Sunday, November 20, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 27





“What?” tanya Isya bosan tanpa memandang muka Hilman. Hilman menunduk sedikit dan berbisik sesuatu pada Isya menyebabkan Isya memandangnya cuak.


“So..macam mana..bijak tak idea aku?” ucap Hilman sambil tersenyum sinis. Isya memandangnya geram. ‘Argghhh!! Kepala aku yang sedia kala sakit ni bertambah sakit dengan ugutan Hilman itu..’


Sakit hati bila HIlman mengugutnya supaya tidak pulang bersama Dani. Kalau tidak dia akan menceritakan semua yang dia buat pada aku tadi dan sebelum ni. Isya memicit kepalanya perlahan dan melangkah perlahan mendapatkan Dani.


“Sayang ok tak ni..” tanya Dani perihatin. Isya yang mendengar merasa sebak. Isya tersenyum hambar dan menganggukkan kepalanya.


“I’m sorry sayang..Isya tak boleh balik..ada kerja yang perlu Isya settlekan hari ni juga..” beritahu Isya. Dani merenung Isya.


“Are you sure? You look so pale sayang..” ucap Dani sambil mengusap pipi Isya lembut.


“It’s ok..jangan risau ok..Isya akan call setiap setengah jam..kalau ada apa-apa I will call you..” pujuk Isya ingin menyedapkan hati Dani.


“Promise..” tutur Dani sambil mengangkat tangannya tanda promise.


“Ye sayang..promise..” sahut Isya sambil tersenyum senang juga turut mengangkat tangan kanannya menandakan promise.


“That my girl..take care sayang..Dani balik office dulu..” ucap Dani.


“Take care too..” ucap Isya sambil tersenyum. Hilman yang melihat kemesraan pasangan itu menjadi bertambah sakit hatinya. Sebaik saja pintu lif tertutup Isya melangkah ingin masuk ke biliknya. Hilman masih setia menjadi guard di situ. Isya merenung tajam Hilman.


“Puas hati!!” ucap Isya keras tetapi perlahan.


“Not yet!” jawab Hilman. Berkerut dahi Isya mendengarnya. Hilman terus saja melangkah masuk ke dalam biliknya. Isya apa lagi..angin le sebaik mendengar kata-kata Hilman tu.


“Gila!!” ujur Isya terus masuk ke dalam biliknya. Ketika di dalam bilik telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia mencapainya dan menjawab.


“Waalaikumsalam..H & K Holdings..untuk apa?ok..” berkerut kening Isya sambil merenung telefon bimbitnya.



*****



Ketika Dani ingin pergi ke keretanya dia terlanggar seorang gadis. Dani sempat menyambut gadis itu dari jatuh menyembam bumi.


“You..” ucap Thira sebaik melihat Dani. Dani segera melepaskan pelukannya pada Thira. Thira tersenyum mengoda sebaik melihat Dani.


“Sorry, I tak nampak you tadi..nak cepat..” ucap Dani.


“It’s ok dear..you tak salah pun..I yang salah..jalan tak pandang depan..you buat apa dekat sini?” tanya Thira manja.


“I jumpa tunang I..” jawab Dani nak tak nak.


“I see..I datang sini ada hal sikit nak bincang dengan bakal tunang tak jadi I tu..” beritahu Thira. Bajet Dani jeles la tu!!


“Oh! Ok..anyway I have to go..see you next time..ah! lupa I nak beritahu you..nanti jemput la datang dekat majlis kahwin I ye..” ucap Dani. Bukan dia tak perasan Thira cuba mengodanya sebelum ni. Sengaja dia berkata begitu untuk mengingatkan Thira tentang statusnya sebagai tunang Isya.


Mendengar ayat yang keluar dari mulut Dani Thira terus saja tarik muka masam. Macam cantik pula kau tarik muka macam tu!!


“Oh! Really..tahniah..tapi I kesian dekat you la dear..you tahukan walaupun I tak jadi tunang..tapi majlis tu akan tetap berlangsung..cuma bertukar orang saja..you tahukan siapa yang gantikan tempat I tu?” sengaja Thira bertanya begitu pada Dani. Sebaik mendengarnya muka Dani terus berubah.


“What do you mean?” tanya Dani keras sambil merenung Thira. ‘Akhirnya..’ getus Thira sambil tersenyum.


“You tak tahu ke? Buah hati you tak beritahu you ke? Kesiannya you diketepikan oleh tunang sendiri..actually Isya akan gantikan tempat I..dia akan di tunangkan dengan Hilman..I tak sangka diorang berkerja satu bumbung..kuat betul jodoh diorang kan..hari-hari bertentang mata..” Thira sengaja membuat Dani sakit hati. Ya, Dani baru teringat sewaktu dia ke rumah Isya kelmarin nenek kandung Isya ada beritahu bahawa mereka akan di kahwinkan atas wasiat arwah datuk Isya. No..no..Isya tak akan kahwin dengan orang lain.


“No..I pasti Isya tak akan setuju dengan rancangan you sekeluarga..” ujur Dani dengan jari telunjuknya menunjuk muka Thira. Thira tersenyum sinis melihat Dani.


“And I sangat-sangat pasti yang dia tak akan berjaya menolak rancangan itu..walau macam mana cara sekali pun..” ujur Thira.


“You..”


“Thira..kenapa tercegat dekat situ lagi?” sampuk Datuk Arsyad muncul tiba-tiba bersama Pn Zubaidah menyebabkan Dani tak jadi menghabiskan ayatnya. Serentak mereka menoleh ke belakang.


“Saja tunggu papa..kita naik sama-sama ya..” ujur Thira sambil menarik Datuk Arsyad dan meninggalkan Dani seorang di situ.


“Rindunya dekat papa..” ujur Thira manja sambil melentokkan kepalanya pada bahu Datuk Arsyad.


“Papa pun..mama pun rindu dekat Thira tau..nanti singgah rumah ya..jumpa mama..” ucap Datuk Arsyad pula. Dani merenung tajam ke arah mereka. Hatinya jadi tak tenteram mengenangkan Isya. Isya akan di tunangkan dengan Hilman, lelaki yang berlagak bagus tu.


Tak mungkin Isya akan setuju, dia tahu yang Isya tak suka akan bosnya itu. Pasti Isya akan menolak keras rancangan itu. Dani berfikir sebegitu untuk menyedapkan hatinya yang sedang bergelora.






P/s: yeaahhh!! lg n3 utk kome..kome..teman in the mood mengarang skang..hihih layan jela ye..PEACE!!! i loikeee!!kuikuikui..



2 comments:

  1. btol ke hilman nti akan tunang dgn isya? tunang je ke? kahwin tros la. :p

    ReplyDelete
  2. hilman mmg dah kemaruk dgn isya. tp dia tak fikir ke ttg perasaan n maruah isya. tlalu ikut hati mati nnti.

    ReplyDelete