Thursday, April 22, 2010

+Pesanan+

Salam..hii korang..
sowi kalo kite lambat post n3 baru..
bz ckit..nak final dah..

thankz kat korang
yang sudi jenguk blog kite..
kalo de pape pendapat..
or kesalahan ejaan ke
ape2 jela an..
inform ye..kite tak sempuna..wah..
hahah

pape pun thankz skali lagi
coz korang sudi bace karya
yang tak seberapa ni..
hehehe
sayang korang sume..

Andai Itu Takdir Untukku 7 (iii)

“Waalaikumsalam bro..” jawab Khai memulangkan paku buah keras..amek kau!! Selalu aku yang kenakan..


“Heheh..assalammualaikum..sorry..” ucap Hilman. Ketika itu matanya terpandang Isya yang sedang menundukkan mukanya memandang meja. Saat itu juga berdegup kencang jantungnya, segera Hilman memegang dadanya. Apahal pulak aku ni..getus Hilman dalam hati.


“Isya!” Hilman terkejut melihat Isya. Isya tidak menjawab jugak tidak memperdulikan panggilan Hilman. Jantungnya jangan cakap la..memang dap dup dap dup.. Hilman yang melihat Isya tidak memperdulikannya menahan rasa geramnya.


“Along kenal abang ni ke?” tanya Iya seakan berbisik.


“Urm..Bos along..” jawab Isya lemah. Macam mana la boleh terserempak dengan dia ni..Mana pulak Dani ni pergi..rungut hati Isya.


“Hensem..” puji Iya sambil tersengih memandang kakaknya. Isya yang mendengar membeliakkan matanya memandang Iya. Gatal pulak budak ni.. Hilman yang terdengar bisikan itu hanya tersenyum bangga memandang ke arah Isya. Isya menjelingkan matanya. Uwekk!! Perasaan..tolong ar..


“Err..tak pun..gatal ey..” jawab Isya lalu mencubit pipi adiknya.


“Isya..your boss here..takut bos ke cik adik?” tanya Khai sambil ketawa. Sejak dari tadi dia perhatikan Isya langsung tidak pandang Hilman. Eh! Tolong sikit..sape yang takut dengan mamat ni..tak takut langsung ok! Yeke?! Arghh!! Lantak la..


“Haa!urm..hehe..hii bos..” tegur Isya rela tak rela saja. Hilman merenung tajam tepat ke mata Isya. Comel pulak dia hari ni..eh! apa ni..puji-puji dia pulak..gila ey kau Hilman..Hilman berkata-kata dengan diri sendiri.


“Hii..buat apa dekat sini?” tanya Hilman sekadar ingin tahu.


“Urm..joging bos..” jawab Isya selamba. Khai, Adli serta Iya yang mendengar pecah tawanya. Hilman mengerutkan dahinya menahan marah. Kau kenakan aku ey..tak pe..


“Hahaha..sengal kau ni..dah dia dekat sini nak makan le..mau tanya lagi..kan dah kena sebiji..” Khai mentertawakan Hilman. Belum sempat Hilman menjawab muncul seseorang disebelah Isya.


“Awak..” panggil Dani lembut. Isya yang mendengar segera berpaling. Dani! Huh selamat. Isya pura-pura merajuk. Dani hanya tersenyum melihat Isya. Hisy! Aku cium jugak budak ni kang..



“Aleeya Alisha..will u forgive me..” rayu Dani sambil menghulurkan teddy bear di hadapan Isya. Isya yang melihat terus tersenyum tapi masih lagi pura-pura merajuk.


“Ala sayang..sorry la..Dani gurau jela..” rayu Dani lagi. Isya sengaja menarik muncungnya. Saja nak dera Dani..rasakan..hhehe sape suruh kenakan orang tadi..ni balasannya..hehe


“Sayang..” Dani menarik tangan Isya lalu membawa ke bibirnya lembut.

“Forgive me please..ok tak cukup besar ey teddy bear ni?” tanya Dani lalu memetik jarinya. Beberapa saat kemudian muncul seorang budak berusia sekitar 5 tahun membawa teddy bear yang lebih besar dari badan budak lelaki itu. Comel sungguh budak ni..macam tahu-tahu je aku suka budak-budak..ni buat aku sayang Dani ni..tersenyum Isya sendiri.


“Akak..ni untuk akak..please forgive this uncle ok..” ucap budak lelaki itu pelat sambil menghulurkan teddy bear yang besar itu pada Isya lalu mencium pipi Isya.


