Wednesday, April 14, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 6 (ii)


Dummm!!


Ditumbuk mejanya dengan kuat. Arghh!! Kau saja nak bagi aku marah kan Isya!!


“Kau cemburu Hilman!” ucap satu suara. Hilman tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Tetapi tiada siapa yang berada di ruang biliknya itu.


“Tak!” jawab Hilman angkuh.


“Kau sukakan dia Hilman” ucap suara itu lagi.


“Aku kata tak..tak la..diam kau!” marah Hilman. Kusut kepalanya. Hatinya pula sedang sakit!


“Mengaku jela Hilman..kau suka dia..dan kau cemburu tengok dia dengan orang lain kan..” jawab suara itu lagi.


“Diam!!” jerit Hilman.


“Mengaku jela Hilman..” kata suara itu lagi membuatkan Hilman marah.


“Shut Up!! Damn!” jerit Hilman sambil menumbuk mejanya. Sejurus Itu pintu biliknya diketuk. Tanpa menunggu arahan dari Hilman pintu ditolak dari luar.


“Ni reportnya..” beritahu Isya sambil menghulurkan report itu pada Hilman. Hilman tidak menyambutnya..malah merenung tajam pada Isya. Sakit hatinya melihat adengan tadi masih belum reda. Isya tidak selesa ditenung begitu. Segera dia meletakkan report ke atas meja.


“Kalo tak ada apa-apa lagi aku keluar dulu..” beritahu Isya sambil melangkah keluar. Belum pun sempat keluar namanya dipanggil.


“Isya!” panggil Hilman perlahan. Isya menoleh.


“Yes?ada apa-apa lagi ke?” tanya Isya sopan.


“Duduk dulu..” pinta Hilman cuba mengawal amarahnya. Isya menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Hilman.


“Yes..anything u want too say?” tanya Isya lagi. Baik pulak mamat ni hari ni..sakit ke?


“Tengah hari ni..lunch dengan aku..aku ada perkara penting nak bincang dengan kau..” kata Hilman tegas..lebih bernada seperti arahan.


“Tak boleh la..Isya dah janji lunch ngan orang lain..perkara apa tu?cakap sekarang tak boleh ke?” tanya Isya cuba berbaik. Isya mula membahasakan dirinya Isya tidak lagi ‘kau’ ‘aku’. Penat dah gaduh-gaduh ngan mamat ni.


“Dengan sape?jantan tadi tu ke?” marah Hilman tidak dapat tahan lagi. Sakit hatinya bila mendengar Isya berjanji dengan seseorang.


“Eh! Yang kau nak marah-marah ni kenapa..suka hati aku la nak keluar ngan sape..” betah Isya. Tiba-tiba plak marah..tadi ok pulak..aku dah try baik-baik kau tak nak..ok fine!

“Kau ni..sekali tak melawan cakap aku tak boleh ke?” tengking Hilman sambil berdiri memandang Isya. Makin panas hatinya bila Isya melawan.


“Eh! Nak salahkan aku pulak..dia yang tiba-tiba nak marah..” jawab Isya sambil menjeling pada Hilman.


“Kau ni..” kata Hilman menahan amarahnya sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke muka Isya. Isya mula menyinga. Eh! Dah lebih dah ni..tiba-tiba nak angin satu badan plak mamat ni.


“Apa..apa??” lawan Isya sambil berdiri melawan tenungan mata Hilman.


“Kau tau tak aku ni sape..bos kau!!BOS!kau berani lawan aku..” tengking Hilman lagi.


“Peduli apa aku..kau ni bos ke..tauke ke..apa ke..kau ingat aku takut..” jawab Isya menahan amarahnya. Merah mukanya menahan marah yang teramat.


“Kau! Jangan sampai aku berhentikan kau kerja..” ugut Hilman sambil tersenyum sinis. Isya terkejut. Berhenti?? Ah! Lantak la..tak sanggup aku nak kerja dengan mamat ni lagi..


