Monday, August 1, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 14 (iv)




Cahaya kamera terpancar sana sini. Pihak lelaki dan pihak perempuan sedang berbincang di ruang tamu. Isya masih lagi setia di dalam biliknya dengan debaran di dada. Di dalam bilik dia di temani oleh Jue, Iya. Sesekali mak saudaranya datang menggusiknya.


“Along..ibu panggil turun bawah..” ujur Iya yang ketika itu sedang mengintai dari tangga.


“Haa..dah kena turun ke?alamak..Jue..kenapa perut aku tiba-tiba sakit ni..” ujur Isya dengan muka cuaknya. Jue tertawa mendengar kata-kata Isya. Mana tidaknya, rakannya itu asal cuak je sakit perut la..macam-macam.


“Kau memangkan..dah cepat turun..kau tak nak..biar aku turun gantikan kau..” gurau Jue. Mendengar kata-kata itu pantas saja tangannya mencubit lengan Jue.


“Adoi..sakit lah..tau takut..dah turun cepat..aku dengan Iya teman..” pujuk Jue. Isya akur dan melangkah menuruni tangga. Segan pula dia bila semua mata memandang ke arahnya seakan ada sesuatu yang tak kena di mukanya. Merah mukanya kerana malu.


Isya duduk di pelamin mini yang disewanya bersama Dani dan juga ibunya. Pelamin yang di hiasi dengan bunga segar berwarna putih, merah jambu serta warna mauve. Simple tetapi cantik dan sweet.


Pn Kamsiah datang mendekati Isya di pelamin dan duduk di sebelahnya sambil membawa cincin pertunangannya. Pn Kamsiah tersenyum memandang Isya yang nampak sangat cantik dengan busana merahnya itu. Asyfa Dhia atau lebih di kenali sebagai Dhia, kakak sulung Dani juga tersenyum memandang Isya, begitu juga dengan Asyfa Dayana atau Dayana angah Dani. Sempat Dayana mengenyitkan matanya pada Isya. Isya tersenyum memandang Dayana.


Cincin disarungkan di jari manis Isya serentak itu terpancar cahaya kamera menerangi suasana. Isya menyalami dan mencium tangan Pn Kamsiah. Pn Kamsiah pula menarik Isya ke dalam pelukannya dan mencium kiri kanan pipi Isya serta dahinya.


“Terima kasih sayang..sebab terima Dani..” ucap Pn Kamsiah.


“Sama-sama mak cik..” jawab Isya sambil tersenyum manis.


“Ibu..panggil ibu je..tak nak mak cik..mak cik lagi ok..” ujur Pn Kamsiah sambil memeluk Isya sekali lagi.


Abang Zam masih lagi setia mengambil gambar Isya serta keluarga Dani. Ketika sedang asyik mengambil gambar Dani muncul di muka pintu berserta dengan tanda peace dan senyuman manis di wajahnya memandang Isya. Isya yang perasan tertawa kecil.


Dani terpaku melihat Isya yang tersenyum manis memandangnya. Tidak berkelip matanya memandang Isya. Begitu juga Isya yang asyik memandang Dani yang segak dengan baju melayu berwarna sedondon dengannya. Dani nampak tampan dengan penampilannya.


“Ehem..ehem..cik abang..apa lagi tercegat tu..tak payah nak main mata jauh-jauh..” tegur Dayana mengusik Dani. Tersentak Dani bila di tegur begitu. Malu di buatnya.


“Yela bang..apa tercegat dekat pintu ni..tau lah along lain dari yang lain hari ni..tak kan terkejut sampai tak boleh gerak kut..” usik Adli pula. Sanak saudara yang lain hnya tertawa melihta Dani di usik begitu.


Selesai sesi mengambil gambar keluarga lelaki dan keluarga perempuan, Pn Siti menjemput orang sebelah menjamu selera. Isya dan Dani masih lagi setia mengambil gambar untuk mereka berdua.


