Wednesday, October 19, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 21 (ii)




Terkedu semua yang berada di ruang tamu itu. Tanpa sedar tangan En Kamal naik ke pipi isterinya. Pn Siti memegang pipi kirinya menahan perit. Pn Siti merenung tajam pada Isya dan berlalu naik ke tingkat atas.


“Maafkan isteri saya..dia terlalu ikutkan emosi..maafkan dia..” ucap En Kamal pada tetamunya.


“Tak apa..saya faham..emosinya tak stabil lagi..sukar untuk terima perkara ni sebenarnya..” jawab Datuk Arsyad. Dani sedari tadi hanya merenung Isya. Ingin saja dia meraih Isya ke dalam pelukannya. Hatinya rasa sakit melihat air mata di pipi Isya dan wajah sayu Isya.


Dani terasa hati kerana Isya tidak beritahunya langsung perkara ini. Balik saja dari outstation dia terus datang ke rumah Isya ingin berjumpa Isya untuk melepaskan rindu. Tapi lain pula yang jadi. Segalanya telah di ceritakan oleh En Kamal. Makin sakit hatinya bila mendengar bicara dari Pn Zubaidah bahawa Isya akan di jodohkan dengan sepupunya sendiri. “Gila!!’ Tak mungkin dia akan melepaskan Isya pada orang lain.


Seketika kemudian muncul Pn Siti bersama beg baju. Di lemparkannya beg itu di hadapan pintu rumah. Terkejut semua yang berada di situ. Dengan muka yang berang Pn Siti datang mendapatkan Isya. Di tarik kasar lengan Isya. Berkerut kening Isya menahan sakit di lengannya.


“Bangun..keluar kau sekarang dari rumah aku..aku tak nak pandang lagi muka kau..kau jangan sekali-kali tunjukkan muka kau depan aku lagi..” jerit Pn Siti dan menolak kuat Isya ke luar rumah. Isya jatuh di lantai akibat tolakan kasar itu. Iya yang berada di sebelah Adli sudah teresak-esak menagis melihat kejadian itu. Dia tidak mahu Isya meninggalkannya.


“Abang duduk diam-diam..” halang Pn Siti sambil merenung tajam pda suaminya sebaik saja nampak En Kamal ingin datang mendapatkan Isya.


“Cukup..saya akan bawa anak saya pergi..tak perlu halau dia macam tu..” sampuk Datuk Arsyad tiba-tiba. Dia merapati Isya yang terduduk di hadapan pintu. Perlahan Datuk Arsyad menarik Isya supaya bangun mengikutnya.


“Mak..mari kita balik..sebelum tu..saya nak minta maaf atas salah faham ini..dan saya nak ucapkan terima kasih kerana menjaga dan memberi didikan pada anak saya..budi baik encik dan puan tak akan saya lupakan..dan saya serahkan semula ANAK KANDUNG puan..jaga lah dia sebaik mungkin..maafkan saya sekiranya saya tidak didik anak encik dan puan dengan baik..” tutur Datuk Arsyad. Sengaja dia menekankan perkataan anak kandung itu.


Hatinya sakit melihat kelakuan Pn Siti pada Isya. Isya tak patut di perlakukan begitu. Semua yang terjadi bukan salah Isya. Isya tak bersalah dalam perkara ini. Dia hanya menjadi mangsa oleh neneknya sediri kerana dendam.


“Aku tahu nak jaga anak aku..kau sekeluarga boleh berambus dari sini..” jawab Pn Siti.


“Along..jangan tinggalkan Iya..” jerit Iya kuat dan berlari mendapatkan Isya. Iya menangis semahunya di dalam pelukan Isya. Di peluk erat tubuh kakaknya itu. Adli juga turut mengalirkan air mata.


“Iya jaga diri baik-baik tau..jangan nakal-nakal..jangan degil ok..kena dengar cakap ibu tau..along tak ada lagi nak manja-manjakan Iya..Iya kena jadi budak yang kuat..dan cerdik ok..” pesan Isya dalam esakan kecil. Jue yang melihat turut mengesat air matanya.


“Tak nak..Iya tak nak..along jangan tinggalkan Iya..Iya sayang along..along janji nak jaga Iya..along tak sayang Iya ke?” tutur Iya dalam tangisannya. Makin erat di peluknya tubuh Isya.


“Along sayang Iya..Along sayang Adli..along sayang semua..tapi along kena pergi juga..along dah tak di terima di sini..Adli..sini sayang..” panggil Isya. Adli mendapatkan Isya.


“Adli janji dengan along tolong jaga Iya ye..jaga abah dan ibu sekali..Along sayang korang..” pesan Isya lalu memeluk Iya juga Adli dan mencium dahi Iya.


“Iya..Adli..mari sini..” panggil Pn Siti. Tersentuh juga hatinya melihat adengan itu. Tapi kerana ego yang tinggi dia butakan mata hatinya.


“Tak nak..Iya tak nak..Iya tak nak along pergi..along tak boleh pergi..” jerit Iya pada Pn Siti. Mencerlung mata Pn Siti menikam wajah anaknya. Tetapi Iya tetap berdegil tidak mahu melepaskan Isya. Kerana geram Pn Siti menarik Iya menjauh Isya dan di tolaknya Isya menjauhi Iya.


“Pergi kau dari sini..pergi..” jerit Pn Siti. Iya yang berada dalam peluka nPn Siti meronta-ronta ingin mendapatkan Isya.


Sekali lagi air mata Isya jatuh ke pipi. Tersayat hatinya melihat Iya yang meronta-ronta minta di lepaskan dan menjerit-jerit memanggilnya.


“PERGI!!!” jerit Pn Siti.


“Along..jangan tinggalkan Iya..Iya tak nak kakak lain..Iya nak along je..along jangan tinggalkan Iya..” rayu Iya dengan tangisan yang kuat. Isya tak sanggup lagi melihat Iya seperti itu. Dia tak kuat untuk hadapinya. Ingin saja dia berlari mendapatkan Iya tapi di halang oleh Datuk Arsyad.


“Maafkan Isya ibu..abah..maafkan along Iya..Adli..” tutur Isya dan berlalu pergi. DIa tidak lagi menoleh ke belakang. Tak sanggup melihat Iya seperti itu. Terasa kiri dan kanan tangannya di genggam erat. Isya melihat di kiri kelihatan Jue tersenyum manis dengan air matanya memandang Isya dan Isya menoleh pula ke kanan. Kelihatan Dani juga tersenyum memandangnya dan mengenggam erat lagi tangannya.


“Dani akan sentiasa ada dengan sayang..jangan menagis lagi sayang..” ucap Dani sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Isya. Fikirnya Dani juga sudah membencinya rupanya Dani masih lagi sayang akannya. Sekurang-kurangnya masih ada lagi orang yang menyayangi dirinya.


“Aku pun akan sentiasa ada dengan kau Isya..walau apa pun jadi..aku akan sentiasa ada untuk kau..” ucap Jue pula. Sekali lagi air matanya jatuh membasahi pipi. Di peluk erat rakannya itu. Dari jauh Thira memandang geram pada Isya.




4 comments:

  1. thankzz eruniahasano...
    akanku cube menyambung secepat yang mungkin ye..heheh ;)

    ReplyDelete
  2. aduh sedih nyer...xder ker sdikit syg kt isya...lgpun bkn slah isya...

    ReplyDelete