Friday, April 22, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 7 (i)



Jam menunjukkan tepat pukul 8.45 malam. Irdina Safiyah baru saja selesai menunaikan solat isyak. Sedang Irdina Safiyah melipat telekung dan sejadahnya telefon bimbitnye berbunyi. Irdina mengambil telefon bimbitnya di atas meja dan segera menjawab.


“Hello..Fiyah abang ni..mak abang nak cakap..” sapa Wadi Sufyan. Irdina Safiyah terkejut, berdegup kuat jantungnya ketika mendengar suara Pn Salina menyapa di gegendang telinganya.


“Hello..Fiyah ya..mak long ni..” ujur Pn Salina.


“Ye mak long..kenapa?” tanya Irdina Safiyah sedikit gagap. Takut jika Pn Salina sudah tahu akan hubungan dia dengan Wadi Sufyan.


“Fiyah buat apa?mak long nak jumpa Fiyah sekejap boleh?” tanya Pn Salina. Semakin kuat jantung Irdina Safiyah berdegup.


“Jumpa Fiyah?err boleh..bila tu mak long?” tanya Irdina Safiyah. ‘Mak long dah tahu ke’ getus Irdina Safiyah dalam hati.


“Malam ni..mak long nak settlekan malam ni juga..mak long datang rumah kamu sekejap lagi..mak long nak bincang dengan mak ayah kamu juga..” beritahu Pn Salina. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. ‘Janganlah jadi apa-apa..ya allah..’ doa Irdina Safiyah dalam hati.


“Err..yela..” jawab Irdina Safiyah gagap.


“Fiyah..” tiba-tiba muncul suara Wadi Sufyan. Terus saja Irdina Safiyah menyerangnya.


“Abang cakap apa kat mak abang?abang kenapa buat macam ni?aduh..kalo abang Ilham tahu mati Fiyah bang..tolong la abang terima je cadangan mak abang..jangan libatkan Fiyah lagi..cukup la..” serang Irdina Safiyah. Berserabut sekejap kepalanya.


“Abang akan kahwin bila Fiyah kahwin..muktamad..itu keputusan abang..” beritahu Wadi Sufyan. Tekad dengan keputusannya.


“Abang dah gila ke haa?Fiyah tak nak..Fiyah..Fiyah tak sedia lagi..” jawab Irdina Safiyah sedikit tinggi suaranya.


“Up too you..Fiyah pilih mana?Abang sampai sekejap lagi..” beritahu Wadi Sufyan.


“Abang..tolong la..jangan libatkan Fiyah..lagipun dengan sape Fiyah nak kahwin?abang ni..saja cari masalah..” marah Irdina Safiyah.


“Tu keputusan abang..Fiyah tak setuju..abang pun tak akan setuju..tu biar abang yang tentukan..abang dah ada pilihan abang..” jawab Irdina Safiyah.


“Sape?dah la..tolong la jangan nak merepek lagi..” ujur Irdina Safiyah.


“Ok la..abang nak gerak dah ni..bye..” beritahu Wadi Sufyan tanpa menghiraukan pertanyaan dan kata-kata Irdina Safiyah lalu mematikan talian. Irdina Safiyah bengang. Hatinya kian tidak tenteram, lagi-lagi abangnya Ilham ada di rumah.


Di dalam bilik Irdina Safiyah berulang-alik ke kiri dan ke kanan. Risau kerana Pn Salina serta Wadi Sufyan sekeluarga akan datang ke rumahnya. Wadi Sufyan betul-betul nekad dengan keputusannya. Irdina Safiyah bingung.


Setengah jam kemudian Wadi Sufyan dengan keluarganya sampai ke rumah Irdina Safiyah. Kedengaran bunyi bising di ruang tamu. Jantung Irdina Safiyah berdegup makin laju.


Pintu bilik Irdina Safiyah diketuk. Pn Sarimah memanggilnya supaya keluar ke ruang tamu kerana Pn Salina dan keluarganya datang. Irdina Safiyah semakin resah. Di tarik nafasnya dalam-dalam sebelum melangkah pergi ke ruang tamu mendapatkan mereka.


Irdina Safiyah bersembunyi di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan biliknya. Kelihatan Pn Salina rancak berbual dengan mak serta abahnya. Abangnya pula sedang rancak berbual dengan Wadi Sufyan. Di gagahkan juga kakinya melangkah untuk mendapatkan mereka. Irdina Safiyah menyalam mak saudaranya itu. Wadi Sufyan hanya memerhati.


“Pergi tolong Kak Far kamu buat air dekat dapur tu..” arah Pn Sarimah pada Irdina Safiyah. Irdina Safiyah hanya menggangguk dan terus menuju ke dapur mendapatkan kakak iparnya itu. Selesai membuat air Irdina Safiyah menghantarnya ke h=ruang tamu.


