Monday, October 31, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 13 (i)




Sudah tiga kali dia menelefon Irsyad Zafran tetapi panggilannya tidak di jawab. Irdina Safiyah merungut geram. Ikutkan hati malas dia mahu menelefon lagi tetapi pasti mak dia akan bertanya nanti. Sekali lagi dia mencuba nasib.


“Hello..” sapa suara Irsyad Zafran. Akhirnya panggilannya di jawab.


“Awak..err..”


“Kau nak apa telefon aku ni..” potong Irsyad Zafran. Irdina Safiyah menahan rasa geramnya.


“Awak..saya minta maaf sebab cakap macam tu pada awak petang tadi..sorry..” ucap Irdina Safiyah. Terkejut Irsyad Zafran mendengarnya. Bagaikan tidak percaya dia mendengarnya.


“Awak..sorry..awak jangan kecil hati ye..” ujur Irdina Safiyah sekali lagi.


“Urm..” jawab Irsyad Zafran sengaja buat-buat merajuk lagi. Padahal dia tersenyum di sebalik telefon itu.


“Eii awak ni macam perempuan la..sentap sana..sentap sini..” ujur Irdina Safiyah geram.


“Kau ni minta maaf ikhlas ke tidak ni..” ujur Irsyad Zafran pula. Irdina safiyah mendengus kasar.


“Ish! Banyak songgeh betul la awak ni..yela..i’m sorry..maafkan saya ye awak..” ucap Irdina Safiyah sekali lagi.


“That’s it..good girl..that my girl..” ujur Irsyad Zafran.


“Apa-apa jela awak..ok la..saya nak tidur ni..good nite..” beritahu Irdina Safiyah.


“Ala awal lagi apa nak tidur..” jawab Irsyad Zafran. Belum puas lagi dia berbual dengan Irdina Safiyah.


“Saya bukan macam awak yang jadi burung hantu tiap-tiap malam..” ujur Irdina Safiyah.


“Suka hati kau je cakap aku ni burung hantu..nasib baik jauh..kalau tak dah lama aku cubit mulut kau tu tau..yela pergi la kau tidur..good nite my dear..” ucap Irsyad Zafran.


“Eii..tolong la..tak payah nak dear..dear bagai..malas nak layan awak lagi..bye..” balas Irdina Safiyah dan terus saja mematikan talian. Irsyad Zafran hanya tertawa mendengarnya. Pasti muka Irdina Safiyah merah menahan geram. Dia suka melihat wajah merah milik gadis itu.



*****



Wani Sofea termenung di dalam biliknya. Memikirkan tentang perlakuan abangnya membuatkan dia hairan. Tidak pernah dia melihat Wadi Sufyan dan Irdina Safiyah seperti ini. Seperti menjauhkan diri saja. Dia pasti yang abangnya dan Irdina Safiyah pasti ada apa-apa hubungan. Teringat kembali peristiwa di mana dia ternampak Irdina Safiyah menagis di hadapan pintu bilik Wadi Sufyan.


Ketika itu dia ingin melintasi bilik Wadi Sufyan dia ternampak kelibat Irdina Safiyah yang sedang menagis di hadapan bilik abangnya itu. Terdetik di hatinya ingin menegur Irdina Safiyah tetapi terbantut sebaik ternampak Wadi Sufyan yang ketika itu keluar dari biliknya dan menggenggam erat tangan Irdina Safiyah. Tanpa sengaja dia terdengar perbualan mereka.


“Fiyah..abang minta maaf sebab tengking dan marah Fiyah..abang minta maaf..abang tak sengaja..abang tak ada niat pun nak buat Fiyah macam tu..abang sayang Fiyah..abang tak boleh kehilangan Fiyah..” ucap Wadi Sufyan. Terkejut Wani Sofea mendengarnya.


‘Abang dengan Fiyah..’ soal hatinya.


“Fiyah minta maaf..Fiyah terpaksa..Fiyah buat semua ni untuk mak long..Fiyah tak sampai hati melihat mak long sedih..Fiyah harap abang faham..mungkin bukan jodoh kita..Fiyah harap abang faham..” ujur Irdina Safiyah pula lalu terus berlalu pergi. Wadi Sufyan pula hanya berdiri seperti patung memandang pemergian Irdina Safiyah.



Wani Sofea semakin pasti apabila dia tanpa sengaja sekali lagi mendengar perbualan mereka ketika Irdina Safiyah di tahan di wad kelmarin. Dia sengaja mengekori abangnya untuk mencari jawapan.



“Tah la..tapi aku tak boleh hidup tanpa dia Zaf..boleh mati aku di buatnya..aku minta maaf sebab marah kau tadi..aku cemburu tiap kali orang bercakap tentang Fiyah dengan lelaki lain..aku tak sanggup Zaf..aku macam nak batalkan je majlis ni..”