“Eh! Aku tak heran la..sikit pun tak takut dengan kau ni..ala setakat kau ni..tak heran aku la..” jawab Isya lagi menambahkan amarah Hilman. Hilman yang mendengar terkejut..tak..kau tak boleh pergi dari sini..Hilman segera menghampiri Isya. Isya kaget. Alamak!


“Tak takut ey..ok..fine..” kata Hilman semakin menghampiri Isya. Isya buat endah tak endah saja. Hilman berdiri rapat sebelah Isya. Isya segera menoleh menghadap Hilman.


“Mulai hari ni..aku berhenti kerja..aku akan bagi surat berhenti kerja kat kau kejap lagi..kau tunggu jela..ni yang kau nakkan..aku tak heran la..lelaki macam kau ni..memang tak guna..suka ambil kesempatan..su..” belum sempat lagi Isya menghabiskan ayatnya bibirnya dicium oleh Hilman. Isya terkejut! Hilman yang melihat Isya terkejut hanya tersenyum sinis. Rasakan..berani sangat kan..tak takut ey..kata Hilman dalam hati.


Pangg!!


Hilman memegang pipinya perit!


“Kurang ajar kau!kau memang jantan tak guna..” tengking Isya marah..sakit hati dirinya dibuat seperti itu. Hilman naik berang. Segera dia memegang kedua belah tangan Isya dan menolak kuat ke dinding. Belum sempat Isya mejerit meminta tolong..bibirnya dicium lagi..lama. Isya menagis meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tapi apakan daya jika dilihat badannya dengan badan sasa Hilman.


“Aku..tak akan benarkan kau berhenti..” terang Hilman sambil melepaskan Isya. Isya terduduk menagis memeluk lututnya. Terasa dirinya di buat seperti patung.


“Kau memang jantan tak guna!” tengking Isya dalam sendunya. Hilman tersenyum sinis.


“Kau nak berhenti jugak ke?” tanya Hilman dengan lagaknya.


“Aku tak ingin tengok muka kau lagi..lebih baik aku pergi dari sini..” jerit Isya. Hilman segera menekup mulut Isya.


“Kau jerit aku cium lagi nanti..” ugut Hilman. Isya menolak tangan Hilman yang menekup mulutnya.


“Tak guna!!” jerit Isya.


“Kau ni degilkan..kalo kau nak berhenti..jangan salahkan aku kalo perkara yang terjadi tadi sampai kat telinga lelaki tadi tu..” ugut Hilman. Sebenarnya dia tak sanggup kehilangan Isya. Entah kenapa dia berbuat seperti itu..akibat cemburu dia buat tanpa berfikir dahulu. Isya terkejut!no..Dani..


“Jangan!” rayu Isya sambil menangis.


“So..kau boleh keluar sekarang..pergi buat kerja kau..” Hilman memberi arahan. Isya segera keluar dengan hati yang teramat sakit. Pintu dihempas kuat.


Sejurus Isya keluar. Hilman termenung. Hilman what are U doing! OMG! Isya maafkan aku..aku..aku ego..aku sayang kau..suka kau..apa aku cakap ni? arggh! damn! Maafkan aku Isya.


“Isya are U ok!” tanya Jue terkejut mendengar pertengkaran yang berlaku tadi. Melihat Isya menagis ketika keluar dari bilik Hilman hatinya terpanggil untuk melihat keadaan sahabatnya itu.


“Jue..” panggil Isya dalam sendunya. Jue segera merapati Isya dan memeluknya erat.


“Kenapa ni..story kat aku..aku kawan kau kan..aku sayang kau..aku sedih..tak suka tengok kau macam ni..” tanya Jue sambil mententeramkan Isya.


“Aku tak tahan la kerja kat sini..” terang Isya. Jue terkejut!


“Eh! Kenapa Isya?En Hilman buat apa kat kau ni?” tanya Jue lagi tak puas hati. Isya takut untuk berterus terang..takut jika sampai di telinga Dani..lelaki itu akan meninggalkannya..takut!


