Thursday, September 8, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 9 (iv)




Hannah Bakriyah sudah merengek-rengek dengan mamanya. Barang kali sudah mengantuk agaknya.


“Kami minta diri dulu la..dah lewat dah ni..si Hannah ni pun dah merengek-rengek dah ni..mengantuk agaknya..” pinta En Tirmizi.


“Yela..terima kasih Mizi..Mah..” ucap En Hashim sambil bersalaman dengan En Tirmizi dan juga Ilham Safwan. Tiba-tiba muncul pula bayang Wadi Sufyan entah dari mana datang bersalaman dengan En Tirmizi dan juga Ilham Safwan.


“Fiyah..kamu balik dengan Zafran..” arah Ilham Safwan. Sebaik mendengar arahan abangnya itu, muncungnya di tarik kerana tidak puas hati. ‘Kenapa pula nak kena balik dengan dia..apa salahnya berhimpit sekejap..hisy!leceh betul la..’ rungut Irdina Safiyah dalam hati.


Wadi Sufyan yang mendengar panas hati tiba-tiba. Hatinya yang sakit tadi masih lagi belum redha, ditambah pula mendengar arahan dari Ilham Safwan itu. Bila memikirkan Irdina Safiyah dan Irsyad Zafran berdua sahaja dalam kereta malam-malam begini hatinya di sapu cemburu.


“Eh! Fiyah tolong akak ambil barang Hannah nanti ye..dekat dapur tau..nanti bawa balik ye..” pesan Husna Farisah yang ketika itu sudah pun masuk ke dalam kereta. ‘Ish! Macam-macam la kak Far ni..’ rungut Irdina Safiyah lagi.


Irdina Safiyah segera melangkah menuju ke tempat yang di beritahu oleh Husna Farisah. Dia tercari-cari akan beg yang berisi baju serta barang milik Hannah Bakriyah. Setelah menjumpai apa yang di cari Irdina Safiyah ingin melangkah pergi.


Tetapi sebaik sahaja dia berpusing ke belakang, dia terkedu melihat Wadi Sufyan merenung tajam padanya.


“Abang..terkejut Fiyah..lain kali bagi la hint abang ada dekat sini..” marah Irdina Safiyah lalu melangkah ingin meninggalkan Wadi Sufyan. Belum sempat dia melangkah tangannya direntap kasar oleh Wadi Sufyan menyebabkan dia terdorong ke belakang semula.


“Apa ni!” marah Irdina Safiyah. Hampir saja dia jatuh tadi.


“Abang nak cakap sikit dengan Fiyah..” beritahu Wadi Sufyan keras. Melihat muka Wadi Sufyan yang tegang itu Irdina Safiyah menjadi takut. Pantas tangannya di rentap kembali.


“Lain kali la..Fiyah nak balik..” ujur Irdina Safiyah. Tanpa di sangka Wadi Sufyan menariknya kasar. Di tariknya Irdina Safiyah ke dalam biliknya, lalu di tutup rapat pintu itu. Bulat mata Irdina Safiyah memandang Wadi Sufyan.


“Abang ni kenapa?gila ke?Fiyah nak balik..” marah Irdina Safiyah dan berlalu untuk keluar dari bilik itu. Sekali lagi tangannya di rentap kasar. Badannya dihempaskan ke dinding. Berkerut-kerut kening Irdina Safiyah menahan sakit. Kiri kanan bahunya di cengkam kuat oleh Wadi Sufyan.


“Dengar dulu apa abang nak cakap!!” marah Wadi Sufyan. Walaupun separuh berbisik, tetapi kelihatan urat-uratnya timbul di leher. Mukanya merah menahan marah.


“Lepaskan Fiyah la..abang ne tak ada akal ke?nanti mak long nampak..lepaskan lah..” pinta Irdina Safiyah sekali lagi. Irdina Safiyah cuba menolak Wadi Sufyan tetapi bahu itu makin kuat di tekan oleh Wadi Sufyan.


“Sakit lah..” adu Irdina Safiyah tetapi tidak di endahkan oleh Wadi Sufyan.