“Kiss tu..Uncle suruh wakilkan untuk dia..” ucap budak itu lalu berlalu pergi mendapatkan seorang perempuan sambil melambai pada Isya. Barang kali mamanya. Muka Isya mulai merah menahan malu..mana taknya..buat drama depan orang ramai..argh!! Dani!!


“Will u forgive me..” tanya Dani sambil mengangkat keningnya memandang Isya. Isya tersenyum lalu mengangguk.


“Yes!” jawab Dani. Adli dan Iya ketawa melihat telatah Dani. Semoga along and abang Dani bahagia doa masing-masing dalam hati. Hilman yang melihat drama itu menahan amarahnya. Cemburu! Mukanya kelihatan tegang, tangannya di genggam sekuat hati. Ingin saja di berikan penumbuk ke muka Dani. Argh!!


“Hei! Dani..orang tengok la..” tegur Isya. Ish! Agak-agak la..ni siap melompat-lompat pulak dia..getus Isya.


“Ops! Sorry..hehe..eh? sape ni Isya..” tanya Dani baru perasan akan kehadiran dua orang lelaki di situ.


“Oh! Ni bos Isya Hilman Ghazi..ni kawannya En Hilman Khai..Bos..Khai..ni Dani..my future ‘husband’..” sengaja ditekankan perkataan hujung itu. Hilman yang mendengar makin sakit hatinya. Isya sengaja menyakitkan hatinya. Eh! Apasal aku nak sakit hati pulak..argh!!


“Heheh..aleh..yela tu..hii..Dani..” Dani menghulurkan tangannya. Khai menyambut huluran tangan itu tapi tidak pula Hilman. Hilman segera beredar dari situ. Dani, Khai, Iya serta Adli terpinga-pinga melihat Hilman yang pergi begitu saja. Huh! pergi la kau jauh-jauh..menyampah aku tengok muka kau tu..


“Sorry bro..orang ada angin kus-kus macam tu la..” jawab Dani sekadar mengambil hati Dani. Apa kena la mamat ni..tiba-tiba je nak angin pulak dia..rungut Khai.


“Tak pe..” jawab Dani. Macam-macam persoalan bermain di fikiran Dani, memikirkan tentang kelakuan Hilman sejak pertama kali bertemu di office Isya dan hari ni..Kenapa??


“Sorry korang..nanti jumpa lagi..bye..” ucap Khai lalu melangkah mengejar Hilman.



*****



“Woi Man..tunggu la..” jerit Khai.


“Dah ar..aku nak bla..tak de mood..” beritahu Hilman dengam muka tegangnya.


“Bro..what happen? Kenapa tiba-tiba mody pulak ni..” tanya Khai tak puas hati.


“Dah la..jom bla..kalo kau nak aku teman..kita pergi tempat lain..not here..panas!!” beritahu Hilman. Huh! panas?? Hello! Dalam aircond ok..mana datang panas..ops!! i see..Khai berkata dalam hati.


“Bro..are u fallin’ love with her?” tanya Khai lambat-lambat.


“What! Apa kau merepek ni Khai..malas aku layan kau la..” marah Hilman lalu melangkah pergi.


“Wei bro..tunggu ar..” jerit Khai. Haish! Penat aku kejar dia..rungut Khai.



*****



Suasana di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu sunyi sepi. Semua seakan terkejut dengan keputusan Pn Azizah dengan En Hamidi. Datuk Hamdan serta Datin Kamariah memandang antara satu sama lain bingung.


“Ni wasiat Hamdan..Kamariah..” beritahu En Hamidi pada anak serta menantunya itu.


“Tapi mak..ayah..saya tak tahu macam mana nak beritahu Hilman..dan macam mana kalo dia tak setuju?” tanya Datuk Hamdan pada kedua orang tuanya.


“Itu kamu jangan risau..tahu la aku macam mana nak pujuk si Hilman tu nanti..” beritahu En Hamidi.


“Tapi ayah..” Datin Kamariah menyampuk. Datuk Hamdan yang mendengar segera memandang ke arah isterinya lalu menggelengkan kepalanya tanda jangan bantah kata-kata En Hamidi. Pantang betul En Hamidi jika keputusannya di bantah.


“Tak ada tapi-tapi..ni semua untuk kebaikan korang jugak..untuk syarikat kau jugak Hamdan..” terang En Hamidi.