“Aku tak tahan la..hari-hari gaduh..hari-hari kena marah..angin satu badan dia tu..” terang Isya cuba berselindung. Jue tersenyum mendengarya. Kesian kawan aku ni..En Hilman ni pun satu..macam la Isya ni tak buat kerja..haish! pelik..pelik!


“Dah la..sabar la ey..kalo kau berhenti sape nak tanggung family kau..” terang Jue. Betul jugak cakap Jue tu..Tak pe..mulai hari ni jangan harap kau dapat buat aku macam tu lagi..tekad Isya.


“Yela..thankz Jue..” ucap Isya.


“Tapi nape En Hilman menggamuk sakan tadi ngan kau..report tu siap tak?” tanya Jue lagi.


“Siap dah..aku pergi hantar report la tadi..tiba-tiba dia nak marah pulak..” beritahu Isya jujur.


“Eh!kau ada salah cakap ke?” tanya Jue lagi tidak puas hati dengan jawapan Isya.


“Urm..dia ajak aku lunch ngan dia..tapi aku tolak..aku cakap la aku dah janji ngan orang lain..terus dia marah-marah..dia cakap dengan lelaki tadi ke..” ejek Isya meniru gaya Hilman.


“What!pasal tu je ke?” tanya Jue lagi pelik. Ish!sah..memang menunjukkan api-api cemburu ni..kata Jue dalam hati.


“Urm..aku pun pelik..” kata Isya.


“Dia nampak ke Dani hantar kau tadi?” tanya jue.


“Entah..aku tak nampak plak dia tadi..dah dia tanya lelaki tadi..Dani la tu..sape lagi lelaki dengan aku tadi selain Dani..” terang Isya. Haa!kan dah agak..En Hilman cemburu..dia suka Isya la ni..teka Jue.


“Hahaha..aku dah agak dah..” tawa Jue. Isya pelik melihat Jue ketawa.


“Eh! Yang kau ketawa ni nape?aku tengah sakit hati ni..” marah Isya.


“Tak la..En Hilman cemburu la tu..tu yang menggamuk sakan tu..hahaha..” terang Jue.


“Eh!pe hal plak dia nak cemburu..” tanya Isya blur.


“Hahah..tak apa la..kau ni..lem la..” kata Jue dalam tawanya.


“Dah la kau..pergi la buat kerja..ingatkan nak datang pujuk or tenangkan aku..rupanya ketawakan aku lagi..huh!” rajuk Isya.


“Alolo..kawan aku sorang ni..sensitif betul la..heheh..sorry la..kau rehat la dulu..apa-apa panggil je aku ok..” pesan Jue.


“Yela Jue..” saja dileretkannya. Jue mencubit pipi Isya sambil tersengih dan segera melangkah keluar..takut Isya balas balik. Isya tersenyum. Thankz Jue..ucap Isya dalam hati.


Isya mengeluh. Teringat kejadian tadi. Kurang ajar betul mamat ni..ambil kesempatan kat aku..Tiba-tiba kepalanya terasa sakit yang amat sangat. Ah! Baik aku buat kerja aku. Entah kenapa sakit kepalanya datang kembali. Segera dia membaringkan badan di sofa tanpa sedar akhirnya dia terlelap.


“Isya sayang..” kedengaran suara seorang lelaki. Macam kenal je suara ni.


“Sayang..bangun..sayang sihat tak ni?” tanya lelaki itu lagi sambil mengusap kepalaku. Eh! Siap pegang-pegang plak..tak leh jadi ni..segera Isya membuka matanya.Terpacak Dani di hadapan matanya sedang merenungnya sambil tersenyum.


“Lah..Dani ke..nasib baik tak kena penumbuk free tadi..ingatkan sape yang sentuh-sentuh ni..” runggut Isya. Dani tersenyum.


“Dani la sayang..Sorang pun tak boleh sentuh Isya..Dani tahu..mati dia Dani kerjakan..” terang Dani. Isya terkejut dengan keterangan Dani.


