Sedang asyik Thira bergelak tawa bersama-sama rakan-rakannya, dia di sapa seseorang. Semua mata memandang kea rah suara itu.
“Hai..I Aizat..you Athirah rite?” sapa Aizat pada Thira. Berkerut kening Thira sambil memandang Aizat dari atas hingga ke bawah.
“Ya..macam mana you tahu nama I..and sorry la..I tak kenal you..” jawab Thira sinis. ‘Ceh! Sombong betul minah ni..bajet aku lak suka kau..’ kutuk Aizat tetapi hanya dalam hati. Misinya harus di utamakan.
“Hahaha..tu tak penting..I ada hal yang lebih penting untuk di bincangkan..” beritahu Aizat sambil tertawa sinis melihat reaksi Thira.
“Hal apa yang penting sangat tu..sudah lah..I faham sangat taktik lelaki nak pikat perempuan ni..you pergi balik jela..” ujur Thira dengan wajah berlagaknya. Kata-kata dari Thira itu membuatkan Aizat tertawa besar. Sakit pula hati Thira melihat Aizat ketawa begitu.
“Ops!! Sorry..you’re not my type..actually I nak bincang dengan you tentang Isya, Hilman dan Dani..you mesti kenal diorang kan..” ujur Aizat serius. ‘Kurang ajar betul mamat ni..macam kau tu hensem sangat la..’ kutuk Thira. Melihat wajah bengang Thira Aizat tersenyum sinis.
“Hello!!”
“I datang cari you bukan nak bertekak..but I ada misi penting yang mesti di laksanakan..I pasti you pasti akan setuju dengan rancangan I..” potong Aizat sebelum sempat Thira memarahinya.
“Ok..kita pergi tempat lain..girls..sorry I have to go now..see you..” pinta Thira pada rakan-rakan.
“Na..it’s ok..” jawab Sally dan rakan-rakan yang lain serentak.
“So..apa benda yang penting sangat you nak cakap dengan I tu?” tanya Thira sebaik saja mereka duduk.
“Actually..I dan Isya..kami berkawan rapat dahulu..”
“So? Like I care..” potong Thira dengan nada sinis. Aizat mendengus geram kerana Thira menyampuknya.
“Dengar dulu boleh tak..I dengan Isya berkawan rapat..tapi Dani rampas Isya dari I..and now Hilman pun nak potong line I..” terang Aizat.
“So? Ni ke hal penting yang you nak beritahu I? I sikit pun tak berminat ok! “ ujur Thira geram. ‘Buang masa aku je ikut kau..’ rungut Thira.
“Listen here..I tahu you suka Dani kan..” ujur Aizat dengan senyuman sinis.
“So what! Apa kena-mengena dengan you pula..” getus Thira dengan nada tingginya. Aizat terus saja membisikkan sesuatu di telinga Thira. Mendengar bisikan itu terus saja lebar senyumannya.
“So macam mana?” tanya Aizat.
“I setuju sangat-sangat..kenapalah I tak pernah fikir pasal ni ye..thanks a lot Aizat..sorry sebab layan you kasar tadi..Tak sabar I nak mulakan misi kita ni..” ujur Thira dengan girangnya. Aizat hanya tersenyum sinis.
*****
Dalam diam sudah hampir sebulan dia dengan keluarga barunya. Dalam waktu itu juga dia langsung tidak dapat perkhabaran dari Pn Siti dan En Kamal. Dia terlalu rindukan keluarga itu, rindu dengan keletah Iya dan Adli, rindu untuk mengusik ibu dan bapanya. Bukan dia tak cuba menghubungi mereka, tapi setiap kali dia menghubungi mereka pasti Pn Siti akan marah dan terus saja mematikan panggilannya itu.
Tentang rancangan keluarga kandungnya kelmarin sudah di tolak sekeras-kerasnya. Walaupun neneknya membantah dan memaksa dia untuk ikut rancangan itu dia masih lagi teguh dengan keputusannya. Semenjak dapat tahu yang Hilman telah dijodohkan dengannya, dia tak pernah lagi bertembung muka dengan Hilman. Seboleh mungkin dia cuba mengelak untuk bertemu muka dengan Hilman rasa tak selesa, sakit hati pun ada juga.
Sedang dia duduk termenung di bangku yang terletak di halaman rumah telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Sebaik saja melihat nama pemanggil itu segera dia menjawab.
“Hello..assalammualaikum kak Dayana..ada apa ya call Isya?” terus saja Isya bertanya.
Terkejut bukan kepalang Isya sebaik mendengar apa yang di katakan oleh Dayana. Telefon bimbit yang di genggamnya itu melurut jatuh. Tidak sangka dan seakan tidak percaya dengan apa yang di perkatakan oleh Dayana sebentar tadi. Setiap ayat yang di katakan itu masih lagi terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi pipi.
*****
p/s: tadaaaaa....hihihi..acane...layan x??? actually korang...BAJC sudah menghampiri ke penghujung..hihihi..nnt kite postkn ye..nk cri idea dulu..hihihi.. korang suka sape???ZAFRAN or SUFYAN??? jeng..jeng..jeng...urmm...kalo kite bagi SUFYAN kt...kt...jeng..jeng..jeng.. tunggu naa..pape pun layan jeee... sowi ye n3 ni pndk ckit..hihihi ^_^