuk tu Nora..buat air letak garam..” tegur Isya. Terus saja melompat si Nora kerana terkejut do tegur oleh Isya.


“Ya Allah..bertuah punya kawan..nasib baik tak ada sakit jantung..kalau tak dah lama aku jalan tau..” marah Nora sambil mengurut-ngurut dadanya. Isya tertawa kecil. Teringat kembali bagaimana Nora melompat tadi.


“Kau apasal membebel je ni..” tanya Isya.


“Haa..ni yang aku nak cerita ni..tapi kejap lagi la ye..aku nak buat air ni..karang mahu singa tu baham aku karang..” ujur Nora dan berlalu pergi ke pantry. Isya tertawa mendengarnya.


“Kalau dia baham kau..kau tembak kasi mati je..habis cerita..” ucap Isya perlahan. Geram punya pasal dengan Hilman.



*****



Hilman tersenyum senang mendengar penerangan dari Datuk Arsyad. Suka sungguh hati dia bila Datuk Arsyad beritahu yang dia tidak akan di tunangkan dengan Thira. Tak sangka Thira rupanya bukan anak kandung Datuk Arsyad.


Nampaknya tidak perlulah dia bersusah-payah mencari idea bagaimana untuk membatalkan rancangan itu. Sedari tadi dia hanya tersenyum saja.


“Pak ngah mintak maaf..tapi walau macam mana pun majlis tu akan tetap berjalan seperti biasa..pak ngah sudah pun bincang dengan papa, mama, nenek dan datuk kamu..” terus saja mati senyuman Hilman mendengarnya.


“Tapi..tadi kata Thira ni bukan anak kandung pak ngah..” ujur Hilman. Keliru barang kali.


“Ya..memang betul..tapi pak ngah dah jumpa dengan anak kandung pak ngah..so majlis akan jalan seperti biasa..pak ngah sudah pun beritahu keluarga kamu tadi..mereka setuju..” ujur Datuk Arsyad. Baru saja hatinya lega kini kembali tidak tenteram. Dengan perempuan mana lah yang akan dijodohkannya. Hilman memicit kepalanya seketika.


“Saya..”


“Oh ya..kamu ada pekerja namanya Aleeya Alisya ye ke?” tanya Datuk Arsyad memotong percakapan Hilman.


“Ada..kenapa?Pak ngah kenal dengan dia ke?” tanya Hilman. Datuk Arsyad hanya tersenyum mendengarnya.


“Ya..kami semua kenal dia..dia pernah tolong mak ngah kamu waktu mak ngah kena ragut dulu..boleh panggilkan dia?” terang Datuk Arsyad. Hilman mengganggukkan kepalanya tanda faham bagaimana mereka kenal dengan Isya.


“Boleh pak ngah..tunggu sekejap ya..saya panggilkan dia..” ujur Hilman.


“Kenapa tak suruh setiausaha kamu saja yang panggilkan..” tanya Pn Zubaidah.


“Tak apa nek long..lagi pun Nora banyak kerja nak buat tu..biar saya yang panggil sendiri..” Hilman terus saja berlalu pergi. Pn Zubaidah tersenyum sinis mendengarnya.


Dasar perempuan mengada-ngada. Nak panggil dia macam nak panggil puteri pula, siap bos pula tu datang panggil. Apa lah yang ada pada perempuan tu sampai ramai yang ambil berat pasal dia. Sama saja macam mak kandungnya.



*****



Hilman berdiri di hadapan pintu bilik Isya sambil menarik nafas. Di pulasnya tombol pintu itu dan menolak laju tanpa mengetuk pintu dahulu. Isya yang ketika itu sedang menyemak fail-fail di almari bersebelahan dengan tingkap kaca itu terkejut. Terpelanting fail yang di pegangnya kerana terkejut. Hilman menahan senyum dan tawanya melihat aksi spontan serta mimik muka Isya. ‘So funny!! But you are so cute…’ komen Hikman dalam hati.