“Dah lama ke sayang sampai?” tanya Isya membuang kegusaran di hati.


“Lama la jugak..tengok sayang nyenyak tidur..tak sihat ke?” tanya Dani risau.


“Yeke..sorry..tak perasan la sayang..urm..pening sikit je..” jawab Isya.


“Tak pe..dah jom pergi lunch..pastu makan ubat..” ajak Dani. Isya menggangguk lalu mencapai begnya dan berlalu pergi.


“Jue..nak kirim apa-apa ke?or nak join sekali?” tanya Isya pada Jue.


“Tak pe..hari ni aku lunch ngan Nora..kau pergi la date ye..heheh” sakat Jue.


“Jeles la tu..” jawab Isya.


“Tak ada masa aku nak jeles ngan kau..” Jue menjawab sambil menjeling Isya. Isya dan Dani tertawa.


“Ok lah..kitorang pergi dulu ye..bye..” kata Jue meminta diri.


“Bye..” jawab Jue.


Ketika menunggu lif, mereka terserempak dengan Hilman. Hilman sama-sama menunggu lif. Terkejut melihat Isya dengan buah hatinya berpegangan tangan. Sakit hati!Hilman merenung tajam pada Isya. Isya yang perasan hanya buat bodoh.


“Hai..” tegur Hilman. Isya terkejut mendengar suara itu.


“Hai..”jawab Dani sambil tersenyum memandang Hilman. Isya masih lagi diam langsung tidak menoleh ke arah Hilman.


“Keluar lunch? Abang Isya ke?” tanya Hilman sengaja buat-buat tak tahu.


“Yup..no la.. boyfriend Isya..Dani..” terang Dani sambil menghulurkan tangannya. Hilman tersenyum sinis. Disambut huluran tangan Dani. Kuat dia menggenggam tangan Dani. Dani pelik!kenapa mamat ni..macam tak puas hati je..bisik hati Dani. Tiba-tiba muncul satu lagi suara yang buat Isya tak senang duduk.


“Hai Bos..pergi lunch ke?”tanya Aizat pada Hilman. Hilman hanya tersenyum dan menggangguk.


“Hai Isya..eh Dani pun ada..” tegur Aizat.


“Hai..yup..jemput Isya lunch..” terang Dani.


“Oo..Isya kau macam tak sihat je..sakit ke?” tanya Aizat. Hilman yang mendengar segera melihat Isya. Yela! Muka dia pucat..ish! sebab aku wat dia tadi ke??


“I’m fine..”jawab Isya tersenyum malas. Kurang ikhlas senyumannya itu. Lif terbuka. Keadaan lif yang penuh menyebabkan Dani menarik Isya dekat dalam pelukannya. Hilman dan Aizat yang melihat panas hati. Sesekali Dani membisikkan sesuatu ke telinga Isya. Isya tertawa dan tersenyum bahagia. Hilman dan Aizat makin bertambah panas.


Sebaik saja pintu lif terbuka Isya dan Dani segera melangkah pergi. Sempat Isya menoleh belakang melihat mereka. Hilman dari kejauhan memandangnya tajam. Manakala Aizat pula memandangnya tajam bagaikan menyampaikan suatu amaran padanya.



***



Di dalam kereta Aizat menumbuk stereng kereta dengan kuat.


“Shit! Kau jaga Isya aku tak akan lepaskan kau..lagi kau lari..lagi aku suka..hahahahah” tawa Aizat memikirkan rancangan jahatnya.



***



Di dalam sebuah kereta BMW 3 Series berwarna hitam itu. Hilman menekup mukanya dekat stereng. Arghh!! Damn! Jerit Hilman. Sakit hatinya melihat Isya tersenyum manis pada Dani. Cemburu! Segera dia menghidupkan enjin keretanya dan meluncur laju.


1 comment:

  1. hohooho....
    kelakar lak crta ni...
    brtuahnya isya 3jejaka mnyntai dia...
    nak 1...
    best2x...

    ReplyDelete