Saturday, March 26, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 11 (ii)




Sebaik saja tiba di hadapan rumah Jue Isya membunyikan hon keretanya. Dengan terkocoh-kocoh Jue segera mencapai tas tangan dan mendapatkan Isya yang sedang menunggunya di dalam kereta.


“Sorry Isya lambat..heheh..” ujur Jue sebaik saja melabuhkan punggungnya di dalam kereta.


“Kau memang..mana pernah cepat siap..” jawab Isya. Jue hanya tertawa kecil mendengar komen dari rakannya itu.


“Eh kau dah makan belum?jom pergi makan dulu..lapar la..” ajak Jue sambil tersenyum. ‘Senyum-senyum nak bodek aku la tu..’ getus Isya dalam hati.


“Yela..tak payah la kau senyum-senyum bagai..meremang bulu roma aku tengok kau senyum..” ucap Isya. Jue yang mendengar terus membesarkan matanya merenung Isya.


“Ala senyum tu kan satu sedekah..aku nak bersedekah dengan kau la ni..” jawab Jue selamba


“Banyak la kau punya sedekah..” balas Isya pula.


“Haa..Jue kau tahu tadi lepas kau call aku tu..singa tu pula call aku..” beritahu Isya.


“Haa? singa mana pula ni?” Ah! Sudah minah blur ni..buat-buat lupa pula..rungut Isya.


“Ala bos kau la..sape lagi singa yang kau kenal..call aku lepas tu nak marah-marah nak jerit-jerit dekat telinga aku..” rungut Isya.


“Abis kau tak terkentut ke?” tanya Jue selamba.


“Kau ni..main-main la..tak nak la story lagi..” rajuk Isya. Jue hanya tertawa.


“Rileks ar..tak payah fikir pasal lion tu..buat pening kepala je..better kau story-story dengan aku pasal kau..sedap sikit aku dengar..” tutur Jue.


“A’ah ek..buat otak aku terbalik je pikir pasal dia..” jawab Isya pula. ‘Haa lagi sorang minah ni..nak kata aku..dia punya bahasa pun tak betul..’ getus Jue dalam hati sambil tergeleng-geleng kepalanya.


“Ne apa hal pula tergeleng-geleng kepala lak ni..berangan je kau..jangan risau..abang sayang pergi kejap je tu..” usik Isya yang ternampak akan perlakuan Jue itu. Jue yang di tegur itu terus saja tersengih. Macam kerang busuk dah!



*****



Di sebuah restoran makanan barat. Kelihatan dua orang gadis sedang rancak berbual di sudut yang agak tersorok ke belakang. Nampak seperti membincangkan sesuatu perkara yang mustahak saja.


Ketika itu Khairul Azman atau hanya di kenali sebagai Khai memasuki restoran itu bersama rakan-rakannya yang lain. Mereka memilih tempat yang berdekatan dengan dua orang gadis tadi. Selang dua biji meja saja. Ketika itu tidak ramai pelanggan yang mengunjungi restoran itu.


Ketika sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya, mata Khai ternampak seseorang yang sangat dia kenali. Dia seakan tidak percaya bila melihat wajah itu. ‘Dia? Apa dia buat dekat sini?’ Khai bermonolog sendirian.


Sesekali dia ternampak mereka ketawa, sesekali kelihatan khusyuk berbincang sesuatu. Dia hanya merenung akan wajah gadis itu.


“I tak boleh lupakan dia..yes I admit..memang salah I dulu tinggalkan dia..tapi I still love him..I tak boleh lupakan dia..” ujur gadis yang berambut paras bahu dan berkulit sawo matang itu pada rakannya.


“Tapi U ingat senang-senang dia nak terima U balik..macam mana kalau dia tolak U?” kata gadis berambut pendek dan kulitnya sedikit cerah berbanding rakannya tadi.


“No..I pasti dia akan terima I balik..I know him..he love me very much..tak mungkin dia akan lupakan I macam tu je..” betah gadis berambut paras bahu itu dengan bangganya. Rakannya yang mendengar hanya tersengih mengejek.


“Jangan terlalu yakin..U dah jumpa dia ke?” tanya gadis berambut pendek itu pula.


“Belum lagi..suatu hari I akan jumpa dia..buat masa ni I nak settlekan kerja I dulu..” jawab gadis berambut paras bahu itu.


“Ikut suka U la..” ujur gadis berambut pendek itu. Dan mereka pun berbual dengan rancak sehinggalah mereka di tegur oleh seseorang.



*****



1 comment:

  1. akhirnya ada juga post n3 baru...lama sungguh
    tunggu sambungannya. nanti cepat sambung lagi
    ye....

    ReplyDelete