Saturday, July 16, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 8 (i)



Seminggu kemudian..


Para pekerja dan rakan-rakan di J & K Holding sedang membuat jamuan perpisahan untuk Fakhri Dini. Hari ini merupakan hari terakhir dia berkerja di situ.


Pada awalnya dia akan berhenti selepas melangsungkan perkahwinan, tetapi kerana desakan keluarga pihak perempuan yang ingin dia bekerja di bawah syarikat keluarga itu Fakhri Dini terpaksa menuruti. Ingin menjaga hati katanya.


“Terima kasih semua..sebelum tu saya nak minta maaf dekat semua orang jika saya ada terkasar bahasa terlanjur kata saya minta maaf..” ucap Fakhri Dini.


“Kami semua tak pernah kecil hati atau terasa dengan Encik..saya sebagai wakil pekerja syarikat ni nak minta maaf juga jika ada tersalah kata..” ucap salah seorang kakitangan syarikat itu. Fakhri Dini hanya tersenyum mendengarnya. Dia pasti rindu dengan telatah kakitangan syarikat itu terutamanya orang yang pernah mencuit hatinya.


“Ala..tak nak la sedih-sedih..tak best la macam ni..” sampuk Haifa Atiqah ingin menceriakan keadan kembali. Seketika kemudian gamat kembali dengan suara-suara mereka. Fakhri Dini tercari-cari bayang Irdina Safiyah.


“Haifa..nampak Fiyah tak?” tanya Fakhri Dini.


“Oh! Fiyah ada..tu haa sana tu..” Haifa Atiqah menunjukkan di mana gerangan Irdina Safiyah. Kelihatan Irdina Safiyah sedang termenung sambil memegang cawan. Fakhri Dini datang menghampiri.


“Hai..termenung jauh nampak..” tegur Fakhri Dini. Tersentak Irdina Safiyah kerana terkejut.


“Eh! En. Fakhri..mana ada..pandai je buat cerita Encik ni..” jawab Irdina Safiyah cuba menyorokkan mukanya yang memerah kerana malu di tegur begitu.


“Tak payah la nak berencik-encik dengan saya lagi..lepas ni saya bukan bos awak lagi..” ucap Fakhri Dini.


“Dah terbiasalah Encik..” jawab Irdina Safiyah sambil tersenyum kecil.


“Awak ok?” tanya Fakhri Dini sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Irdina Safiyah. Irdina Safiyah hanya tersenyum mendengar pertanyaan dari bosnya itu.


“Fiyah ada phone call untuk kau..” beritahu Haifa Atiqah. Irdina Safiyah segera pergi menjawab panggilan itu. Fakhri Dini hanya memerhati Irdina Safiyah berlalu pergi. ‘Gila kau ni Fakhri..lupakan dia..kau nak kawin dah pun..’ marah Fakhri Dini akan dirinya.


“Hello..” sapa Irdina Safiyah.


“Hello..Fiyah turun bawah sekarang..aku ada dekat bawah office kau ni..” arah Irsyad Zafran.


“Haa?Siapa ni?” tanya Irdina Safiyah pelik. Tidak pernah dia mendengar suara itu.


“Aku lah..bakal suami kau..cepat turun sekarang..” arah Irsyad Zafran sengaja dia tekan perkataan suami pada Irdina Safiyah. Panas hatinya bila Irdina Safiyah bertanya banyak.


“Kenapa pula saya kena dengar cakap awak..suka hati saya la nak turun ke tidak..” jawab Irdina Safiyah. ‘Jangan harap aku nak dengar cakap kau..kau ingat kau tu sape..nak bagi aku arahan..’ rungut Irdina Safiyah dalam hati.


“Kau ni degilkan..ok fine..kau nak turun bawah sekarang atau kau nak aku naik atas jemput kau?aku serius ni..” ugut Irsyad Zafran. Cuak Irdina Safiyah sebaik mendengar ugutan itu.


