Monday, April 25, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 7 (iii)




Sedang Irdina Safiyah membuat kerjanya tiba-tiba Haifa Atiqah datang ke tempatnya.


“Wei Fiyah..jom la lunch..kau ni buat kerja sampai tak ingat nak makan la..” tegur Haifa Atiqah.


“Kau pergilah..aku tak ada selera la nak makan..” jawab Irdina Safiyah.


“Kau ada problem ke?tak nak story dengan aku?” tanya Haifa Atiqah perihatan.


“Tak la..aku tak ada selera..badan tak sedap rasalah..” ucap Irdina Safiyah tidak mahu rakannya itu syak. Biarlah ia menjadi rahsia di hati.


“Ok..tak pe aku tapau untuk kau ok..aku pergi dulu..daaa” ucap Haifa Atiqah dan berlalu pergi sebelum sempat Irdina Safiyah melarangnya.


Ketika itu juga telefon bimbitnya berbunyi, dengan segera Irdina Safiyah menjawabnya tanpa melihat siapa pemanggilnya.


“Hello..” ucap Irdina Safiyah.


“Sayang..” ucap Wadi Sufyan lembut. Rindu dia dengan suara itu, serasa ingin saja dia pergi mendapatkan Irdina Safiyah dikala itu. Tersentak Irdina Safiyah sebaik mendengar suara itu dan juga panggilan sayang. Tiba-tiba dia disapa hiba. Lepas ni tiada lagi panggilan seperti itu lagi.


“Ada apa abang call Fiyah ni?” tanya Irdina Safiyah nak tak nak. Wadi Sufyan tersenyum sinis mendengar pertanyaan Irdina Safiyah juga nada suaranya.


“Kenapa?abang tak boleh call sayang ke?” tanya Wadi Sufyan.


“Abang nak apa?cakap cepat la..Fiyah ada kerja ni..” tipu Irdina Safiyah. Tidak betah dia bercakap lama dengan Wadi Sufyan.


“Kita jumpa petang ni..abang ada perkara nak beritahu sayang..pukul 6 dekat tempat biasa..” beritahu Wadi Sufyan.


“Dah call ne beritahu jela..” ujur Irdina Safiyah. Kalau boleh dia tidak mahu bersemuka dengan Wadi Sufyan lagi.


“No..we need to talk..penting..Fiyah tak datang..Fiyah tahukan apa abang akan buat..” ugut Wadi Sufyan. Irdina Safiyah mengeluh.


“Ok..Fiyah datang..ok la banyak kerja ne..bye..” beritahu Irdina Safiyah lalu terus mematikan telefon sebelum sempat Wadi Sufyan berkata apa.


Sejurus selepas Irdina Safiyah mematikan panggilan itu dia terus menjerit kecil sambil mengenggam kedua belah tangannya dan mengetap giginya. Geram. Tiba-tiba dia di sapa seseorang.


“Amboi..marah nampak..tapi still comel..buat lagi sekali..” usik Fakhri Dini sambil tersenyum memandang Irdina Safiyah yang masih terkejut.


“Err..sorry ingat tak ada orang tadi..” ucap Irdina Safiyah. Merah mukanya kerana malu. ‘Ish! Malunya..macam mana pula bos ada ni..’ rungut Irdina Safiyah dalam hati.


“Macam-macam la awak ni..comel..untung Sufyan dapat awak kan..” ucap Fakhri Dini membuatkan Irdina Safiyah tersentak sekali lagi. Segera di buang perasaan yang datang menerpa. Dia tidak mahu memikirkan tentang itu lagi.


“En. Fakhri bila langsung?tak sabar rasanya nak makan nasi minyak Encik ni..” usik Irdina Safiyah sengaja memutarkan topik perbualan mereka tadi.


“Lagi 3 minggu..kejap je kan..awak doakan untuk saya tau..harap-harap saya dapat terima si dia dengan hati terbuka..” kata Fakhri Dini.


“Insyaallah..saya doakan Encik dengan bakal isteri bahagia..” ucap Irdina Safiyah ikhlas. Tersenyum Fakhri Dini mendengarnya.


“Ok la..saya ada hal sebenarnya ni..time keluar tadi tiba-tiba dengar awak terjerit dengan muka comel awak tu..tu saya datang tegur..hehe macam tu ke cara awak lepas geram..comel..no wonder la Sufyan terpikat..termasuk saya..” luah Fakhri Dini sambil tersenyum. Irdina Safiyah tidak berkata apa hanya tersenyum paksa memandang bosnya itu.