Isya pantas menoleh ke belakang melihat gerangan manusia yang tak reti memberi salam dan ketuk pintu dahulu sebelum masuk. Sebaik saja dia menoleh bagai nak terkeluar anak matanya melihat muka Hilman yang sedang merenungnya sambil berpeluk tubuh. Isya menelan air liurnya. Spontan dia mengigit ibu jarinya dan matanya liar memandang kiri dan kanan, lantas dia tunduk dan mengutip fail dan kertas yang bertaburan itu tanpa mempedulikan Hilman yang masih setia berdiri di situ. ‘Haa tadi bukan main lagi kau maki dia..ni pandai pula kau diam..’ Isya mengutuk dirinya sendiri.


Sedang asyik mengutip kertas dan fail yang jatuh tadi dia melihat sepasang kaki berdiri betul-betul di hadapannya. Isya mengigit bibirnya perlahan. ‘Matilah aku..argh!! biarkan dia..tak kuasa aku nk layan and tengok muka dia..’ keluh Isya.


Sebaik selesai menyusun fail-fail itu di raknya semula Isya pusing dan ingin menjauhi Hilman tetapi di halang oleh Hilman. Dia ke kiri, Hilman ke kiri. Dia ke kanan, Hilman ke kanan. Lebih lima minit juga la mereka begitu, masing-masing tidak mahu mengalah kerana geram Isya terus saja menjerit.


“Hoi!! Kau dah tak ada kerja ey mengacau aku je..” jerit Isya kuat tanpa mempedulikan orang lain yang berada di luar. Terkejut Hilman mendengar jeritan dari gadis itu.


“Yang kau jerit-jerit ni apa hal..” marah HIlman. Buatnya pak ngah dan semua yang ada dalam biliknya dengar tak ke mampus dia nak menjawab nanti.


“Yang kau pula..halang jalan aku apa hal..kau pergi sana ar..aku menyampah tengok muka kau..tolong ar jangan muncul depan aku lagi..” luah Isya perlahan. Tersentap Hilman mendengarnya, lalu dia tersenyum sinis. ‘What ever..’ kata hati Hilman.


“Dah kau buat tak peduli kat aku..amboi sedapnya mulut bercakap ey..jangan sampai aku..” Hilman tidak meneruskan ayatnya tetapi dia hanya mengangkat keningnya sebelah sambil tersenyum nakal memandang Isya. Isya segera mengetap bibir dan menekup mulut dengan tangannya. Meledak ketawa Hilman melihat aksi spontan Isya. Makin sakit hati Isya mendengar tawa Hilman.


“Ikut aku sekarang..” berkerut kening Isya.


“Apasal pula aku nak kena ikut kau..tak nak aku..kau ni bukan boleh percaya..” jawab Isya selamba. Hilman menrenungnya tajam. Dengan perlahan-lahan dia melangkah setapak demi setapak mendapatkan Isya. Isya menelan air liurnya melihat Hilman datang mendekatinya, kakinya juga melangkah perlahan ke belakang sehingga dia tersandar di rak fail. Hilman tersenyum sinis melihat muka cuak Isya.


“K..ka..kau nak buat apa haa!! b..ba…baik kau keluar sekarang..” marah Isya sangkut-sangkut. Makin lebar senyum Hilman mendengarnya. Hilman makin dekat dengan Isya. Isya menelan air liur nya berkali-kali.


“K..kau jangan macam-macam..aku jerit karang..” ugut Isya. Hilman berdiri tegak di hadapan Isya, rapat. Tangan Isya menolak Hilman menjauhinya. Tiba-tiba tangan Isya terus di sabar dan di tariknya.


“Lepas lah..aku tak nak ikut kau..” marah Isya keras. Serta merta Hilman berhenti menyebabkan Isya terlanggar Hilman. Isya menggosok perlahan dahinya. ‘Ish! Kut ye pun nak berhenti bagila isyarat dulu ni tak..’ rungut Isya.


“Ada orang nak jumpa kau..ikut jela..aku tak buat apa-apa dekat kau la..” ujur Hilman dengan nada tinggi. Sakit hati dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut gadis itu.


“Kalau ye pun..tak perlu la nak tarik dan buat aku macam ni..aku boleh jalan sendiri..” jawab Isya.


“Shut up!! Alisya!! Just follow me okay..” tengking Hilman. Dalam pada berjalan menuju ke bilik Hilman sempat lagi mulut Isya merungut.