“Yela..saya turun sekarang..” jawab Irdina Safiyah mengalah. Sebenarnya dia takut jika rakan sekerjanya nampak dia bersama Irsyad Zafran. Kalau boleh dia tidak mahu mereka tahu tentang dia dan Irsyad Zafran.


Irsyad Zafran tersenyum kemenangan. ‘Senang rupanya nak suruh perempuan ni ikut cakap aku..’ getus hati Irsyad Zafran.


Irdina Safiyah segera mendapatkan rakannya dan memberitahu bahawa dia terpaksa pergi kerana ada hal mustahak. Bila di tanya hal apa Irdina Safiyah hanya menjawab ‘adalah’. Fahkri Dini pula hanya memerhati kelibat Irdina Safiyah sehingga tidak kelihatan di matanya.


Sepuluh minit kemudian Irdina Safiyah sudah tercegat di hadapan pintu masuk pejabat. Dia tercari-cari akan kelibat Irsyad Zafran. Irsyad Zafran segera menekan pedal minyak untuk mendekati Irdina Safiyah sebaik melihat kelibatnya.


Sedang Irdina Safiyah leka mencari kelibat Irsyad Zafran tiba-tiba sebuah kereta Honda City berwarna biru berhenti betul-betul di depannya. Kerana cermin kereta yang gelap sukar untuk Irdina Safiyah mengetahui gerangan orang di dalamnya.


Irsyad Zafran menurunkan cermin keretanya..


“Cepat la masuk..tak reti nak buka pintu kereta ke?” tanya Irsyad Zafran sambil berkerut keningnya menahan marah. Marah kerana Irdina Safiyah lambat.


Memerah muka Irdina Safiyah kerana marah dan sakit hati dengan Irsyad Zafran. Sebaik saja Irdina Safiyah menutup pintu kereta pedal minyak terus ditekan.


“Awak nak pergi mana ni?” tanya Irdina Safiyah. Irsyad Zafran tidak melayan pertanyaan Irdina Safiyah dia hanya menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.


“Awak..saya tanya..awak nak bawa saya pergi mana ni?” tanya Irdina Safiyah sekali lagi tidak puas hati selagi Irsyad Zafran tidak menjawab pertanyaannya.


“Kau ikut je boleh tak?jangan banyak tanya boleh?” marah Irsyad Zafran. Irdina Safiyah yang mendengarnya hanya menjeling.


“Orang nak tahu je..salah ke..mana tahu awak ada niat jahat pada saya ke..” teka Irdina Safiyah dengan sinisnya sengaja mengundang bara di hati Irsyad Zafran.


“Hei perempuan..setakat kau ni..tak ada selera aku nak tengok la..” jawab Irsyad Zafran dengan angkuhnya. Irdina Safiyah yang mendengar mencebikkan bibirnya mengejek Irsyad Zafran.


“Yeke..tak tanya pun..” balas Irdina Safiyah pula. Makin menyinga Irsyad Zafran di buatnya. ‘Perempuan ni..menjawab pula dia..’ rungut Irsyad Zafran dalam hati.


“Diam la kau..” tengking Irsyad Zafran. Irdina Safiyah mencebikkan lagi bibirnya. ‘Ada aku kisah..’ getus hati Irdina Safiyah.



*****


4 comments:

  1. awak bestlah cita ni cepat2 tulis next n3 eh hehe? btw awak x ada FB ke? dan cita ni x ada sinopsis ke hehe confius x tahu hero yang mana haha?

    ReplyDelete
  2. HUHUHU yelaa cepat laa updated cete niee lama dah tggu....

    ReplyDelete
  3. ala..korang..sowi lmbt post..agak bz ckit..dgn kerja..spupu kawin..tunang..kite tlg watkn hantarn diorg..sowi..nie cik writer nk post cite sat g..hehehe sowi tau..

    ReplyDelete
  4. awak..wa nie xreti nk wat sinopsis la..
    hahaha..

    conpius ye..cian..mmg saja je wa kasi korang sume conpius..hahah jahat kn..

    ReplyDelete