Monday, August 1, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 8 (iv)




Sementara menunggu Wadi Sufyan dan Irdina Safiyah bersiap Farah Adibah mendapatkan Irsyad Zafran yang sedang khusyuk menilik telefon bimbitnya.


“Aik! Khusyuk nampak..” tegur Farah Adibah. Terkejut Irsyad Zafran.


“Boleh duduk?” tanya Farah Adibah. Irsyad Zafran hanya tersenyum kecil dan menganggukkan kepalanya.


“Saya nak tanya sikit boleh?” Farh Adibah memulakan bicara.


“Apa dia?” tanya Irsyad Zafran.


“Awak betul-betul cintakan Fiyah ke?” tanya Farah Adibah. Irsyad Zafran hanya membuat muka selambanya walaupun hatinya terkejut bila mendengar pertanyaan itu.


“Mestilah..dia kan girlfriend saya..dan kami akan berkahwin selepas kau dan Sufyan berkahwin..” beritahu Irsyad Zafran.


“Yeke..Abang tak bagi tahu saya pun..so dah buat persediaan ke?” tanya Farah Adibah.


“On the way..” jawab Irsyad Zafran. Malas mahu jawab lebih-lebih, takut terkantoi pula perjanjian antara dia dan Wadi Sufyan.


“Oyeke..saya tengok awak macam tak kisah je tengok abang dengan Fiyah tu..awak tak rasa jeles ke?” tanya Farah Adibah lagi.


“Kenapa nak jeles pula?diorang sepupu kan..lagi pun memang dari kecil diorang tu terlalu rapat..aku kena lah faham..” jawab Irsyad Zafran. ‘Wah! Pandai kau berlakon Zafran..’ kata hati Irsyad Zafran.


“Tapi..kenapa diorang nampak macam kekok je?Fiyah nampak macam larikan diri dari abang je..” ujur Farah Adibah. Irsyad Zafran sudah tidak tahu mahu jawab apa.


Sedang mereka berbual Wadi Sufyan keluar dari bilik persalinan dan jalan menuju ke arah mereka.


“Wah! Sufyan..macho beb!” puji Irsyad Zafran yang ternampak kelibat Wadi Sufyan. Wadi Sufyan hanya tersenyum mendengar pujian itu. Farah Adibah pula segera menoleh memandang Wadi Sufyan. Tak berkelip matanya memandang Wadi Sufyan. Handsome! Dah la muka ala-ala Richard Kevin..dengan ketinggiannya..Cair beb!


“Diba..” panggil Wadi Sufyan sambil melayangkan tangannya di depan muka Farah Adibah. Farah Adibah yang tersedar kertelanjurannya hanya tersenyum malu.


“Abang nampak hensem..” puji Farah Adibah.


“Thanks..” jawab Wadi Sufyan.


“Excuse me..urm pengantin perempuan dah siap..” beritahu pekerja disitu yang bernama Suzila.


“Yeke..mana-mana?Diba nak tengok..” jawab Farah Adibah tidak sabar melihatnya. Lima minit berlalu tetapi Irdina Safiyah masih lagi tidak muncul. Mereka yang sedang menunggu di situ hairan.


“Fiyah…kenapa tak keluar?cepatlah..kita orang nak tengok ni..” kata Farah Adibah.


“Ish! Fiyah malu la..tak nak la..” jawab Irdina Safiyah.


“Ala Fiyah..cepat la keluar..nak malu apanya..Zaf..awak tengok la bakal isteri awak ni..pujuk la dia keluar..” ujur Farah Adibah.


“Sufyan..kau jela pujuk dia..kau kan pandai macam mana nak pujuk dia..” pinta Irsyad Zafran pula. Wadi Sufyan hanya menggelengkan kepalanya. ‘Fiyah..Fiyah..apalah yang nak di malukannya..bukannya tak pakai baju..’


“Sayang..keluar cepat..semua dah tunggu ni..” ucap Wadi Sufyan. Lupa seketika masalah yang dia alami. Terkejut Irdina Safiyah sebaik mendengar suara itu dan perkataan yang dituturkannya. Hilang akalkah lelaki ini memanggilnya sebegitu di hadapan Farah Adibah?


Farah Adibah yang mendengar terkejut, hatinya bagai dihiris-hiris. Cemburu! Wadi Sufyan tidak pernah memujuknya dengan sebegitu lembut dan tidak pernah walau sekali memanggilnya sebegitu.


“Fiyah tak nak..please jangan paksa Fiyah..” jawab Irdina Safiyah.


“Sayang nak keluar ke nak abang masuk dalam?baik sayang buat pilihan cepat!” ugut Wadi Sufyan sambil tersenyum.


“Abang kira sampai tiga..kalau tak keluar juga..abang serbu je tau..” ugut Wadi Sufyan sekali lagi. Belum pun sempat Wadi Sufyan mengira Irdina Safiyah sudah melangkah keluar.


Wadi Sufyan terkejut melihat Irdina Safiyah, begitu juga dengan Irsyad Zafran. Cantik! Sangat cantik! Comel! Sweet! Farah Adibah yang melihat semakin jeles dengan kecantikan yang dimiliki oleh Irdina Safiyah.