“Kenapa datang dengan Zafran?tak ada orang lain lagi ke?napa dah tak boleh drive sendiri?kenapa mengada-ngada suruh Zafran jemput bagai..KENAPA!!” tengking Wadi Sufyan dengan nada yang di tahan-tahan. Ketika itu kelihatan uratnya di kepala serta lehernya timbul.


“Abang ni kenapa..abang juga yang suruh Fiyah kawin dengan dia kan..so salah ke Fiyah minta tolong dari BAKAL SUAMI FIYAH!” sengaja di tekan ayat terakhir itu.


“Jawapan tu abang tak boleh terima..tak boleh ke Fiyah call abang..minta tolong dari abang?CALL ABANG!! NOT HIM!!” marah Wadi Sufyan. Di tekan kuat ayat terakhir itu. Irdina Safiyah mengeluh. Kepalanya yang sedia kala sakit makin berdenyut dibuatnya.


“Abang..please..” rayu Irdina safiyah. Malas dia mahu bertekak dengan Wadi Sufyan. Dia tahu walau apa pun jawapan yang diberikan Wadi Sufyan tetap tak akan terima. Wadi Sufyan memang seorang yang cemburu buta.


Pernah sekali Irdina Safiyah keluar makan dengan rakan sepejabatnya. Ketika itu Wadi Sufyan ternampak dia bersama rakan-rakannya. Ada rakan perempuan dan lelaki. Tetapi Wadi Sufyan tetap cemburu. Dia cemburu melihat Irdina Safiyah bercakap dengan lelaki lain. Kalau boleh dia tak mahu Irdina Safiyah bercakap dengan mana-mana lelaki kecuali dia seorang.


“Abang sayang Fiyah..” ucap Wadi Sufyan lembut lalu melepaskan cengkaman di bahu Irdina Safiyah. Irdina Safiyah hanya terdiam sebaik mendengar kata-kata itu. Sedaya upaya dia cuba menahan air mata dari jatuh membasahi pipinya.


“Fiyah balik dulu..Zafran dah tunggu lama..” pinta Irdina safiyah. Sebaik mendengar nama Irsyad Zafran meniti di bibir comel itu hatinya kembali panas. Di tumbuk dinding sekuat hati. Terkejut Irdina Safiyah.


“Balik..balik nama dia..tak ada orang lain ke?apa abang dah tak penting untuk Fiyah ke?” jerit Wadi Sufyan. Irdina Safiyah sudah tidak selesa berada di situ dia sudah tidak kuat untuk berhadapan dengan Wadi Sufyan. Dia ingin melangkah pergi tetapi terbantut apabila di tegur oleh Wadi Sufyan.


“Nak pergi mana tu!” marah Wadi Sufyan.


“Abang..please..ok kita akan bincang hal ni..tapi bukan sekarang..please..Fiyah nak balik..Fiyah janji..kita jumpa besok ok..” janji Irdina Safiyah tersekat-sekat kerana menahan sendunya.


“Kau nak sangat balikkan..pergi balik..pergi kau dapat jantan tu..PERGI!!” jerit Wadi Sufyan. Tidak di sangka-sangka Wadi Sufyan sanggup berkata begitu padanya. Betapa pedihnya hati. Di pegang dadanya sekejap. Terasa bagai dicucuk-cucuk. Terus saja dia keluar dari bilik itu. Sebaik pintu bilik ditutup kuat oleh Wadi Sufyan, Irdina Safiyah bersandar di pintu dan terduduk menekan dadanya dengan air mata yang laju mengalir di pipi gebu itu. Tanpa dia sedar seseorang ternampak keadaan Irdina Safiyah yang sedang menagis di hadapan pintu bilik Wadi Sufyan.



*****




4 comments:

  1. sue: ini je yang mampu..hehe thanks coz sudi bace novel kite ye..:)

    ReplyDelete
  2. evy: thanks sudi bace cite kite dear..kalau ada apa-apa comment je ye..jangan malu-malu..ngeee~~~

    ReplyDelete