*****



Jam menunjukkan pukul 6.30 petang tetapi wajah serta kelibat kereta Wadi Sufyan masih lagi tidak kelihatan. Irdina Safiyah mendengus marah. Hampir satu jam dia menunggu di situ.


Irdina Safiyah berkira-kira ingin pergi saja dari situ tetapi terbantu apabila tangannya ditarik dan digenggam seseorang. Segera dia berpaling melihat gerangan orang yang memegang tangannya itu. Kelu lidahnya sebaik melihat Wadi Sufyan dengan senyuman manis dan mengodanya.


“Awalnya nak balik..tak tunggu abang pun ye..” ucap Wadi Sufyan lalu menarik Irdina Safiyah duduk di kerusi di taman itu. Irdina Safiyah menarik tangannya kembali.


“Ada hal apa abang nak beritahu?cakap la..” tanya Irdina Safiyah tidak ingin membuang masa.


“Amboi..tak nak tanya abang sihat ke tak?dah makan ke belum?tak sayang abang ke?abang dah la tak sihat ni tau..” jawab Wadi Sufyan. Irdina Safiyah disapa rasa serba salah. Dengan automatiknya tangan kanannya diletakkan di dahi Wadi Sufyan. Wadi Sufyan pula tersenyum senang melihat reaksi Irdina Safiyah. Ternyata Irdina Safiyah masih sayang padanya.


“Tak panas pun..” tanya Irdina Safiyah sambil duduk menghadap Wadi Sufyan manakala tangan kanannya mengenggam erat tangan Wadi Sufyan dan tangan kirinya pula sibuk membetulkan rambut Wadi Sufyan yang sedikit serabai akibat di tiup angin.


“Abang sakit sayang..sakit dekat sini..” ujur Wadi Sufyan sambil tangan yang digenggam erat oleh Irdina Safiyah itu dibawah ke dadanya. Terkedu Irdina Safiyah seketika, lalu wajahnya ditundukkan. ‘Bukan abang sorang..Fiyah pun..sakit sangat..’ luah Irdina Safiyah hanya dalam hati.


Irdina Safiyah tersedar tiba-tiba, segera tangannya ditarik dan membetulkan duduknya kembali tanpa menghadap Wadi Sufyan. Wadi Sufyan mengeluh melihat perlakuan Irdina Safiyah.


“Abang nak beritahu Fiyah apa?” tanya Irdina Safiyah sekali lagi.


“Abang sayang Fiyah..terlalu sayangkan Fiyah..kita beritahu mereka tentang kita ya..” Wadi Sufyan cuba untuk memujuk Irdina Safiyah sekali lagi.


“Tak mungkin bang..lagi sebulan je abang nak kawin..takkan nak batalkan pula..abang tak kesiankan mak abang ke?” jawab Irdina Safiyah masih lagi dengan jawapan yang sama.


“So Fiyah lagi suka kawin dengan orang lain la?Ok fine..Fiyah kena kawin pada hari yang sama dengan abang..” ucap Wadi Sufyan berbaur arahan. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya.


“Kenapa pula..Fiyah dah setuju dengan cadangan abang dah cukup baik tau..” jawab Irdina Safiyah pula. Mana mungkin dia ingin melangsungkan perkahwinannya pada tarikh yang sama dengan orang yang dia sayang.


“Kenapa?tak sanggup naik pelamin dengan abang ke?” duga Wadi Sufyan.


“Ma.m..mana a.ada..” jawab Irdina Safiyah gagap. Wadi Sufyan tersenyum sinis mendengarnya.


“Malam ni ada orang datang rumah nak pinang Fiyah..” beritahu Wadi Sufyan serius. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya. Dia belum bersedia lagi.


“Kenapa malam ni?bagi Fiyah masa sikit lagi boleh tak?” ujur Irdina Safiyah.


“No..tak boleh..and majlisnya 2 bulan dari sekarang..” beritahu Wadi Sufyan lagi menyebabkan Irdina Safiyah terus berdiri.


“Abang dah gila ke?2 bulan?kenapa cepat sangat?” marah Irdina Safiyah. Wadi Sufyan masih lagi dengan wajah seriusnya.


“Ya..abang dah gila..abang gila sebab keputusan Fiyah..Abang gila sebab ikut cakap Fiyah..abang gila sebab Fiyah..” marah Wadi Sufyan dengan nada tinggi. Terkejut Irdina Safiyah dibuatnya.


“So..sekarang masanya Fiyah pula dengar cakap abang..” tegas bunyinya.




1 comment:

  1. Citer ni menarik tp kenapa lama tak update n3 baru...

    ReplyDelete