“Jangan!!” potong Irdina Safiyah tiba-tiba. Terkejut mereka berdua sebaik mendengar suara itu. Terus saja menoleh memandang Irdina Safiyah yang sedang bangun untuk duduk dari pembaringannya.


“Fiyah..dah bangun..” tutur Wadi Sufyan.


“Ya..Fiyah dengar semuanya..abang..Fiyah minta abang jangan batalkan majlis ni bang..Fiyah mohon sangat dengan abang..” rayu Irdina Safiyah.


“Sayang rehat dulu ya..badan tu pun baru je reda panas..” ujur Wadi Sufyan. Irdina Safiyah terus menggelengkan kepalanya.


“Abang janji dengan Fiyah..jangan batalkan majlis ni..nanti ramai yang terluka dengan tindakan abang tu..abang jangan terburu-buru bang..Fiyah mohon dengan abang..fikir tentang perasaan orang sekeliling kita bang..” rayu Irdina Safiyah bersungguh-sungguh. Wadi Sufyan mendengus kasar. Terus saja dia bangun dari duduknya.


“Fiyah boleh tak jangan sebut pasal tu lagi..jaga hati orang tapi hati abang ni sape yang jaga??sape??tak ada Fiyah..tak ada..” ujur Wadi Sufyan sambil menepuk dadanya kuat sambil merenung tajam pada Irdina Safiyah. Irsyad Zafran hanya memerhati sahaja.


“Abang..jangan pentingkan diri bang..abang tak kesian dengan mak abang ke?” tanya Irdina Safiyah dengan getar suaranya menahan tangis.


“Abang pentingkan diri?? Abang kalo pentingkan diri abang tak akan ikut semua rancangan ni..” ujur Wadi Sufyan. Marahnya dah sampai kemuncak. Sakit hatinya bila Irdina Safiyah berkata begitu. Tak terfikirkah dia betapa aku sayang dan cintakan dia.


“Abang..Fiyah harap abang jangan buat benda bodoh..fikir orang sekeliling kita..abang balik la..tenangkan hati abang..diorang perlukan abang di rumah..antara kita dah tak ada apa-apa bang..Fiyah anggap abang macam abang Fiyah..Fiyah harap abang faham..” tutur Irdina Safiyah perlahan tanpa memandang muka Wadi Sufyan.


Sebaik mendengar tutur kata Irdina Safiyah, Wadi Sufyan rasa tercabar. Di genggam erat tangannya. Terus saja dia merapati Irdina Safiyah. Di cengkam kuat lengan Irdina Safiyah kiri kanan. Terkejut Irdina Safiyah dengan tindakan Wadi Sufyan itu.


“Kau tau tak aku sayang kau..kau tahu tak!” jerit Wadi Sufyan. Tanpa sedar air matanya mengalir. Irdina terkedu mendengar jeritan itu.


“Abang sayang Fiyah..abang sayang Fiyah..” tutur Wadi Sufyan lembut dan terus memeluk Irdina Safiyah erat. Irdina Safiyah menagis di dadanya. Irsyad Zafran yang melihat adengan itu menahan rasa di hati.



Dia harus menolong abangnya. Dia mahu melihat abangnya hidup bahagia. Dia perlu berbuat sesuatu sebelum semuanya terlambat. Melihat jam yang tertera dia bermonolog sendiri. ‘Ada lagi 12 jam sebelum majlis akad nikah itu berlangsung..sempat lagi untuk aku berbuat sesuatu..’ getus hati Wani Sofea.



*****



P/s: Salam...korang..atas permintaan kawan2 semuanya..kita buat juga n3 bru utk BAJC..but..sorry if tak memuaskan ye..huhuh

3 comments:

  1. yesssssss!!!!!!!! cepat lakukan sesuatu wani sofea! aku nak sangat wadi sufian dan irdina berdua bersatu.....

    ReplyDelete
  2. adik yang terbaikkkk..... buatlah demi kebahagian orang2 yang tersayang.... betu tu nak wadi sufian dan irdina berdua bersatu.....

    ReplyDelete
  3. wani tolonglah ya. geram dgn sikap irdina. dah tau hati sakit sgt tp masih nk jaga hati org. sanggup ke ilang kekasih yg mmg sgt2x sayangkan dia. hal mak long klu berbincang rsnya xde masalah lgsg. ni tgk masing2x yg sakit. bodoh tul sufian ikut ckp irdina. ko tu laki mau la berani. biar apa irdina kata tp berani kerana benar n ats rasa sayang.

    ReplyDelete