Friday, March 25, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 11 (i)



Sedang Isya leka membuat kerjanya, telefon bimbit berbunyi, Isya tidak menjawab panggilan itu kerana leka membuat kerja, masuk kali ketiga telefon itu berbunyi baru Isya perasan dan terus mencapai telefon yang terletak di atas katilnya itu lalu menjawab.

"Hello..assalammualaikum.." ucap Isya.

"Waalaikumsalam..Isya hang wat pe je tu?" tanya Jue ceria.

"La kau rupanya..aku tengah buat kerja la..apa lagi..kau ingat cuti-cuti ne aku boleh rileks ke..kena pula dapat bos macam singa tu haa.." rungut Isya tiba-tiba.

"Rileks ar..haa Sya..aku tengah tak puas hati dengan kau ni.." tutur Jue membuatkan Isya terkejut. Berkerut-kerut keningnya pelik!

"La..awat lak?" tanya Isya sedikit pelik.

"Sampai hati kaukan..kau sikit pun tak story-story dengan aku kan..kau sisihkan aku Sya..." ucap Jue dengan nada sedihnya. Sebenarnya sengaja membuat nada seperti itu untuk mengenakan Isya. 'Teruk betul bahasa si Jue ni..' getus Isya dalam hati.

"Wei..kau apa hal Jue? bila pula aku sisihkan kau ni? aku sekali pun tak pernah buat kau macam tu..kenapa ni?" tanya Isya tak puas hati. Dia sayang akan rakannya itu, mana mungkin dia sisihkan rakannya yang sudah di anggap seperti keluarga sendiri itu.

"Buat-buat tak tahu pula..huh! menyampah aku..how dare U kan..ada good news langsung tak story-story dekat aku kan.." ucap Jue.

"Teruk betul bahasa kau ni Jue..good news apa pula ni Jue? tanya Isya semakin serabut kepalanya memikirkannya.

"Biar lah..Ish! kau ni..itu pun tak dapat tangkap..maksud aku..Dani lamar kau and kau nak tunang dengan dia sikit pun kau tak story-story dekat aku kan.." sebaik habis Jue beritahu, Isya sudah mengigit bibirnya.

'Alamak..macam mana Jue boleh tahu ni? aku belum pun confirm kan lagi berita dah tersebar..siapa pula yang jadi wartawan tak berbayar ni..' getus Isya dalam hati.

"Oo..pasal tu ke..nak story macam mana Jue..jumpa kau pun tidak..nanti la ok dear..aku story morry dengan kau balik ok.." pujuk Isya.

"Banyak la kau punya story morry..ala Sya..nak tahu sekarang juga..NOW!! amacam sebiji tak dengan bos kesayangan kau tu?hahah..jom la keluar Sya..boleh story morry dengan aku..lagi pun aku bosan duduk rumah sebenarnya..HAHAHA..tu yang kacau kau.." terang Jue lalu tertawa. Sempat pula dia mengajukkan cara Hilman menjerit pada Isya.

"Kau ni..tak ada orang lain lagi ke kau nak sebut..sebut le nama Brad Pitt ke..Dennis Oh ke..Deniel Henney ke..ne SINGA tu juga kau sebut..Terkentut-kentut aku dibuatnya..aku dah agak dah..confirm tengah bosan..kalo tak tak ada maknanya kau nak bergayut dengan aku macam ni..kenapa tak ajak abang sayang je keluar date?" ujur Isya.

"Hahaha..Ish! apa ni sebut-sebut nama skandal aku ni..jeles tau..hahah terkentut-kentut ye mak cik..kenapa sebab dengar dia mengaum ke? Ala abang sayang outstation la..huuh ni yang nak ajak kau keluar ni..jom la Isya..please..please.." rayu Jue. Isya menggelengkan kepalanya mendengar rayuan Jue. Apa pun tergelak dibuatkan, boleh pula mengutuk Singa tu time ni.

"Hahah..belakang dia pandai kau mengutuk ye..cuba depan dia..pijak anak semut pun tak mati..yela..kau pergi la siap..jumpa tempat biasa pukul 3 karang..atau kau nak aku pick up kau dekat rumah..pergi sama-sama.." tanya Isya.

"Kau datang pick up aku lah Sya..jimat duit minyak aku..hahah" jawab Jue sambil tertawa galak.

"Macam-macam lah kau ni..ok..see U at you home..daa.." ucap Isya lalu menamatkan talian.

Isya dengan segera mengemaskan fail-fail yang berselerak di atas meja. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi. Isya mengeluh lalu terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil itu.

"Hello.." sapa Isya.

"Isya! I want too see U.. NOW!!" jerit suara itu tiba-tiba menyebabkan Isya menjarakkan telefon itu dari telinganya. 'Eh! singa mana pula yang mengaum kat telefon aku ni..baru je mengutuk singa dekat office tu..ni mana punya bapak singa nak jeirt-jerit pula ni..' getus Isya dalam hati.

"Wei mangkuk! kau ni Islam ke Kafir? bagi salam tidak..apa tidak..terus mengaum je kau.." marah Isya geram dengan pemanggil itu yang tiba-tiba menjerit di telinganya.

"Shut up!! I want too see U NOW!! macam mana kau buat kerja ni haa?! datang office sekarang juga!!" arah pemanggil itu tegas dan keras. Isya pelik! ' Apa jadah mamat ni..marah-marah..lepas tu suruh datang office..office mana pula hari minggu pun buka ni? siapa pula yang call aku ni?' tanya hati Isya pelik. Isya ni tak habis-habis pelik dia dari tadi.

"Siapa ni?" tanya Isya sedikit keras suaranya. Tak ada maknanya nak cakap lembut-lembut dengan orang macam ni.

"Your BOS! I said NOW!! nape kau banyak tanya ni haa..aku nak kau settlekan sekarang juga.." arah Hilman sekali lagi dengan suara yang keras dari tadi. Berkerut kening Isya. Hai pelik lagi ke Isya oii..Tak payah pelik-pelik..Hilman Ghazi memang begitu..Haish!!

"Sorry ar..hari minggu orang cuti bukan berkerja..tunggu jela Monday nanti ye.." jawab Isya.

"Damn!! I said NOW! NOW!! NOW!!!" jerit Hilman semakin kuat. Isya malas mahu melayan kerenah bosnya yang tak betul tu lalu terus saja di matikan talian itu. 'Jeritlah kau sorang-sorang dekat sana..malas aku nak layan..menyakitkan hati je..boleh putus urat kentut aku..yelakan dah singa asyik nak mengaum je..terkejut punya pasal sampai terputus urat kentut aku..' rungut Isya sempat lagi mengutuk Hilman dalam hati, lalu pergi bersiap untuk berjumpa dengan Jue. Isya..Isya..


*****


"Shit!!" marah Hilman lalau mencampakkan telefon bimbitnya ke atas sofa di dalam biliknya di pejabat. Berkerut-kerut keningnya menahan marah. Masih lagi bengang dengan nenek serta datuknya.

Selepas mendengar ceramah tak berbayar datuk serta neneknya dan bertengkar dengan mereka. Hilman melangkah keluar dan terus menuju ke office. Entah kenapa tangannya laju saja mendail nombor Isya. Ah! Lantak lah..malas nak fikir..


*****



1 comment:

  1. Nak promote blog sekejap ye..hehhe
    singgah ke blog kite nie..

    http://zeerascarf.blogspot.com/

    jangan lupa singgah..
    kalo ade berkenan di hati
    jangan segan2 beritahu kite ye..
    thankz..
    hehehe ;)

    ReplyDelete