“Syarikat?kenapa pulak ayah?” tanya En Hamdan bingung. Apa kena mengena dengan syarikat pula?


“Panjang ceritanya..” jawab En Hamidi lalu memandang Isterinya Pn Azizah. Pn Azizah segera menggelengkan kepalanya.


“Kenapa yah?” tanya Datuk Hamdan lagi.


“Nanti la aku ceritakan..sekarang ni..aku nak keputusan korang dan jugak Hilman..” kata En Hamidi


Datuk Hamdan tidak terus menjawab soalan En Hamidi malah di tarik tangan isterinya Datin Kamariah menuju ke luar rumah. Datin Kamariah yang terpinga-pinga hanya menurut saja langkah suaminya itu.


“Kenapa ni bang?” tanya Datin Kamariah.


“Macam mana?apa keputusan awak?” tanya Datuk Hamdan sambil merenung isterinya. Dia sendiri buntu..takkan nak paksa Hilman pulak..sudah la budak tu keras kepala.


“Saya tak tahu..kita macam paksa Hilman pulak nanti bang..dia satu-satunya anak saya..” jawab Datin Kamariah. Datuk Hamdan yang mendengar hanya mengeluh.


“Mungkin ini yang terbaik untuk Hilman..” kata Datuk Hamdan pula.


“Saya ikut je keputusan abang..mana yang baik untuk anak kita abang buat la..” jawab Datin Kamariah. Ya Allah..jika itu takdirnya untuk Hilman..aku redha..


“Terima kasih sayang..” ucap Datuk Hamdan sambil mengusap pipi Datin Kamariah. Datin Kamariah tersenyum cuma.



*****



Di sebuah kedai makan Khai sedang asyik menikmati makanannya, manakala Hilman pula termenung sambil tangannya mengacau-ngacau jus tembikainya. Khai yang melihat hanya menggelengkan kepalanya.


“Hoi!” tegur Khai membuatkan Hilman terkejut.


“Apa?! Kau ni..terkejut aku tahu tak!” marah Hilman. Khai tertawa cuma.


“Kau tu..termenung sana termenung sini..apa masalah kau sebenarnya ni bro?” tanya Khai. Pelik! Sejak terserempak dengan pekerjanya tadi terus tukar angin. Apa kena la mamat ni agaknya..


“Tah la..” jawab Hilman sambil mengeluh. Teringat kejadian tadi di mana Dani memujuk Isya. Serius memang sakit hati dia tengok kemesraan tu..siap nak wakil-wakil bagi kiss..hei!tolong ar..aku dapat real ok!!


“Eh! Boleh pulak macam tu..haa! biar aku teka..” Khai berkata sambil menegakkan badannya.


“Sudah! Tak payah kau nak merepek..aku tak suka dekat Isya ok!” jawab Hilman tanpa perasan bahawa dia baru saja keluarkan kenyataan yang cukup di fahami Khai.


“Hahahahah..Hello bro..statement kau tu je dah menunjukkan kau suka kat dia right..aku belum pun cakap apa-apa and dengan siapa kau dah jawab dah..” jawab Khai dalam tawanya. Hilman menepuk dahinya. Alamak macam mana boleh terlepas pulak ni.


“Tell me..do U like her?” tanya Khai sekali lagi.


“Shut up! Aku tak percaya pada perempuan..semuanya sama je..” bidas Hilman.


“Tak semua macam Lidya..” terang Khai sambil mengeluh. Nampaknya Hilman masih belum melupakan peristiwa tu.


“Stop it! Jangan sebut nama dia lagi..cukup!” marah Hilman.


“Ok..ok..tapi ngaku jela bro..kau dah fallin’ love with Isya right! Tell me the true bro..simple..susah ke nak mengaku..jangan ego sangat bro..nanti melepas..” terang Khai lagi


“Aku tak tahu..a.ak..aku tak boleh..hati aku sakit tengok dia mesra macam tu tadi..sakit!” luah Hilman. Khai tersenyum mendengar pengakuan Hilman itu. Dah agak dah..


“Rileks bro..kawal emosi kau..” Khai menenangkan Hilman. Hilman mengeluh.


“Dia dah berpunya Khai..tak kan nak rampas orang punya..” terang Hilman.


“Bukan jodoh kau..pe kata kau berbaik-baik dengan dia..just friend..” Khai memberi pendapat.