“Sayang cantik hari ni.. ujur Dani perlahan di sebelah Isya. Merah muka Isya bila mendengar kata-kata dari Dani.


“Thanks..Dani pun apa kurangnya” ujur Isya pula.


Selesai sesi bergambar Dani dan Isya menghantar kepulangan kelurga Dani. Hanya Dani saja yang tinggal untuk membantu Isya dan kelurganya mengemas. Rakan-rakan pejabat Isya mengucapkan tahniah kepada mereka sebelum meminta diri untuk pulang.


Tanpa mereka sedar sepasang mata merenung tajam ke arah mereka dengan rasa geram dan sakit hati. Sakit hati melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Isya dan Dani.


*****


Hilman termenung di halaman rumahnya. Fikirannya bercelaru, hatinya tidak menentu. Waktu sebegini pasti Isya sudah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Memikirkan itu hatinya bagaikan dihiris halus.


“Termenung jauh anak mama ni..” tegur Datin Kamariah. Terkejut Hilman bila di tegur sebegitu.


“Mama..”


“Kenapa dengan anak teruna mama ni haa..termenung jauh..ingat dekat siapa?” tanya Datin Kamariah lagi sambil melabuhkan punggungnya di kerusi di taman itu.


“Entah lah mama..”


“Bunyi macam sedih je..tak nak kongsi dengan mama ke?” Hilman mengeluh mendengar pertanyaan dari mamanya itu.


“Man tak tahu nak cakap macam mana..Man pun tak pasti apa yang Man rasa..” ujur Hilman perlahan. Berkerut kening Datin Kamariah tidak faham dengan kata-kata anaknya itu.


“Maksud Man apa?” tanya Datin Kamariah.


“This girl..kerja di syarikat kita..Man selalu bergaduh dengan dia..Man suka cari pasal dengan dia..Man suka tengok bila dia marah..bila muka dia merah..sweet sangat mama..comel..dia tak macam girl lain yang pandang man sebab harta..this girl pandang Man pun tak nak ma..dia jelling lagi adalah..” cerita Hilman. Datin Kamariah yang mendengar tersenyum. Pertama kali Hilman bercerita tentang perempuan dengan wajah yang bersemangat dan wajah ceria. Tidak seperti sewaktu Hilman bersama dengan kekasih lamanya dahulu. Pasti gadis ni istimewa.


“Really?Kenalkan lah dengan mama..tapi..” tiba-tiba dia teringat akan rancangan mak mertuanya yang ingin menjodohkan Hilman bersama Thira. Adakah di sebabkan ini anaknya rungsing?


“This girl dah berpunya ma..hari ni dia bertunang..Man keliru ma..Man tak tahu nak buat macam mana..” ujur Hilman. Terkejut Datin Kamariah mendengarnya. ‘Anaknya suka pada tunang orang? Ya allah..’


“Dah bertunang?..sudah lah..mungkin bukan jodoh kamu..tak baik ganggu orang punya sayang..sabar lah..mungkin sayang akan jumpa orang yang lagi baik dari this girl..” nasihat Datin Kamariah.


“Yela ma..Man tahu..” jawab Hilman lemah. Datin Kamariah hanya menggelengkan kepalanya.





p/s : hai korang sume..sowi ye kalo wa lambat post new n3..sowi juga kalo cite wa ni xberapa memuaskan hati korang..thanks coz sudi bace karya wa yang xseberapa ni..heheh sudi2 la comment ye..kalo ada silap mana2 jangan malu2..jangan segan2..comment je yop..



1 comment:

  1. wah ada gak upated..alaihai knp lama sangat..smpai dah tak berapa ingat dah entry sblumnya...sekadar cdgan apa kata adik tlis dlu semua dah setel baru post kat sini so orang akn lagi seronok membacanya...sbb jalan cete dia best sngat...jadi tkda la nanti dri org seronok membaca jdi malas sbb msa yg di ambik tllu lama...apa pun cayok2

    ReplyDelete