“Shut up!! Alisya!! Just follow me okay..bla..blaa..blaa..” rungut Isya perlahan.


“What did you say?” tanya Hilman seakan mendengar sesuatu.


“What?” tanya Isya pura-pura tak tahu. ‘Alamak dia terdengar la pula..’ Ketika itu dia ternampak Jue dan juga Nora. Jue dan Nora bertanya mengunakan isyarat badan dari jauh. Jue mengangkat keningnya dan menunjukkan muncungnya ke arah Hilman. Isya yang faham akan pertanyaan itu terus saja mengangkat jari telunjuknya menunjuk ke arah Hilman dan jari itu kembali di tuju padanya dan di pusingkan beberapa kali di tepi kepalanya. Maksudnya dia kata si Hilman tu gila la..hehehe


Terus meletus tawa Jue dan Nora menyebabkan Hilman memandang ke arah mereka. Sebaik melihat muka ketat Hilman terus mati tawa mereka, begitu juga Isya yang sedang tersenyum terus mati senyumannya.


“Masuk..” arah Hilman tegas sambil menolak pintu biliknya dan memberi sedikit laluan pada Isya. Sebaik saja masuk Isya terkejut melihat Datuk Arsyad, Pn Zubaidah dan juga Thira berada di dalam bilik Hilman. ‘Kenapa diorang boleh ada dalam bilik Hilman..kenapa tak terus ke bilik dia je..patut la tadi siap telefon aku tanya aku kerja dekat mana..rupanya nak datang cari aku dekat sini..’ getus Isya.


“Pak ngah..nek long..Thira..ni dia Aleeya Alisya..pengurus pemasaran dekat syarikat ni..” beritahu Hilman. ‘Pak Ngah?’ Isya menelan air liurnya beberapa kali.


“Duduk Isya..” pelawa Datuk Arsyad. Isya terpaksa duduk di sebelah Hilman memandangkan hanya sofa itu saja yang kosong.


“So pak ngah nak buat apa jumpa Isya ni?” tanya Hilman.


“Pak ngah?” tanya Isya. Berkerut-kerut kening Isya memikirnka segala kemungkinan.


“Yela..pak ngah..ni papa saya punya sepupu..ni nenek saudara saya..” beritahu Hilman.


‘What?’ jadi..


“Ye sayang..papa belum sempat nak bercerita dengan kamu lagi..” ujur Datuk Arsyad. Kini Hilman pula yang terkejut mendengar tutur kata Datuk Arsyad.


“Hilman..pak ngah nak kenalkan..ni lah anak kandung pak ngah..Aleeya Alisya..dan Isya ni pula anak buah sepupu papa..dan bakal suami kamu..” beritahu Datuk Arsyad.


“What!!” serentak Hilman dan Isya menjawab. Masing-masing terkejut dengan berita yang di sampaikan.








p/s: korang sorry ye lmbt sikit..huuhuh pape pun layan je ye..sorry again coz BAJC kita xwat n3 bru lg..kita layan AITU dulu ye..hihihih ^_^!!

5 comments:

  1. wah.. mesti isya tak dapat nak accept Hilaman kan?
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  2. sape hero cite ni....

    ReplyDelete
  3. yeay! nak hilman n isya! hehehehehe

    ReplyDelete
  4. what??? yea Hilman. Ke ko nk melompat. Ni bukan apa yg ko nk kan??? he...
    cuma sian Isya, dia dah ada pilihan sndr. La tpaksa plak ikut kehendak keluarga. mmg xfair bt dia sbb ni smua rancangan nenek n thira nk pisahkan Isya n Dani. kenapa nenek dendam pd mak kandung Isya??? datin ke mak kandung dia???

    ReplyDelete
  5. salam kak ida: hohoho no komen...

    hana_aniz: yeah!! nk juga yeaahhh!! nye tu..kihkihkih

    anonymous: hihih awk nk cape??

    ivoryginger: dlm hati dah melompat2 dh tu..hihih kan..kan..sian Isya..hurrmmm


    pape pun thanks korang sbb sudi bace n beri komen utk kite buat yg lebih baik lg...thanks again.. ^_^

    ReplyDelete