Tuesday, October 25, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 23




“Tak nak..Iya nak along..” tutur Iya apabila En Kamal menyuruhnya tidur.


“Nanti abah bawa jumpa along ok..sekarang Iya pergi masuk tidur dulu..” En Kamal cuba memujuk anak bongsunya yang ternyata lebih manja dengan Isya berbanding dengan dia dan isterinya. Isya suka melayan kerenah adik-adiknya. Begitu juga Adli, seringkali di manjakan oleh Isya.


“Tak nak..Iya nak jumpa along sekarang juga..” jawab Iya dengan nada tinggi menyebabkan Pn Siti yang hanya diam sedari tadi naik angin.


“Tak habis-habis lagi kau dengan perempuan tu..ni along kau depan mata..ada kau tegur dia? Tak kan..budak tak guna tu juga yang kau nak..aku tak nak dengar lagi kau sebut-sebut nama dia..aku dengar kau sebut lagi nama dia..nahas aku kerjakan kau..” marah Pn Siti. Thira yang ketka itu sedang menonton televisyen hanya tersenyum sinis mendengar tutur kata yang keluar dari mulut Pn Siti. Nampaknya Pn Siti sudah betul-betul benci dengan Isya. Padan muka kau!!


“Awak ni mulut tu boleh jaga sikit tak..saya dah lama bersabar dengan awak tahu..jangan sampai angin saya pula naik..” marah En Kamal pula. Pn siti merenung tajam pada suaminya.


“Apa? Awak nak tampar saya lagi?awak nak sepak terajang saya pula ke? Oh..sebabkan budak tak guna tu..awak sanggup naik tangan ke muka saya..sanggup maki hamun..tengking saya ye..jangan-jangan budak tak guna tu dah guna-gunakan awak!! Sampai awak sanggup bela dia dari saya..”


PANGGG!!


“Awak betul-betul dah melampau kali ni..saya dah cukup bersabar dengan awak..tapi tidak kali ini..terpulang dekat awak..awak nak fikir apa..jangan sampai suatu hari nanti awak menyesal..sudah lah..saya dah penat melayan kerenah awak..bosan!!” marah En Kamal dan terus saja berlalu pergi bersama Iya naik ke rumah atas. Pn Siti mendengus kasar. Thira yang melihat kejadian itu terus saja bangun memulakan lakonannya.


“Ibu..maafkan Thira..semua ni salah Thira..kalau tak di sebabkan Thira..semua ni pasti tak akan berlaku..abah tak akan marah-marah ibu..maafkan Thira..” ucap Thira berlagak bersungguh-sungguh meminta maaf.


“Tak sayang..Thira tak salah dalam hal ni..ini semua berpunca dari keluarga tu..kalau tak kerana mereka ibu tak akan terpisah dengan anak ibu..kerana dendam mereka kita sekeluarga yang jadi mangsa..” ujur Pn Siti sambil mengusap rambut Thira. ‘Dan kalau tak kerana mereka..pasti Thira tak akan merasa hidup senang macam tu..’ ujur Thira dalam hati.


“Terima Kasih ibu..Thira sayang ibu..” ucap Thira.


“Ibu pun sayang Thira juga..” ucap Pn Siti pula sambil tersenyum lalu mencium dahi Thira. Entah kenapa tiba-tiba dia ternampak Isya sedang membalas pelukannya erat dan mencium pipinya bertalu-talu. Tersentap Pn Siti seketika. “Argh! Kenapa mesti aku ingat pada dia..’ rungut Pn Siti.


“Ibu..” panggil Thira manja. Pn Siti segera memandang wajah anaknya.


“Thira nak tanya sikit boleh?” tanya Thira.


“Apa dia sayang..?”


“Isya tu dah lama ke kenal dengan Dani tu?” tanya Thira. Berkerut kening Pn Siti mendengarnya. Kenapa mesti nama itu lagi yang mesti di sebut.


“Kenapa Thira tanya?” dingin saja bunyi soalan dari Pn Sitit itu. Thira yang mendengar mencebikkan bibirnya tanda meluat dengar nada Pn Siti. Tanpa sengaja Adli ternampak perbuatan Thira dari pintu dapur.


“Tak ada apa..Thira saja je tanya..tapi kalau ibu marah dengan soalan tu maaf..” jawab Thira.


“Diorang dah tunang pun..tak lama lagi nak kawin..tinggal beberapa bulan je lagi..persiapan pun dah hampir..” tiba-tiba Pn Siti diam memandang lantai.


“Ibu..kenapa ni?” panggil Thira. Tersentak Pn Siti mendengar suara Thira. Dia memandang lama muka Thira sebelum tersenyum hambar pada Thira. Ya, persiapan majlis perkhawinan Isya dan Dani hampir siap. Baju, khemah, dan macam-macam lagi sudah di tempah. Hanya tunggu masa saja lagi. ‘Argh! Untuk apa aku fikirkan tentang dia lagi..dia ada ibu bapa biar mereka saja yang selesaikan..’ getus Pn Siti.


“Ibu..” panggil Thira dengan nada merajuk. Sakit hati melihat Pn Siti termenung sebaik saja bercakap tentang Isya.


“Ye sayang..kenapa?” tanya Pn Siti pula.


“Ibu tu la..Thira tanya ibu termenung pula.. “ marah Thira.


“Ibu minta maaf ya sayang..tapi kenapa kamu nak tahu pasal mereka?” tanya Pn Siti. Pelik juga kerana Thira beria benar ingin tahu tentang Isya dan Dani.


“Sebab..sebab Thira..” gagap-gagap Thira menjawab. Berkerut kening Pn Siti melihat Thira.


“Sebab apa?” tanya Pn Siti.


“Thira..T..Th..Thira..se..sebenarnya..”


“Tak mungkin..” sampuk Pn Siti. Dia seakan dapat agak apa yang ingin Thira katakan. Terkejut Thira mendengar jeritan kecil dari Pn Siti. ‘Apa yang tak mungkinnya?’


“Ibu..” panggil Thira dengan kerutan di dahi.


“Ibu tahu apa yang Thira nak katakan..” ujur Pn Siti.


“Ibu..Thira..”


“Maafkan ibu..ibu tak akan benarkan semua tu berlaku..maafkan ibu..” ucap Pn Siti dan terus saja berlalu pergi dari situ. Thira mulai bengang dengan jawapan dan reaksi dari Pn Siti.


“Shit!! Tak apa..Thira sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkannya..” ucap Thira tanpa perasan yang Adli ketika itu mendengar dan menyaksikan perbualannya dengan Pn Siti.



*****


1 comment:

  1. benci aku tau ngn thirah nie...jgn ler dye rmpas dani dri isya...plezzzzzz...mtikn wtak thira nie myamph aku

    ReplyDelete