Wednesday, September 28, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 11




Irdina Safiyah terbaring lemah di atas katil. Irsyad Zafran pula sedang duduk di kerusi tepi katil Irdina Safiyah. Puas di tahan mengantuk matanya. Entah bila Irsyad Zafran terus saja tertidur beralaskan lengan di tepi katil Irdina Safiyah.


Sedang Irsyad Zafran dan Irdina Safiyah nyenyak tidur, tiba-tiba pintu bilik wad yang didiami oleh Irdina Safiyah di tolak. Tersentak Irsyad Zafran sebaik mendengar bunyi pintu yang berlaga dengan dinding itu. Kelihatan wajah tegang Wadi Sufyan menyapa matanya.


“Yan..bila sampai?” tanya Irsyad Zafran sambil mengeliat. Wadi Sufyan datang dekat mendapatkannya.


“Fiyah macam mana?” tanya Wadi Sufyan tegas. Hatinya panas sebaik melihat Irsyad Zafran yang terlena di tepi katil Irdina Safiyah. Ya! Dia cemburu!


“Still lagi tidur..kau jangan risau lah..” ujur Irsyad Zafran. Wadi Sufyan tidak menghiraukan Irsyad Zafran. Dia terus mendekati Irdina Safiyah yang terbaring lesu. Di letakkan tapak tangannya di dahi Irdina Safiyah. Panas!


Di tatapnya penuh kasih wajah pucat itu. Irsyad Zafran hanya memerhati tingkah Wadi Sufyan. Tergeleng-geleng kepalanya melihat perilaku Wadi Sufyan. Jelas kelihatan bertapa pentingnya Irdina Safiyah dalam hidupnya.Terdetik satu perasan cemburu. Mengapa dia tak pernah merasa diri di sayang dan merasa menyayangi sesorang. Bertuah sungguh Wadi Sufyan.


“Sayang..maafkan abang..maafkan abang..” ucap Wadi Sufyan lalu mengenggam erat tangan Irdina Safiyah. Di tatap penuh kasih wajah pucat itu.


Sudah hampir dua jam Wadi Sufyan duduk di hospital menunggu Irdina Safiyah. Manakala Irsyad Zafran terbaring letih di atas sofa yang berada dalam bilik itu. Letih melayan kerenah mak dan kakaknya di rumah. Tak lena tidurnya dengan perangai mereka.


Tiba-tiba telefon bimbit milik Wadi Sufyan berbunyi. Terus saja di matikan telefon itu. Tidak mahu sesiapa mengganggunya. Dia ingin menemani Irdina Safiyah sehingga Irdina Safiyah sedar. Tak ada siapa boleh melarangnya.


Irsyad Zafran menggelengkan kepalanya melihat kedegilan Wadi Sufyan itu. Terkejut Irsyad Zafran sebaik merasa gegaran di poket seluarnya. Dikeluarkan telefon tu dan terus saja menjawab panggilan itu.


“Hello..waalaikumsalam mak..” jawab Irsyad Zafran.


“Sufyan ada dekat sana ke?” tanya Pn Sarimah ingin tahu. Puas Pn Salina dan anak-anak perempuannya menelefon Wadi Sufyan tetapi penggilan itu dimatikan. Bila telefon sekali lagi tak dapat pula..kata Wani Sakinah abangnya matikan telefon. Akhirnya Pn Sarimah menelefon bakal menantunya itu ingin bertanya keadaan anaknya dan juga Wadi Sufyan.


“A’ah mak..kenapa?” tanya Irsyad Zafran.


“Kamu tolong pujuk dia..suruh dia balik sekejap..nanti datang la balik jenguk Fiyah..” pinta Pn Sarimah.


“Saya cuba ye mak..tapi tak janjilah..mak tau jela dia tu macam mana..” ujur Irsyad Zafran. Tahu sangat perangai rakannya yang degil itu.


“Kamu tolong ya..mak long bukan marah dia nak jenguk Fiyah..tapi kat rumah ni perlukan dia..suruh dia balik kejap..nanti dah siap kerja jenguklah Fiyah balik..tolong mak long ye Zaf..” rayu Pn Salina pula di talian.


“Yela mak long..” jawab Irsyad Zafran. Tak tahu macam mana nak nasihatkan rakannya itu.


“Zaf..Fiyah macam mana?tidur lagi ke?kamu tolong jaga dia ya..nanti bagi dia makan ubat ya..Fiyah tu takut makan ubat..kamu tolong jaga dia ya..nanti kejap lagi mak datang dengan Asma..” ujur Pn Sarimah. Ingin tahu keadaan anaknya itu.


“Yela mak..mak jangan risau..mak nak Zaf datang ambil mak ke?” tanya Irsyad Zafran.