“Ala buat susah-susah je Fiyah..” ujur Pn Salina sambil tersenyum memandang anak saudaranya itu.


“Tak susah pun mak long..jemput la minum..” pelawa Irdina Safiyah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah kakak iparnya yang sedang melayan anaknya itu.


“Sebenarnya macam ni mah..Kak long datang ni ada benda nak bincang dengan kamu..” beritahu Pn Salina tiba-tiba. Semua mata memandang ke arahnya. Irdina Safiyah semakin cuak.


“Pasal apa?” tanya Pn Sarimah ingin tahu.


“Kak long dengan abang long nak jodohkan Sufyan dengan anak kawan kak long..” beritahu Pn Salina lagi.


“Yeke..alhamdulillah..bila tarikhnya?” tanya Pn Sarimah ceria. Dia turut gembira untuk kakak iparnya yang bakal mendapat menantu.


“Itulah masalahnya..” jawab Pn Salina sambil mengeluh. Wadi Sufyan memandang Irdina Safiyah yang tunduk sedari tadi.


“Apa pula masalahnya?” tanya En Tirmizi pula pada kakaknya itu.


“Err..Fiyah minta maaf abah..mak..mak long dengan pak long..err Fiyah..Fiyah nak cakap dengan abang kejap boleh?” pinta Irdina Safiyah sedikit gagap sebelum sempat Pn Salina menjawab soalan En Tirmizi. Semua mata tertumpu kepadanya. Wadi Sufyan sudah tersenyum memandangnya.


“Kenapa?” tanya Pn Salina. Irdina Safiyah terdiam seketika tidak tahu nak beri alasan. Tiba-tiba dia mendapat idea dan datang dekat pada Pn Salina lalu berbisik sesuatu. Pn Salina tersenyum.


“Pergi la..” tutur Pn Salina sambil tersenyum senang. ‘Terima Kasih Fiyah..’ ucap Pn Salina dalam hati. Yang lain hanya kebingungan melihat Irdina Safiyah dan Pn Salina.


Irdina Safiyah dan Wadi Sufyan melangkah keluar rumah dan duduk di pangkin yang terletak di halaman rumah Irdina Safiyah. Irdina Safiyah tidak tahu hendak cakap macam mana.


“Kenapa?” tanya Wadi Sufyan memecahkan kesunyian. Irdina Safiyah memandang kearah Wadi Sufyan dan tidak semena-mena perasaan rindu menerpa sebaik terpandangkan mata Wadi Sufyan.


“Kenapa abang buat macam ni?” tanya Irdina Safiyah sambil menundukkna wajahnya. Tidak sanggup untuk melihat wajah Wadi Sufyan. Takut sekiranya dia tidak kuat.


“Kenapa?Fiyah tanya kenapa?dan abang juga nak tanya..kenapa Fiyah sanggup buat abang macam ni?Fiyah tinggalkan abang tanpa sebarang kata..Fiyah larikan diri dari abang..abang buntu Fiyah..abang tak sanggup kehilangan Fiyah..” luah Wadi Sufyan.


Sebak Irdina Safiyah mendengarnya. Bukan kemahuannya semua itu, dia lakukan itu semua atas permintaan ibu saudaranya. Dia terpaksa melepaskan Wadi Sufyan walaupun hatinya terluka. Dia sendiri terluka dengan caranya melarikan diri dari Wadi Sufyan. Sakit menanggung rindu.


“Fiyah terpaksa..Fiyah buat semua ni untuk kebahagiaan semua orang..abang cubalah faham..” luah Irdina Safiyah sebak.


“Ok..then Fiyah kena kawin dengan pilihan abang..muktamad..kalo tak jangan harap abang setuju dengan cadangan mak abang tu..” tekad Wadi Sufyan. Irdina Safiyah semakin tertekan.


“Tak..Fiyah tak nak..Fiyah tak bersedia lagi..please jangan paksa Fiyah..” jawab Irdina Safiyah.


“Ok fine..kalo Fiyah tak nak abang akan beritahu semua orang tentang kita..” ugut Wadi Sufyan dan terus bangun ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Irdina Safiyah dengan pantas menarik tangan Wadi Sufyan.


“Abang..please..” rayu Irdina Safiyah. Air matanya laju mengalir tanpa dapat di tahan lagi.


Wadi Sufyan yang melihat air mata Irdina Safiyah terkedu seketika. Sakit hatinya melihat air mata itu. Wadi Sufyan tetap dengan keputusannya lalu menarik tangannya dari di genggam Irdina Safiyah.


