Sunday, November 20, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 26

Jam menunjukkan tepat pukul 10.30 pagi. Isya masih lagi dalam posisi tadi. Badannya di sandarkan di dinding, tangannya pula memeluk kedua belah lututnya. Mukanya di benamkan ke lutut. Kepalanya terlalu sakit, memikirkan semua yang terjadi pada dirinya. Dengan kelakuan Hilman padanya. Kenapa..kenapa dia..kenapa bukan orang lain. Terngiang-ngiang di telinga suara ibunya.


“Kau bukan anak aku!!”[Pn Siti]


“Kau bukan anak aku!!”


“Kau bukan anak aku!!” Isya mengelengkan kepalanya sambil menutup telinganya.


“Bangun..keluar kau sekarang dari rumah aku..aku tak nak pandang lagi muka kau..kau jangan sekali-kali tunjukkan muka kau depan aku lagi..” Isya mengelengkan kepalanya sebaik ayat itu kedengaran di telinganya.[Pn Siti]


“Tak..Aisyah tak nak jumpa dengan dia..dia bukan anak Aisyah..anak Aisyah Thira bang..abang ni kenapa..tah mana-mana budak abang punggut dan kata dia tu anak kita..Aisyah tak nak jumpa dia..pergi halau dia keluar dari rumah ni..Aisyah tak nak tengok muka dia..” [Datin Aisyah]


”Ibu..”


“Ibu..Isya rindu ibu..” ucap Isya perlahan bersama tangisan kecilnya.



*****



Dani resah, tak senang duduk di buatnya memikirkan tunangnya. Telefon tak dapat. Telefon office busy memanjang line dia. Dia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Dia harus tahu keadaan Isya.


Risau bila sebentar tadi terdengar suara Isya seperti meminta tolong padanya, tapi bila di tanya terus saja talian di matikan. Dani dengan pantas mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya dan berlalu pergi.



*****



“Nora..please double check this report..so many mistake..macam mana awak buat kerja..” marah Hilman. Nora menelan air liurnya, takut melihat wajah bengis bosnya itu.


“B..ba..baik En Hilman..” jawab Nora.


“I want that report on my table 3 pm..make sure awak buat betul-betul..awak boleh keluar sekarang..” arah Hilman tanpa memandang setiausahanya itu.


“Baik En Hilman..saya keluar dulu..” pinta Nora.


“Nora..” panggil Hilman. Nora berhenti melangkah dan menoleh ke belakang menghadap Hilman.


“Ye En Hilman ada apa-apa yang En Hilman perlukan ke?” tanya Nora. Nora jadi pelik melihat muka kalut bosnya itu. Apa yang dia nak cakap sebenarnya ni..


“Awak ada nampak Isya?” tanya Hilman tanpa memandang Nora. Mukanya di tundukkan menghadap fail di atas meja. Ala..cover line sebenarnya tu..tak nak tunjuk muka bersalah dia..


“Still dalam bilik dia..tak nampak pula dia keluar..En Hilman nak saya panggilkan dia ke?” tanya Nora.


“Jangan!!” pantas saja Hilman menjawab sampai terkejut Nora. ‘Apahal bos aku ni..’ rungut Nora.


“Tak perlu panggil dia..saya just nak tahu..mana tahu dia ponteng kerja ke..memulau ke..awak boleh keluar sekarang..” berkerut dahi Nora melihat Hilman. ‘Ada ke dia kata Isya ponteng kerja..Isya kalau ponteng kerja pun sebab tak tahan dengan perangai dial ah..huh! tak sedar diri betul bos aku ni..’ rungut Nora dan terus saja keluar dari bilik Hilman.


Sebaik saja bayangan Nora hilang dari biliknya, dia menarik nafas lega. Nasib baik tak kantoi, boleh pula aku gelabah depan setiausaha aku. Hilman meraup kasar mukanya dengan kedua belah tangannya. Hatinya ingin saja pergi mendapatkan Isya dan minta maaf atas kelakuannya tadi terhadap Isya, tapi takut jika gadis itu menjerit tak pasal-pasal satu office tahu karang. Hilman menyandarkan badannya ke kerusi sambil memejam matanya. Tak sampai seminit dia terus saja duduk tegak sambil merenung ke depan.


“Arghh!! Tak boleh jadi..walau macam mana pun..aku mesti pergi jumpa dia..peduli apa aku dia nak jerit ke..maki aku ke..” ujur Hilman sambil berkerut keningnya. Terus saja dia bangun ingin menuju ke bilik Isya.