“Eh! Tak pe..kesian kamu..mak datang dengan Asma..sepupu Fiyah ni..ok la..mak nak pesan tu je..jangan lupa pujuk si Sufyan tu..assalammualaikum..” ucap Pn Sarimah.


“Waalaikumsalam..” jawab Irsyad Zafran dan terus manamatkan perbualan itu. Terus saja dia datang menghampiri Wadi Sufyan yang masih setia di sebelah Irdina Safiyah.


“Sufyan..” panggil Irsyad Zafran sambil menepuk bahu Wadi Sufyan dari belakang perlahan. Wadi Sufyan terus saja menoleh ke belakang.


“Kau balik la dulu..settlekan dekat rumah tu dulu..biar aku jaga Fiyah..” ujur Irsyad Zafran. Sebaik mendengar tutur kata rakannya itu terus saja dia merenung tajam Irsyad Zafran.


“Tak payah..biar aku yang jaga dia..kau jangan sibuk-sibuk nak jaga dia..” marah Wadi Sufyan. Berkerut kening Irsyad Zafran mendengarnya.


“Aku tahu kau risaukan dia..tapi mak kau perlukan kau dekat rumah tu..dah settle nanti kau datang sini balik ok..” pujuk Irsyad Zafran. Wadi Sufyan mendengus kasar.


“Kau tak faham apa yang aku rasa Zaf..orang yang aku sayang terlantar macam ni..aku tak dapat jaga dia macam selalu..aku tak berpeluang bahagiakan dia..aku tak boleh hidup tanpa dia Zaf..Dia terlalu penting dalam hidup aku..” luah Wadi Sufyan perlahan.


Di usap perlahan tangan kecil itu. Di usap pula kepala Irdina Safiyah. Betapa dia menyayangi gadis itu. Irsyad Zafran hanya mendengar luahan rasa rakannya itu. Dia turut bersimpati dan entah kenapa hatinya merasa cemburu dengan luahan itu. Dia sendiri tak tahu bagaimana mahu menolong rakannya itu.


“Sabarlah Yan..mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..” ujur Irsyad Zafran. Dia bukanlah seorang yang pandai memujuk. ‘ Bantai jela Zafran oii..’ getus hati Irsyad Zafran.


Irdina Safiyah dengar segala percakapan mereka. Dia sudah sedar, sebaik ingin membuka mata Irdina mendengar tutur kata Wadi Sufyan terus saja memejamkan matanya kembali dan mendengar setiap patah kata itu. Hatinya tersentuh. Dia juga terlalu menyayangi Wadi Sufyan. Tanpa sedar air matanya menitis ke pipi.


“Tah la..tapi aku tak boleh hidup tanpa dia Zaf..boleh mati aku di buatnya..aku minta maaf sebab marah kau tadi..aku cemburu tiap kali orang bercakap tentang Fiyah dengan lelaki lain..aku tak sanggup Zaf..aku macam nak batalkan je majlis ni..”


“Jangan!!” potong Irdina Safiyah tiba-tiba. Terkejut mereka berdua sebaik mendengar suara itu. Terus saja menoleh memandang Irdina Safiyah yang sedang bangun untuk duduk dari pembaringannya.


“Fiyah..dah bangun..” tutur Wadi Sufyan.


“Ya..Fiyah dengar semuanya..abang..Fiyah minta abang jangan batalkan majlis ni bang..Fiyah mohon sangat dengan abang..” rayu Irdina Safiyah.


“Sayang rehat dulu ya..badan tu pun baru je reda panas..” ujur Wadi Sufyan. Irdina Safiyah terus menggelengkan kepalanya.


“Abang janji dengan Fiyah..jangan batalkan majlis ni..nanti ramai yang terluka dengan tindakan abang tu..abang jangan terburu-buru bang..Fiyah mohon dengan abang..fikir tentang perasaan orang sekeliling kita bang..” rayu Irdina Safiyah bersungguh-sungguh. Wadi Sufyan mendengus kasar. Terus saja dia bangun dari duduknya.


“Fiyah boleh tak jangan sebut pasal tu lagi..jaga hati orang tapi hati abang ni sape yang jaga??sape??tak ada Fiyah..tak ada..” ujur Wadi Sufyan sambil menepuk dadanya kuat sambil merenung tajam pada Irdina Safiyah. Irsyad Zafran hanya memerhati sahaja.


“Abang..jangan pentingkan diri bang..abang tak kesian dengan mak abang ke?” tanya Irdina Safiyah dengan getar suaranya menahan tangis.


“Abang pentingkan diri?? Abang kalo pentingkan diri abang tak akan ikut semua rancangan ni..” ujur Wadi Sufyan. Marahnya dah sampai kemuncak. Sakit hatinya bila Irdina Safiyah berkata begitu. Tak terfikirkah dia betapa aku sayang dan cintakan dia.


