Wednesday, October 19, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 12




Dua hari kemudian Irdina Safiyah dibenarkan pulang ke rumah. Semenjak Wadi Sufyan marah-marah tempoh hari. Irdina Safiyah kelihatan muram sahaja. Lebih banyak termenung. Puas di tanya oleh Pn Sarimah tetapi hanya gelengan saja yang di berikan.


Selama dua hari itu jugalah Irsyad Zafran yang menjaganya kerana Pn Sarimah sibuk menguruskan majlis untuk Irdina Safiyah dan Irsyad Zafran pula.


Esok merupakan hari bersejarah bagi Wadi Sufyan. Esok dia akan bernikah dengan Farah Adibah. Semenjak bergaduh tempoh hari, Wadi Sufyan sekali pun tidak pernah menghubunginya. Terasa semangatnya hilang.


Walau bagaimanapun dia harus reda, dia bersyukur Wadi Sufyan sudah mula dapat menerima segalanya. Sedang dia termenung di pangkin di halaman rumahnya itu tiba-tiba dia di tegur seseorang.


“Hai..” tegur Irsyad Zafran dan terus saja melabuhkan punggungnya. ‘Ni lagi satu masalah..’ rungut Irdina Safiyah.


“Nak apa?” tanya Irdina Safiyah acuh tak acuh saja.


“Kau ok ke?” tanya Irsyad Zafran.


“Awak peduli apa saya ok ke tidak..” jawab Irdina Safiyah lalu menjeling Irsyad Zafran. ‘Amboi minah ni..jeling-jeling pula..aku cungkil juga biji mata kau karang..’ getus gati Irsyad Zafran.


“Ok! Aku kira jawapan kau tu tak ok lah ye..esok kau pergi ke majlis Sufyan?” tanya Irsyad Zafran.


“Pergilah..kenapa tak pergi pula..” tanya Irdina Safiyah pula.


“Yela..mana tahu tak sanggup ke tengok kekasih hati kawin dengan orang lain..” sinis saja bunyinya di pendengaran Irdina Safiyah.


“Awak ni..satu hari tak sakitkan hati saya tak boleh ey?” marah Irdina Safiyah.


“A’ah tak boleh..” jawab Irsyad Zafran sambil tersenyum jahat. Sengaja membuat hati Irdina Safiyah geram.


“Awak tahu tak..awak lah orang yang paling saya benci dalam dunia ni..” ucap Irdina Safiyah ingin melangkah masuk ke dalam rumah.


“Abis kau ingat aku suka sangat dekat kau la..” ujur Irsyad Zafran sinis. Yeke tak suka Zafran?. Sebaik melihat wajah merah milik Irdina Safiyah terus saja dia tersenyum puas.


“Eii..awak pergi main jauh-jauh lah..yang duduk dekat sini buat apa..sakit mata saya tengok awak..pergi balik jela..mengacau je..tak malu datang rumah orang..” ujur Irdina Safiyah sambil menjelingkan matanya. Irsyad Zafran yang mendengar terus saja bengang.Dia datang sebab risau akan Irdina Safiyah tetapi ini dia di halau pulang pula. ‘Kalau Sufyan datang..tak nak pula dia halau..eii geram aku..’ rungut Irsyad Zafran dalam hati.


“Eh! Aku pun tak ingin lah datang sini..kalau tak disebabkan mak kau yang suruh..aku pun tak nak lah..” jawab Irsyad Zafran keras. Irdina Safiyah yang mendengar mencebikkan bibirnya. ‘Ada aku kisah??’ getus hatinya.


Kerana panas hati dan terasa hati dengan Irdina Safiyah, Irsyad Zafran terus saja balik. Eii..tapi mamat ni memang jahat..tak pasal-pasal aku kena marah dengan mak aku. Ada ke patut dia cakap kat mak aku dia nak balik sebab kecil hati dengan aku..alasannya kerana aku halau dia balik. ARgh!!


Sehari suntuk kena bebel dengan maknya. Atas desakan Pn Sarimah, Irdina Safiyah terpaksa menelefon Irsyad Zafran. Kononnya kena pujuk dia la..Eii benci..benci..


*****


Wadi Sufyan termenung melihat suasana rumahnya yang meriah dengan sanak saudara. Tinggal lagi beberapa jam saja lagi dia akan bernikah dengan Farah Adibah. Dapatkah dia menerima Farah Adibah? Dapatkah dia melupakan Irdina Safiyah seperti yang dia katakan tempoh hari.


Argh! Kerana ikutkan hati dia bercakap tanpa berfikir dahulu. Pasti Irdina Safiyah terluka dengan kata-katanya. Tak mungkin! Dia juga yang minta aku lakukan semua ini. Aku akan buat dia menyesal kerana memaksa aku berkahwin dengan Farah Adibah. ‘Fiyah cabar abang ya..abang nak tengok Fiyah sanggup atau tidak tengok abang nanti..’ getus hati Wadi Sufyan. Sedang dia berkhayal tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang.


“Hoi! Termenung pula mamat ni..” tegur Shahrizal. Terkejut Wadi Sufyan.


“Kau Zal..” ucap Wadi Sufyan.


“Rileks ar bro..lagi berapa jam lagi je..sabar ye..dari kau termenung dekat sini..baik kau pergi masuk tidur..esok ada yang pengantin pakai mata panda pula nanti..” gurau Shahrizal. Wadi Sufyan hanya tersenyum sedikit.


“Macam mana la nak rileks Zal..hati aku tak tenteram kau tahu tak..” beritahu Wadi Sufyan. Berkerut kening Shahrizal mendengar kata-kata sepupunya itu.


“Ala..biasalah tu..kau risau pasal akad nikah esok ye..jangan risau bro..aku kan ada..” ucap Shahrizal sambil menepuk dadanya dengan bangga.


“Kau tak faham lah Zal..” ujur Wadi Sufyan.


“La..memang la..bukan aku yang nak kahwin..tapi kau..” jawab Shahrizal pula.


“Dah la..aku masuk tidur dulu..” ucap Wadi Sufyan dan terus berlalu. Berkerut-kerut kening Shahrizal dengan perilaku sepupunya itu. Pelik!


“Angin kus-kus betul la mamat ni..” rungut Shahrizal.


“Siapa yang angin kus-kus abang Rizal?” tanya Wani Sofea tiba-tiba membuatkan Shahrizal terkejut.


“Hisy! Budak ni..main terjah je..bukan nak bagi salam dulu..” rungut Shahrizal. Wani Sofea hanya tersengih.


“Abang Rizal cakap pasal siapa tadi?” tanya Wani Sofea sekali lagi.


“Abang Sofea la..tah kenapa dengan dia abang tengok macam orang putus cinta je..termenung sana..termenung sini..” beritahu Shahrizal.


“Ingatkan Sofea je yang rasa macam tu..abang Rizal pun sama..dari mula mak cakap nak jodohkan abang dengan anak kawan dia..abang dah tak macam dulu..selalu termenung..” ujur Wani Sofea.


“Mungkin dia masih terkejut dengan semua ni kut..” teka Shahrizal.


“Entahlah..” ujur Wani Sofea pula.



*****






3 comments:

  1. tak suka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. awk xske ye..xpe..saya cube perbaikiye lagi ye..
    pape pun layan jea ey..heheh PEACE!! ;)

    ReplyDelete
  3. Aku heran sungguh manusia yg tak bernama ni dah brp entry dr cik writer dikomen x suka..dah la baca free x kenang budi asyik nak jatuhkan mood org. If u dislike just ignore this blog..but it seems that u keep visiting. However cik write keeps on writing

    ReplyDelete