Nora yang ketika itu sedang berbincang dengan Jue terkejut melihat Hilman menarik pintu bilik dengan kasar dan melangkah pantas dengan muka tegangnya.


“Apa hal lagi tu..” tanya Jue.


“Entah lah..aku rasa hari ni..bukan angin kus-kus la bos kita tu..” jawab Nora.


“Dah tu?” tanya Jue tak mengerti dengan apa yang cuba di perkatanya oleh Nora.


“Aku rasa kali ni..bapak angin kus-kus kut..” jawab Nora sekali lagi dengan wajah tak bersalahnya. Jue dengan selamba mengetuk kepala Nora.


“Aduh! Sakit la..” rungut Nora.


Ketika Hilman ingin memulas tombol pintu bilik Isya dia terdengar suara seseorang di dalam bilik Isya. Hatinya menjadi panas bila suara itu milik seorang lelaki. Makin bertambah terbakar hatinya bila terdengar kata-kata manis memujuk Isya dan memanggil Isya sayang. Hilman mengenggam kuat tangannya, geram!. Baru saja Hilman ingin merempuh masuk, pintu itu di tarik dari dalam.


“Ops!! Sorry..” ujur Dani terkejut pabila nampak Hilman tercegat di hadapan pintu bilik Isya ketika dia membuka pintu. Hilman merenung Isya tajam. Sikit pun dia tak pandang Dani yang tercegat di hadapannya itu. Dani yang perasan akan renungan itu berdehem kuat.


“Ehem..ehemm!!! may I..” pinta Dani sambil membuat isyarat supaya Hilman ke tepi memberinya laluan. Isya merasa tak sedap hati melihat renungan tajam Hilman itu.


“Kau siapa nak suruh aku ke tepi..” jawab Hilman dengan nada angkuhnya. Dani tersenyum sinis mendengar tutur kata dari Hilman.


“Aku bukan siapa-siapa dekat sini..tapi aku ni BAKAL SUAMI Isya..so may I..and I will take Isya too..dia tak sihat..” ucap Dani perlahan tapi cukup membuatkan Hilman merasa geram dengan kenyataan yang di berinya. Sengaja dia menekankan perkataan bakal suami itu. Dani nampak lebih cool berbanding dengan Hilman. Dani lebih pandai mengawal emosinya berbanding Hilman.


“So what! I have something to discuss with Isya..urgent!!” ujur Hilman sambil merenung Isya yang bersembunyi di belakang Dani.


“No need!! Isya perlukan rehat..dia terlampau stress..so jangan ganggu dia buat masa sekarang..” ujur Dani. Hilman tersenyum sinis mendengarnya. ‘Tunjuk baik konon mamat ni..’ getus Hilman.


“Come sayang..Dani hantar sayang balik dulu..sayang apply cuti hari ni..Dani jaga sayang hari ni ya..” ujur Dani pada Isya sambil tersenyum dan menarik tangan Isya mengikutnya. Isya melangkah mengikut Dani. Malu bila semua budak-budak office melihat drama mereka. ‘Ni semua Hilman punya pasal..’ rungut hati Isya.


“Cik Aleeya Alisya!!” panggil Hilman kuat membuatkan langkah Isya terhenti. Isya merenung Dani yang sedang tersenyum memandangnya. Melihat isyarat Dani yang menyuruhnya pergi ke Hilman menyebabkan dia mengeluh lemah. Kalau boleh dia tidak mahu melihat wajah itu buat masa ni. Isya melangkah lemah mendapatkan Hilman yang berdiri sambil menyeluk tangannya di kocek seluar.


“What?” tanya Isya tanpa memandang muka Hilman. Hilman menunduk sedikit dan berbisik sesuatu pada Isya menyebabkan Isya memandangnya cuak.


“So..macam mana..bijak tak idea aku?” ucap Hilman sambil tersenyum sinis. Isya memandangnya geram. ‘Argghhh!! Kepala aku yang sedia kala sakit ni bertambah sakit dengan ugutan Hilman itu..’




p/: korang..acane??best tak??huhuh pape pun layan je ye..PEACE!!!

3 comments:

  1. erk. kalau sy kata isya dgn hilman lg sesuai leh x?? huhu

    ReplyDelete
  2. arifuka kashirin : dalam usaha ni yunk..huhuhuh

    hana_aniz: boleh aje yunk..kate jela nk kate ape..kuikuikui..i loikee hilman jugak!! tapikan..tapikan..hurmmm!! tgguuuu..kihkihkih..

    ReplyDelete