“Abang..Fiyah harap abang jangan buat benda bodoh..fikir orang sekeliling kita..abang balik la..tenangkan hati abang..diorang perlukan abang di rumah..antara kita dah tak ada apa-apa bang..Fiyah anggap abang macam abang Fiyah..Fiyah harap abang faham..” tutur Irdina Safiyah perlahan tanpa memandang muka Wadi Sufyan.


Sebaik mendengar tutur kata Irdina Safiyah, Wadi Sufyan rasa tercabar. Di genggam erat tangannya. Terus saja dia merapati Irdina Safiyah. Di cengkam kuat lengan Irdina Safiyah kiri kanan. Terkejut Irdina Safiyah dengan tindakan Wadi Sufyan itu.


“Kau tau tak aku sayang kau..kau tahu tak!” jerit Wadi Sufyan. Tanpa sedar air matanya mengalir. Irdina terkedu mendengar jeritan itu.


“Abang sayang Fiyah..abang sayang Fiyah..” tutur Wadi Sufyan lembut dan terus memeluk Irdina Safiyah erat. Irdina Safiyah menagis di dadanya. Irsyad Zafran yang melihat adengan itu menahan rasa di hati.


“Fiyah minta maaf bang..Fiyah harap abang faham..bukan jodoh kita bang..abang tolong la faham..” ujur Irdina Safiyah dengan sedunya.


“Kenapa semua orang nak paksa abang..Fiyah sendiri..langsung tak faham abang..hati abang terseksa Fiyah..terseksa..sakit tahu tak..” luah Wadi Sufyan dan terus melepaskan Irdina Safiyah dari pelukannya.


“Maafkan Fiyah..abang teruskan hidup abang dengan bakal isteri abang..biar Fiyah dengan hidup Fiyah..kita tak boleh macam dulu lagi..abang jagalah hati Diba..” ujur Irdina Safiyah.


“Kau tau tak aku terlalu sayangkan kau..kau sikit pun tak faham apa yang aku rasa..sikit pun tak..kau terus push aku..ok fine..itu yang kau nakkan..tu yang kau minta..ok..aku akan lupakan kau! Aku akan buang kau terus dari hati aku..mulai hari ni..aku tak pernah kenal kau..walaupun sebagai adik sepupu aku!!” jerit Wadi Sufyan. Hilang sudah sabarnya. Terus saja dia bercakap tanpa berfikir dahulu. Terkedu Irdina Safiyah mendengar kata-kata itu.


Bagai dihiris-hiris hatinya. Sakit! Laju saja air matanya mengalir di tubir matanya. Saat Wadi Sufyan ingin melangkah keluar dari bilik itu terus dia memandang Irdina Safiyah dan ketika itu mata mereka bertemu.


“Anyway..thanks again..sebab BERKORBAN macam ni untuk kebahagian aku..dan orang sekeliling..thanks ADIKKU!!” ucap Wadi Sufyan sinis dan terus saja berlalu. Sengaja di tekankan perkataan berkorban dan adikku itu.


Tanpa mereka bertiga sedar, seseorang mendengar segalanya sebentar tadi di sebalik pintu bilik itu. Irdina Safiyah menangis semahunya. Irsyad Zafran yang hanya menjadi penonton sebentar tadi datang menghampiri Irdina Safiyah. Cuba memujuk tetapi tiba-tiba Irdina Safiyah menjerit.


“KELUAR!!” jerit Irdina Safiyah.


“Eh! Agak-agaklah kau ni..aku nak pujuk dah cukup baik tau..” kata Irsyad Zafran tidak berpuas hati dengan Irdina Safiyah.


“Aku kata keluar..keluar la..jangan ganggu aku boleh tak!” marah Irdina Safiyah lagi. Dia ingin bersendirian.


“Suka hati kau lah!” malas mahu melayan angin Irdina Safiyah terus saja Irsyad Zafran keluar dari bilik itu.





4 comments:

  1. sedihnya...kesian mrk b'dua ni...mcm mn la akhir kisah mrk ni.

    ReplyDelete
  2. Memang sedih ...x tahu nak cakap macamana...
    rasanya berterus terang dengan keluarga lagi elok .. cari jalan terbaik bagi kedua-dua pihak.... Rasanya Wadi Sufian bukan seorang yang pentingkan diri sendiri ... tapi tetap pentingkan orang lain juga ... Wadi Sufian pun x mahu bakal isteri terseksa bila dah berkahwin .... sebab tu berterus terang lebih baik....

    ReplyDelete
  3. benci cerita macam ni.. tak suka langsung....

    ReplyDelete
  4. waaaaa...kesiannya kat irdina.writer cpt2la smbg...

    ReplyDelete