“Sorry..abang pun terpaksa..” ucap Wadi Sufyan lalu melangkah pergi. Irdina Safiyah semakin gelisah.


Ya allah..apa patut aku buat ni?sanggupkah aku lihat kesedihan di mata mak long?perlukah aku berkorban?ya allah..


“Ok..” ucap Irdina Safiyah sedikit kuat. Wadi Sufyan yang terdengar terhenti seketika lalu memandang ke arah Irdina Safiyah. Irdina Safiyah menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata.


“Fiyah setuju..” ucap Irdina Safiyah. Terkaku Wadi Sufyan mendengar jawapan dari mulut buah hatinya itu. Gembirakah dia mendengar jawapan itu?Dia yang memberi cadangan dan memaksa Irdina Safiyah tetapi kenapa hatinya pula yang sakit?Kenapa hatinya seakan tidak merelakan Irdina Safiyah bersama dengan orang lain.


“Setuju apa?” tanya Wadi Sufyan buat-baut tak faham dan datang rapat menghampiri Irdina Safiyah. Di renungnya muka Irdina Safiyah. Dia terlalu sayangkan sepupunya itu.


“Fiyah setuju dengan pilihan abang..” jawab Irdina Safiyah dengan tangisan yang masih lagi bersisa. Wadi Sufyan kecewa mendengar jawapan dari mulut comel itu. Hatinya bagai dicarik-carik.


“Ok..” balas Wadi Sufyan lalu meninggalkan Irdina Safiyah keseorangan di situ.


‘Maafkan Fiyah bang..Fiyah terpaksa..mak long terlalu mengharapkan Diba untuk jadi menantunya..mak long pernah cakap yang dia tak suka kalo berkawin atau bercinta dengan sepupu..Fiyah tak nak kecewakan mak abang..maafkan Fiyah sebab lukakan hati abang..maafkan Fiyah..’ kata-kata itu hanya dilafazkan dalam hati. Air matanya mengalir laju tanpa dapat di bendung.


Setelah hatinya sedikit tenang dan pasti tiada lagi air mata yang mengalir Irdina Safiyah melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik tiba di muka pintu namanya di panggil oleh Pn Salina.


“Fiyah..terima kasih sayang..terima kasih sebab tunaikan permintaan mak long..mak long tahu Fiyah pasti boleh yakinkan Sufyan..mak long gembira sangat-sangat..” ucap Pn Salina dengan gembiranya sambil memeluk erat Irdina Safiyah.


Sebak hatinya pabila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Pn Salina. Fikirnya dia dapat menghadapi segalanya dengan tabah tapi tidak. Air matanya mengalir laju tanpa dapat ditahan. Dia membalas erat pelukan Pn Salina.


“Kenapa Fiyah nagis?” tanya Pn Salina pelik. Irdina Safiyah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum paksa.


“Fiyah sedih bila mak long cakap macam ni..and Fiyah gembira sebab hajat mak long tercapai..and Fiyah sedih sebab tak dapat manja-manja dengan abang lagi..” luah Irdina Safiyah lalu tertawa kecil cuba menyembunyikan cerita sebenar dan rasa hatinya.


Wadi Sufyan yang mendengar kata-kata dan tawa pura-pura dari Irdina Safiyah segera mengalirkan pandangan dari terus memandang muka Irdina Safiyah. Tidak sanggup melihat air mata yang mengalir dari tubir mata buah hatinya itu dan tawa paksanya.


‘Ya allah..aku terlalu sayangkan dia..aku tak sanggup kehilangan dia..’ luah Wadi Sufyan dalam hati. Fikirannya kusut, memikirkan tentang dia dan Irdina Safiyah. Lagi bertambah kusut bila dia membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Mana harus dia cari suami untuk Irdina Safiyah. ‘ah! Itulah kau Sufyan..terlalu ikutkan hati sehingga buat sesuatu tanpa berfikir panjang..’ rungut Wadi Sufyan dalam hati.








2 comments:

  1. kenapa la bongok nya Wadi tu. U r a guy suppose u la berani bgtau ur parent that u already had someone. Long time u waiting to have a relationship with her why u must let go by now. come on i dont like laki pengecut like tis. cik writer change back the mode. i lebih suka wadi n Fiya. huhuhu... i xnak la ceta ni streotype cam ceta lain. kahwin kena paksa. lps tu dipilih oleh org yg dcintai. cam copycat another story sbijik ja. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. ivoryginger: thanks for ur comment..kita tggu dan lihat jela ye cane jln cite die..heheh sowi kalo xberapa memuaskan..kite akn cube yg terbaik ye.. thanks again for ur comment..ngee~ ~PEACE~

    ReplyDelete