“Tapi Khai..masalahnya..nak ke dia maafkan aku..mesti dia benci sangat dekat aku..” beritahu Hilman. Teringat kejadian di pejabat. Salah aku!


“Kenapa pulak nak benci kau..kau buat apa pulak sampai dia nak benci kau?” tanya Khai bingung.


“Haish! Semua salah aku..aku terlalu ikutkan hati sangat masa tu..” beritahu Hilman. Kalau la dia tak ikutkan hati sangat hari tu..


“La..apa yang kau dah buat?” tanya Khai pelik.


“A..ak..aku..cium dia..” beritahu Hilman gagap. Ternganga mulut Khai mendengar pengakuan Hilman itu.


“What the..apa kau buat ni bro..kau dah gila ke?” marah Khai. Apa ke bodoh kawan aku sorang ni..pergi buat kerja bodoh tu buat apa..haish!


“Aku geram time tu..dia lawan cakap aku..sakit hati aku tengok dia belum hilang dia buat aku marah lagi..dia cakap nak berhenti..aku takut..aku tak nak jauh dari dia Khai..tanpa aku sedar aku cium dia..aku menyesal..mesti dia benci dengan aku..pandang muka aku pun dia tak nak dah..” terang Hilman bernada sedih. Menyesal tak sudah dengan tindakannya terhadap Isya.


“Ya Allah..Man..Man..aku tak tahu nak cakap apa dah..I think better kau pergi minta maaf dengan dia..” Khai menasihatinya. Hilman mengeluh..minta maaf? Boleh ke? Soal Hilman dalam hati.


“Tengok la macam mana..” jawab Hilman acuh tak acuh.


“Buang ego kau tu Man..” tegur Khai lagi sambil menggelengkan kepalanya.


“Yela..” jawab Hilman sambil menyedut airnya yang tidak terusik sedari tadi.



*****



Selesai saja makan mereka pergi bermain bowling. Seronok melayan kerenah Adli dan Iya. Dani sejak dari tadi hanya merenung Isya memikirkan tentang kelakuan Hilman serta pandangan mata Hilman pada Isya yang membawa maksud tersirat. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya.


“Sayang..” panggil Dani ketika mereka selesai bermain dan ingin pulang.


“Yes dear..” jawab Isya manja sambil tersenyum memandang Dani.


“Can I ask something?” tanya Dani serbasalah..nak tanya ke tak nak ek..Hati Dani berkira-kira.


“Yes..sure..anything for U dear..” jawab Isya masih lagi tersenyum manja pada Dani. Dani yang mendengar tersenyum.


“Kenapa dengan bos Isya tu ek? Pandang Dani macam tak puas hati je..and cara dia pandang Isya pun macam ada something yang tak kena..Isya ada sorokkan apa-apa dari Dani ke?” tanya Dani perlahan. Isya terkejut dengan pertanyaan Dani. Aduh! Dani perasan ke..hisy! mamat sewel ni punya pasal la..eii bencinya aku dekat dia..argh!! tension..tension..


“No la sayang..jangan layan sangat mamat sewel tu..selalu gaduh dengan dia dekat office..apa Isya buat semuanya tak kena..” rungut Isya manja sengaja menutup kegusaran di hatinya.


“Yeke..dia buli sayang ke?dia ada buat apa-apa dekat Isya tak?” tanya Dani perihatan. Risau jika Hilman membuat sesuatu pada buah hatinya.


“Sayang..jangan risau ok..” pujuk Isya menyedapkan hati Dani.


“Sape tak risau..mana lah tahukan..Bos Isya tu fallin’ love with U..huhuh..Isya please jangan tinggalkan Dani ya..Dani terlalu sayangkan Isya..” Dani berkata jujur. Memang betul hanya Isya dalam hatinya. Terlalu sayang dia pada Isya.


“Ye sayang..me too..love U..only U..forever n ever..” ucap Isya tulus dari hati. Dani tersenyum mendengar ucapan Isya.


“Thanks sayang..” ucap Dani sambil menarik tangan Isya ke bibirnya. Diciumnya lembut. Isya tersenyum bahagia. Maafkan Isya..Isya janji akan sentiasa bersama Dani..Isya berkata dalam hati.


“Wahai kakak tersayang..mari la kita pulang..jangan berdrama lagi di sini ya..” sampuk Adli tiba-tiba sengaja mengusik Isya. Isya menjeling pada Adli. Dani tersenyum cuma.