Gaun pengantin yang berwarna putih itu terletak cantik ditubuhnya yang kecil milik Irdina Safiyah.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

“Wah! Cantiknya Fiyah!” puji Farah Adibah. Sengaja menceriakan mukanya.


“Thanks..” ucap Irdina Safiyah sambil tersenyum manis, semanis orangnya. Wadi Sufyan dan Irsyad Zafran masih lagi merenung Irdina Safiyah tanpa berkelip.


“Abang..macam mana?ok tak baju ni?” tanya Farah Adibah mengejutkan Wadi Sufyan yang leka merenung wanita yang sentiasa menjenguk didalam mimpinya.


“Haa? cantik..cantik sangat..abang suka sangat baju ni..lagi-lagi kalau orang yang abang sayang pakai..” ucap Wadi Sufyan dengan maksud tersiratnya. Irdina Safiyah yang mendengar hanya buat tak tahu. Dia harus sedar bahawa mereka bukan ditakdirkan bersama.


“Kan.cantik sangat..so apa lagi..jom ambil gambar kenangan..” ajak Farah Adibah.


“Haa?ambil gambar?nanti la..tunggu Fiyah tukar baju dulu..and Diba pergi siap..” ujur Irdina Safiyah.


“La! Bukan ambil gambar Diba lah..nak ambil gambar Fiyah dengan abang..” terang Farah Adibah menyebabkan Irdina Safiyah tercengang. ‘What!’


“Ish! Tak nak la..yang nak kawin Diba dengan abang..bukan Fiyah..lagipun nanti Zafran marah pula..” sengaja Irdina Safiyah memberi alasan.


“Ala..buat kenangan je..korangkan rapat..apa salahnya..Zaf takkan marah la..Zaf..zaf..” panggil Farah Adibah. Irsyad Zafran masih lagi merenung Irdina Safiyah. Lama gila di tenung Irdina Safiyah!Ish2!


“Woi! Zaf..apa yang awak tenung tu?tahulah bakal isteri awak tu cantik..saba ye..tunggu dah kawin nanti awak tenung la sampai bila-bila pun..” tegur Farah Adibah sambil tertawa kecil. Irsyad Zafran tersedar. ‘Ya allah! Macam mana boleh terkhayal kejap ni..’ rungut Irsyad Zafran. Wadi Sufyan pula hanya merenung tajam pada Irsyad Zafran! Cemburu melihat cara Irsyad Zafran memandang Irdina Safiyah.


“Err..urmm..” itu saja yang keluar dari mulutnya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Irdina Safiyah hanya mencebikkan bibirnya. ‘Kecoh ar mamat ni..’ rungut hatinya.


“Eh! Zaf..kau bagi tak Fiyah ambil gambar dengan abang ni?” tanya Farah Adibah. Irdina Safiyah segera membuat isyarat mata supaya Irsyad Zafran menjawab tidak. Tiba-tiba dia terasa ingin mengenakan Irdina Safiyah.


“Eh!kenapa tak bagi pula..pergilah ambil..aku tak marah lah..diorangkan sepupu yang paling rapat..” ucap Irsyad Zafran sengaja berkata begitu, bagi Irdina Safiyah terasa.


“Haa! dengar tu Fiyah..sayang awak dah bagi lampu hijau tu..jom..jom..” ujur Farah Adibah sambil menarik tangan Irdina Safiyah serta Wadi Sufyan.


Irdina Safiyah merasa tidak selesa berdiri rapat dengan Wadi Sufyan. Macam-macam aksi dan posisi jurukamera menyuruh mereka buat. Wadi Sufyan tersenyum gembira dan senang dapat bersama Irdina Safiyah. Rindu dia pada waktu mereka bersama dahulu. Melihat wajah Irdina Safiyah yang tidak selesa bila disuruh untuk memeluk Wadi Sufyan, Wadi Sufyan hanya tergelak kecil.


Farah Adibah yang memerhati gelagat mereka segera berlari keluar dari butik itu untuk menenangkan hatinya. Terpancar kegembiraan di wajah Wadi Sufyan bila bersama dan berada dekat dengan Irdina Safiyah berbanding dengan dirinya.


Irsyad Zafran pula hanya memerhati gelagat mereka tanpa sebarang rasa. Dia hanya kasihan akan Irdina Safiyah yang terpaksa berhadapan dengan Wadi Sufyan. Pasti hatinya makin terluka. ‘Ah! Lantak la..tak ada kena mengena dengan aku..nasib baik aku pun ada problem kalau tak..tak ada maknanya akau nak terlibat dalam masalah diorang ni..’ rungut hati Irsyad Zafran.







p/s: korangggg..wa sorry ok..wa xde idea ni..wa bantai je ni..hahah..pape pun comment yop..skang ni idea utk BAJC tengah kering..tp idea utk AITU berlambak-lambak pula..hahah

2 comments:

  1. sy bru bce novel ni...bes sgt2...tp sy nk dia sme dgn sufyan..mereka bercinta...aduh sdih la lau diorg xkahwin n khwn dgn org len...xnak2

    ReplyDelete
  2. Eisya Kyra: thanks dear..huhuh kite pun sdh jgk!! huuhuh ;( pape pun layan je ek..hihih thanks again coz sudi baca..ngeee~~

    ReplyDelete